Monday, October 31, 2016

Ke Stadium Perak Tengok Bola

Assalamualaikum

Khamis, 27 Oktober yang lepas kami sekeluarga ke Stadium Perak tengok bola. Saja merajinkan diri jadi penyokong / tukang sorak pulak. Kebetulan anak-anak cuti sekolah sempena Deepavali keesokkan harinya. Maka, bolehlah berjalan sakan di waktu malam!

Aku ni tak berapa nak ambil kisah sangat pasal bola. Rasa-rasanya, kalau tak salah, malam tu Piala FAM perlawanan akhir PKNP vs MIFA.

En suami adalah salah seorang staff anak syarikat PKNP dan diarahkan pihak atasan untuk pergi menyokong team merekalah. Sebelum ni ada 2 perlawanan di KL, papa kena pergi juga tapi dengan Amir sahaja, naik bas PKNP.

Di Ipoh ni, boleh lah membawa kaum-kerabat sebab dekat. Dan juga, sudah diarahkan untuk memenuhkan stadium sampai 12 ribu orang, katanya! Entahlah ek, aku tengok tak penuh pun stadium, maklumlah hujan dan malam Jumaat pulak tu! ^_^.

"Hai! Yusuf tengok bola"
Habis saja kerja petang Khamis tu, kami terus bersiap ke Stadium. Maghrib di rumah mertua. Kemudian, tapau burger dan air mineral, kami masuk stadium.

Sebenarnya air botol mineral tak dibenarkan bawa masuk kerana tak mahu insiden baling-baling botol ke padang berlaku. Nak hidup kenalah cerdik. Kami simpan dalam back-pack papa, dan masuk dengan muka tak bersalah. ^__^. Kami bukannya nak main campak-campak pun. Nak minum ajer...

Sebelum masuk tu, sempat juga membeli jersey bola PKNP FC. Papa pantang tengok jersey, mesti terbeliak-beliak bijik mata nak beli! Jadi, kami beli 3 helai untuk Papa, Mira dan Daniel sahaja. Amir bila ditanya, tak mahu pulak.

Yusuf pada asalnya papa nak beli juga, tapi aku melarang sebab saiz kecik pun harganya sama dengan harga saiz papa. Tak berbaloi lah rasanya untuk budak kecik. Pakai sekejap dah tak muat. Lagi pun, Yusuf baru dapat jersey Barcelona dari papa. Cukup-cukup lah tu!

Untuk mama, tak payahlah. Mama mereka kan sentiasa mengamalkan dasar berhemah semasa berbelanja...hihihi

Oklah, jom tengok muka-muka semangat menonton bolasepak...

Lima anak-beranak tengah 'lagut' tengok game.
Memang bersemangatlah nampaknya tu.....

Mama ambil gambar, seorang pun tak sedar.
Kerusi penonton di sebelah sana tu kosong sebab hujan renyai-renyai. Semuanya memilih duduk di bawah bumbung.
Daniel, dapat jersey baru, terus tukar baju dan-dan itu juga. Tapi akhirnya, game belum habis dia dah terlena di pangkuan papa sampailah kesudah!

Muka mama kena 'tapis' sebab huduh beno tengah makan burger! 


Budak kecik ni lagi bersemangat waja. Belum apa-apa lagi, dia dah sorak golll!!! siap pakej angkat tangan sekali. Lepas tu ke hulu ke hilir, atas, bawah...usik-usik orang, lambai-lambai orang.

Mama bukan menonton bola, sebaliknya menengokkan dia 24 jam. Pfffttt...

"Yusuf nak balik dahhh"

Waktu masa tambahan, kami pun beredar dari stadium. Malas ah nak tunggu, PKNP kalah 1-2.. Asyik-asyik terpesong ajer bola tak masuk gol!

Begitulah ceritanya.....


Dalam perjalanan pulang ke rumah, abang kakak dah tidur kepenatan. Yusuf masih segar bugar. Entah apalah yang dia makan, tahan betul mata dia!! 









19 comments:

  1. Siang hari Yusuf dah banyak tidur mana tak ligat aje memalam abg kakak dan lena dia masih bertenaga. Mama jugalah yg kena jaga siapa lagi hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan..dia bukannya sekolah pun. tidur di siang hari, malamnya aktif saja. tambah2 dpt berjalan!

      Delete
  2. semangat nengok bola ya KB.. klu ada peluang, sy suka gak nak ke stadium ni.. tapi setakat ni asyik dok tgk kat TV jer lah.. bersorak dpn TV... haha
    amboi yusuf.. segar mata tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sekali-sekala jer ikut suami. tengok kat tv lagi best sebenarnya. camera zoom dekat2, kalau kat stadium, kecik ajer manusia yg berlari2 tu...^_^

      Delete
    2. hihi..betul jgk tu KB.. klu layan bola dpn TV siap boleh golek2 lagi.. haha

      Delete
  3. Seronoknya tengok KB satu family pergi stadium tengok bola.. even ibu tak enjoy bola..janji anak anak happy tengok bola kan..

    anak anak happy... maka ibu bapa pun akan happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, emaknya pergi stadium sebab semua anak2 pergi. mereka happy kita pun happylah sama!

      Delete
  4. Salam kenal dari Kak Atie...bestnya semua suka bola yer...turn pandang tgk perlawanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak Atie..keluarga saya kebanyakan suka dengan bola sepak! emaknya ikut2 ajer...

      Delete
  5. slm atie. rajin juga pi tengok bola ni. husband pun rajin bawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam raihanah. suami saya memang rajin turun padang kalau dia ada masa free.

      Delete
  6. Blog KB adalah blog wajib singgah setiap pagi.. tak singgah tak sempurna rasanya hidup Minah Kiwi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai MK, apa lah sangat dengan blog picisian ni. kisah anak-beranak saja. tak ade ilmiah langsung!
      terima kasihlah sebab sudi mengikuti kisah hidup kami. tetiba KB tersipu-sipu malu pulok jadinya..

      Delete
    2. Bila MK baca cerita KB dalam blog KB ni.. buat MK ni rindu nak balik Taiping. MK ni busy kerja kat KL dah dekat 3 bulan tak balik Taiping. Last balik pun hari raya Puasa lepas...seronok rasanya tengok suasana di kampung kan.

      Insyallah.. hujung November ni MK plan nak balik kampung

      Delete
  7. Seumur hidup mak tak pernah masuk stadium tengok bola Rul. Tambah lagi Pak Jilap pun bukannya suka bola, lagilah....Bagus jugak mak boleh konker TV hihi...

    Hihi kome makan berger mcm mana Rul mengange lebo ek haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak takyah masuk pun takpe Mak. Sesak tau...org terjerit pekik, panasnya, asap rokoknya...kalau tak tahan, mesti angkat kaki awal! Tgk kat tv jauh lebih selesa...tp org laki nak ambil feel lebih tgk kat stadium katanya.

      Hodoh ler Mak, tak tahu nak ngabo cam mana. En suami ler ambik gambo bukannya nak bagi hint!

      Delete
  8. Botol air masuk back pack tu perkara biasa bila nak masuk stadium..bkn apa, sebab SB penah gak buat,.hihii

    ReplyDelete
  9. Aksi Yusuf tengok bola kat stadium tu yang tak boleh menahan tengoknya. Comel sesaja. Kalau Yusuf yang makan burger dan diambil gambar, takdalah nampak hodoh. Comel juga rasanya. Tapi yalah, dah namanya orang dewasa tengah kunyah burger orang ambil gambar, lain macam rasa hodohnya. Hahaha!

    Saya bab bola ni memang tak minat. Saya kaki bangku, termasuklah anak bujang saya yang satu tu. Si kecil tu ligatlah juga main bola! Itu pun tahap padang permainan ajelah, tak lebih dari itu ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^