Friday, September 30, 2016

Bersiar Di Laman Budaya

Assalamualaikum

Entri tertunggak lagi.

Kami ke taman permainan semasa cuti sekolah minggu yang lalu.

Sungguhlah apa dikata, kalau membawa anak ke taman permainan apa lah yang hendak diceritakan. Sama saja aktivitinya - bermain. Sudah diperam berminggu pun tak bercambah juga buah fikiran nak menulis! 〒_〒

Kebetulan Aidiladha jatuh dalam minggu cuti sekolah, maka ramailah umat manusia di bandar diraja KK ni. Balik kampunglah tu.

Ramainya ya ampun!  Sampaikan nak mencari parkir pun payah. Melilau mata cari parkir kosong tetapi tak mandang! Solusi terakhir, kami parked kereta di tempat kerja papa dan berjalan kaki ke taman. 

1# Di hadapan tempat kerja papa. Nak ke taman kena lintas ke seberang jalan.
#2 Kami dah melintas, sedang menuju ke taman
#3, 4 Sudah sampai, Yusuf tak mahu dipimpin, nak jalan sendiri. 


Kali ke-2 Yusuf datang sini. Kalau dulu tak berapa reti nak bermain. Sekarang dah berjinak-jinak dengan taman nampaknya. Walaupun muka macam blur saja tetapi kakinya tak kaku di satu tempat. Dia dah pandai berlari-lari nak itu-ini.

Sebaik sampai, mereka naik jongkang-jongket dan buaian dulu. Orang ramai ya, susah nak main apa yang dimahu. Main redah ajelah mana-mana yang kosong. Gambar #4, mama pun tumpang sekaki naik jongkang-jongket di belakang Daniel. ^_^


Hah!  yang ini paling si kecik ni suka. Asyik naik-turun-naik-turun aje kerjanya. Mujur bawa 'pembantu', tolong tengok-tengokkan Yusuf! 

Bila kakak-abang pun nak menggelungsur nun di tempat tinggi, tinggallah dia dengan mama. 

Main buih

Selain bermain taman, kami main buih sabun juga. Apa istilah main buih ni ya? Mama mereka tak tahu! 

Bila angin kuat, si penjual sengaja meniup buih banyak-banyak dan terbang meratalah ia. Jadinya,  si Yusuf asyiklah terkejar-kejarkan buih. Si kakak dan abang pula tak habis merayu-rayu. Belilah, belilah.... 

Dah begitu keadaannya, mama pun pergilah membeli. Harga - bekas kecil RM3, besar RM5.


Kami beli 2 bekas kecil. Itu pun berjanggut nak memghabiskannya. Kalau ikut kata hati, nak libas shawl saja. Tak kuasalah nak beli sebab penjual tu guna sabun pencuci Joy saja. Eh! sendiri pun boleh bikinlah. Tapi bila pulak nak membuatnya. Semedang aje tak cukup masa, kan. ^o^

Janji anak-anak gembira sudahlah. Si adik belum pandai main. Dia suka kejar nak tangkap buih aje. 

Hahaha, ini 3 orang budak mahu pergi berlayar! 

Dah penat main kami baliklah. Jika diturutkan, Yusuf tak mahu balik. Letihlah, udah ler berjalan kaki.... 

Oh ya! lupa pulak nak cerita. Tajuknya Laman Budaya kan? Sama saja sebenarnya. Orang tua sebut taman kanak-kanak, yang muda panggil taman permainan. 

Kemudian, MPKK upgraded nama jadi Laman Budaya. Ada signage dari lorong depan. Takdelah nak bergambar di situ ya sebab kami datang dari arah lain. 

Selamat berhujung minggu dan selamat tahun baru 1438! 

Cuti ni berjalan ke mana, kome? 




p/s: dalam kata idea tak bercambah, panjang pulak entri ni ya. Tengoklah jam berapa aku mengarang. Sebelum tulis ni tadi, aku merebus telur untuk Amirah. Dia ada pertandingan memasak di sekolah bagi subjek RBT. Pukul 8 pagi ni, aku nak jeritkan Amir, dia ada selection hoki peringkat daerah. Daaaa.....






12 comments:

  1. Kakak tengok Yusof yg semakin ligat KB
    Suka betul dia dpt lepas bebas. Tak sedar masih comel-lote tapi gelagat nak ikut macam kakak/abang dia. Cute kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg suka kalau dilepas berjalan sendiri. Berlari-lari seronok sgt. Paling suka naik tangga. Tak beri dipegang tgnnya.

      Delete
  2. Kita ni ke taman kerana 'hasutan' anak-anak. Kalau ikutkan kata hati sendiri, taman memang takda dalam senarai tempat nak dituju tau ^_^

    Seronokkan KB kalau anak-anak bergembira di taman. Kita pun tanpa sengaja mengorak senyum gembira sama, sambil-sambil tu boleh tarik nafas lega dek kerana boleh melupakan sebentar kerja rumah yang tak pernah habis tu. Tapi ada anak kecil macam Yusuf ni kena pantau 24-7 juga kalau kat taman ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kan, mereka ni hari2 pun kalau boleh nak ke taman. Tak pernah bosan.

      kita pun dah penat habiskan kerjarumah boleh berehat seketika dgn anak2 di sini. Klau ada kerja tak selesai tu, pejam mata je dtg sini lepaskan stress katanya.
      Yusuf mmg kena pantau selalu risau hilang pulak nanti.

      Delete
  3. SERONOK TU BERSAMA ANAK2 DI TAMAN LEGA STRES MELAYAN KERENAH MRK YG GIRANG NIKMATI SUASANANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 apalagi mmg seronoklah dapat lepas main. Kita pun seronok jugak dpt tgk mereka gembira

      Delete
  4. Patutlah ..... bukan main laju lagi anak beranak jalan ke taman, rupanya maknya tak sabar nak naik jongkang jongkit hihi....

    Dulu dulu zaman anak kecik mmg selalulah jugak beli belon air ni. Tp dulu mana ada saiz gergasi mcm sekarang ni.....

    Yg penting depa penat ke taman, malam kang tido nyenyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Mak, kalau pun saya gian nak naik jongkang-jongket tu...wajib membawa anak sekali tau. Nanti dikata sewel pulak naik sorang2

      Betul tu Mak, malam tu awal tidonya. Senang emak depa...

      Delete
  5. Nampak memang ramai sungguh orang bawa anak ke taman ya KB..hari cuti agaknya masing2 nak luangkan masa dgn anak2.
    Sukanya budak2 tu kat taman ,tengok gelagat yusof tu dah tau seronoknya dia.
    Main buih tu anak akak yang dah beso panjang ni pun suka KB .Lebih dia yang main dari Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg luar biasa ramainya kak. Org balik kpg agaknya kan.

      Yusuf lah yg seronok dok main panjat2 gelunsor, kejar buih.
      Zaman abg/kakak dia kecik dulu tak pernah main buih2 ni kak.

      Delete
  6. nak ajar anak main buih tu tak terbuat lagi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^