Friday, October 7, 2016

Haru-Biru Jadinya

Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Niat di hati ingin menulis tentang semalam. Banyak betul peristiwa dan kejadian yang berlaku.

Namun begitu, faham sajalah... satu hari bercuti, kerja sudah bertimpa-timpa. Sudah kerjanya makan gaji, maka kerjalah yang kena diutamakan dahulu.

Pagi ini pun kalau boleh nak sambung tidur sahaja. Aku sudah bangun pukul 5 pagi, kemudian berbaring semula dek Yusuf mahukan susu.

Kalau dah berbaring tu sempatlah mata aku ni terlelap! Mujur si kakak Amirah kejutkan mamanya. Katanya dah pukul 6.24 pagi. Apa lagi 'merongkas' (baca: meghongkeh) aku bangun. Merongkas tu cakap oghang kualer ala-ala istilah MD terjun tiruk jugaklah. T_T.

Semalam, seharian di Ipoh, penat sesangat jiwa dan raga. Mana tidaknya, selepas saja memyaksikan si Amir bergelut di padang hoki....kami terjebak dengan satu insiden haru-biru pula.


Jika nak diceritakan, panjang-lebar pula kisahnya. Alamat, kerja pejabat ku terbengkalai.....

Nanti-nantilah kita bercerita ya. Cari mood dulu.

Selamat berhujung minggu semua.  ^_^







15 comments:

  1. Alaaa... KB ni buat kakak suspen ajelah.
    Tak apalah dah tuan blog kata nanti - kena tunggu jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang ceritanya kakzakie. tak cukup masa nanti kalau menulis.

      Delete
  2. Ya lah KB ,tiba2 terus penghujung pulak...suspennya.Tak sabar nak tau cerita haru biru tu.Apatah lagi ada gambar kat kecemasan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak gambar macam tu, semua org akan suspenkan kak SI. Keluarga sendiri pun tertanya2.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. terjun tiruk = merongkas .. 2 kata yang SB baru dengar.

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tahu ni kak..nengok signboard tu rasa berdebor pulak dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah diceritakan dalam entri seterusnya. nanti rajin2lah berkunjung ya AA.

      Delete
  6. awat tu, tak sabar pulak nak tahu citer selanjutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...takde apa raihanah! saja bagi suspen jer. nanti baca tau.

      Delete
  7. Ish! Suspense thriller pulak entri ni! Cepatlah sambung KB. Kita dah tak tertahan-tahan nak tahu apa kisahnya. Nampak sangat kaki penyibuknya! Hahaha!

    Itu standardlah KB. Kalau dah bangun jam 5 lepas tu baring semula, memang terjun tiruk ajelah endingnya. Macam pagi tadi, rasa malasnya nak bangun walaupun dah tersedar pukul 5 pagi. Tunggu snooze pulak pukul 5.30 pagi. Lepas tu tunggu pulak alarm handphone HD pukul 5.30 pagi yang lewat seminit dua ^_^ Punyalah liatnya nak bangun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha MD...kalau bab tunggu snooze tu perkara biasalah. Saya pun selalu buat. kdg2 tertekan dismiss pula, langsung terlajak tidur. Itu lah yg selalu terjadi kelam kabut di pagi hari.

      Delete
  8. Biasalah.....kalau dah menyusukan budak sambil berbaring mmg terus terbabaslah jawabnya hihi.....Nasiblah ada Amirah tolong kejutkan....Kalau tidak harus emergency leave hari tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^