Wednesday, October 5, 2016

Amir dan Hoki Lagi

Assalamualaikum

Nampaknya kisah kami anak-beranak di hujung minggu yang lepas terpaksa ditunda ke minggu hadapanlah ya kerana memberi laluan tuan blog nak bercerita tentang sukan sesaja. Bertepatanlah dengan Hari Sukan Negara yang akan berlangsung Sabtu ini kan.

Alhamdulilah tanpa aku menduga Amir telah dipilih sebagai penjaga gol pasukan hoki bagi sekolah di daerah Kuala Kangsar. Persaingannya sengit ya, antara budak MCKK tu. Membara aje budak tu semalam, kata Amir.

Dengan bangga papa mengulangi ayat coach kepada mamanya, (aku masuk pejabat sebelum pemilihan dibuat)

Ok,  yang terakhir...., keeper yang kami pilih ialah AMIR HAZIQ.

Maka, kembang kuncup, mekarlah bunga di taman hati si Amir apabila pucuk dicita, ulam yang mendatang! Memang itulah harapannya selama ini.

Kepada semua sahabat alam maya yang mendoakannya semalam, mama Amir ucapkan berbaaaaanyak terima kasih.

Kejadian semalam tu berakhir dengan kasutnya koyak rabak. Mengenangkan dia akan beraksi lagi hari ini dan esok, mahu tak mahu mamapapa kenalah juga mencari kasut yang baru. Kalau tak dipilih tak ada keperluanlah nak menggantikannya.

Lepas maghrib kami keluar. Pergi menjolok dulu di 'bank rimau'. Kalau benda tak dirancang begitulah ya. Mujur juga rimau mahu muntahkan duit! hahaha

Di kedai, kasut hoki tak banyak pilihan. Kasut pertama yang dipegang papa, tak ada saiz.

Kata Amir, mujur tak ada.....Amir taknak yang itu,  rupanya tak menawan hati.

Oh anakku, sudah pandai demand sekarang ni ya. Pilihlah lagi tapi jenama yang lain. Terlonjak-lonjak pulak dia mahu yang ini! Harga pun terlonjak juga bijik mata kami tau! Kesat peluh makbapak dia.

Setelah dipesan saiz yang dimahu, tak ada pulak. Kemudian cuba saja saiz yang ada, sedang elok saja muat di kakinya. Maka, teruslah membeli selepas diperiksa betul-betul oleh papa dan mama seakan tidak percaya. Nyaris-nyaris kami nak ke Ipoh untuk mencari kasut sepadan saiz kakinya.

Nak tahu saiz berapa? Jangan terkejut kawan-kawan mama Amir, saiz 10 ya. Umur baru setahun jagung 14 tahun, saiz kaki sudah sama saiz papa dia. Kata papa, nanti bolehlah papa pinjam. ^___^.

Setelah itu, merengek pula.....

Pa, stokin? Belilah....Amir nak yang baru juga.

Pengsan makbapak demi anak-anak.


Sampai rumah, berbunga-bunga rasa hati si Amir kerana dapat kasut baru pilihan sendiri. Meng'test' tak sudah-sudah sampai lupa akan borang MSSM yang perlu diisi. Mama dia juga lah yang beriya-iya mengisi untuk dihantar hari ini.




Sebelum balik kami makan di sini atas permintaan Daniel. Sebelah saja dengan kedai kasut yang dibeli itu.












12 comments:

  1. Kalau ada bakat dan ditambah sokongan padu pihak sekolah dan keluarga tak mustahil Amir akan menempa nama dlm bidang ini di masa akan datang KB. Kalau kakak pun tak sayang duit demi anak - apa lagi dah terbukti depan mata.

    Tahniah dan syabas buat semua yg terlibat atas kejayaan Amir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Amir baru nak menempa tempatnya kak. Panjang lagi perjalanannya tu. Harap2 dia boleh teruskan usaha dia, supaya tak jadi angat2 tahi ayam.

      Terima kasih ya kakzakie.

      Delete
  2. Alhamdullilah tahniah Amir dan ayahibu nya juga sebab terpilih .Memang terror ya Amir boleh kalahkan budak MCKK.
    Takpelah perabis untuk anak,biar dia lebih bersemangat dan seterusnya terpilih ke MSSM.
    Anak akak Azim pun kaki panjang KB lebih dari ayahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak SI. Amir dgn budak tu saya tengok sama jer levelnya. Semalam saya dah pasang niat kalau Amir dpt jadi simpanan pun tak apa dah tapi coach nak pakai sorang keeper jer. Jadi kawan tu yg kena keluar. Rasanya sbb dia kecik sikit dr Amir agaknya.

      Ye lah kan, ikutkan ajer kemahuannya supaya tak terbantut minatnya tu. anak2 saya kaki panjang ikut bapaknya.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Amir! tak sia-sia makpak tuang kerja pi tengok anak tau! Tahniah buat makpak jugalah. Kalau tak kerana makpak beri sokongan, mana mungkin Amir bersemangat nak main sungguh-sungguh. Lainlah kalau dah ada 'bunga di taman orang' yang beri semangat! Hahaha!

    Boleh tahan saiz kakinya ya. Samalah macam anak saya, baru 10 tahun saiz kaki dah saiz 6! Kalau kasut yang patternnya kecil sikit, melonjak ke saiz 8! Tapak kaki gergasi betul ler...

    Kasihan alahai si Yusuf, terpaksa-paksa alahai bergambar! Comel pulak muka kena paksa si Yusuf ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD. mmg tak sia-sialah kan, ngelat bekerja semalam, hihi. rasanya kalau ada bunga di taman org, tak mahunya dia seligat ini, dah asyik berangan ajer nanti!

      Tu lah, kaki gergasi mereka ni tau. Si Amirah tu pun sama, panjang juga.

      Begitulah MD, kalau nak mengambil gambar Yusuf. Tak pernahnya elok. Dia kan, dah lepas snap baru nak pandang kamera dan senyum. Bertabah ajerlah.

      Delete
  5. THNIAH AMIR MOGA MENJADI JUARA DLM SUKAN PILIHANNYA

    ReplyDelete
  6. Tahniah dik. Akhirnya terpilih jadi keeper..wasehh, seronok mak nya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aunty SB. anak seronok, emaknya dah tentu seronok juga!

      Delete
  7. Betul ke saiz 10 KB. Panjangnya kaki. Kome bagi makan apa? Takkan pisang tanduk hari hari kot haha....Gitulah KB, nak menggembirakan anak anak katanya, biar kita yg pakai selipar tak pe, janji anak pakai kasut cantik, lebih kurang gitulah perumpamaannya....

    Tak pe, esok kalau Amir dah bekerja dan berjaya, jangankan kasut mahal kasut emas pun dia belikan untuk kome tau

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^