Tuesday, January 3, 2017

Yusuf :: Persiapan Ke Taska Permata

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2017  T_T

Apa khabar semuanya. Sihat? Sibuk tak hari ini? Bagi saya, kehidupan hari ini sangat sibuk. Sebelum subuh lagi dah bising membangunkan anak-anak.


Semua anak-anak saya bersekolah sessi pagi termasuk buah hati pengarang jantung, si Yusuf. Hari ini Yusuf telah melangkah ke taska.


Mama dia, malam-malam bersengkang mata menyiapkan bekalan dan keperluan Yusuf di taska. Selepas itu pula, menggosok pakaian sekolah abang-abang dan kakaknya hingga jauh malam.


Semasa abang Daniel di Taska Permata dulu [tahun 2011], saya tak sempat merakam kenangan manis beliau kerana tidak ada blog. Kali ini, biarlah saya menyimpan detik-detik manis sebagai memori anak-anak.


Mari kita tengok apa yang saya sediakan untuk Yusuf, malam tadi...^__^

Beg pakaian cap YUSUF - wajib dibawa setiap hari.
Mengandungi 4 pasang pakaian termasuk sepasang berlengan dan berseluar panjang untuk tidur. Tidur dalam aircond katanya, sejuuuk!!. Selain itu, ada 5 helai diapers, sapu tangan dan laundry bag. Sebotol air masak, tiada dalam gambar.

Buku Pesanan - ada 2 buah. Satu untuk guru, satu untuk ibubapa. Yang ini juga wajib dibawa setiap hari. Petang semalam, baru mem'binding'nya. Asyik terleka saja mama Yusuf ni.

Buku ini bertindak sebagai catatan ringkas perihal Yusuf sebelum sampai di taska dan selebihnya akan dicatat oleh guru tentang aktivitinya di taska nanti. Di bahagian bawah mukasurat, saya perlu menurunkan tandatangan tanda sudah dibaca..^_~


Beg ini pula mengandungi keperluan diri Yusuf untuk disimpan di taska. Bekalan akan ditop-up dari masa ke semasa apabila habis. Bekas susu formula saya tak label cantik-cantik sebab di taska ada bekas tersendiri. Guru akan pindahkan susu ke bekas mereka dan bekas hijau ini, saya hangkut ler balik, petang nanti.

Sepatutnya, keperluan ini diserahkan kepada guru semasa hari taklimat, 27/12/16 tempohari. Oleh kerana, belum berlabel, saya menghantarnya hari ini.


Bantal cap YUSUF, juga perlu disediakan oleh ibubapa. Malam tadi baru selesai menjahit sarung. Mudah ajer nak membuatnya tapi mengambil masa yang lama untuk siap. Pheww...bercinta menjahit dengan Yusuf!. Kejap, kejap berhenti. Kejap kejap berhenti.



Begitulah serba-sedikit persiapan Yusuf. Semua keperluan di atas, adalah mengikut senarai yang dibekalkan semasa taklimat. Cikgu tulis, mama ikut!. 


Pagi tadi, waktu menghantarnya masuk taska ada lah kedengaran rengek-rengek manja....mama, mama, mama.....Malangnya, mama dengan 'kering hati' beredar dari pintu taska kerana tidak dibenarkan menunggu. :(


Okay, itu saja buat hari ini. Esok kita bercerita lagi ya.




8 comments:

  1. alahai comelnya tengok barang budak2. seronokla Yusuf ya ramai kawan kat taska. :)

    ReplyDelete
  2. Allah... kenapa kakak pulak yg sayu hati membayangkan selama ini dgn maktok tetiba kena pergi taska.

    Moga baik-baik hendaknya. Tak salah sesekali buat spot-check KB.

    ReplyDelete
  3. Salam Tahun Baru Rul.... sihat ke?

    Mmg nampak bizi sangat tu Rul. Mak yg baca ni pun rasa penat weyh. Anak anak kecik lagi mmg gitulah Rul. Semua kita yg kena tengok. Beristighfar ajelah hihi...

    Wah ketat jugak ye Rul undang undangnya. Mcm mcm nak kena bawak. Taska ni under jabatan ke Rul?

    ReplyDelete
  4. Wah..comel la tengok beg Yusuf dengan barang kelengkapan beliau.. zaman Minah Kiwi dulu2 mana ada taska.. dah besor 6 tahun baru mak anto gi Tadika.. tak de la kena bawak pampers, botol susu bagai

    Anyway.. all the best to Yusuf untuk merempuhi (betul ke ayat ni) alam taska.. InsyAllah.. Yusuf you can do it !!! All the best from Kakak Minah Kiwi !!!

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru KB.
    Akak dpt bayangkan kebizian KB nak siapkan anak2.Akak ni tinggal Iman sorang ...santai2 je.Zaman bizi siapkan anak ke sekolah dh berlalu.
    Wah semua kena lengkap ya barangan Yusof...Nampak macam teratur je Taska Permata ni ya.
    Baiknya Yusuf hanya merengek walaupun hari pertama,kalau anak akak dah meraung dah...

    ReplyDelete
  6. Bagus ye KB..
    Ada taska yg macam ni..
    Senang ibubapa sebab dah ada pembelajaran sekali..

    ReplyDelete
  7. Memang kentallah KB ni. Kalau saya tak terkering hati nak tinggalkan anak di tadika. Lagi dia merengek, lagi 'basah hati' saya ni tau nak berlalu pergi. Saya bab dengan anak-anak ni memanglah tak cukup kuat, tak padu kekentalan jiwa raga tau!

    Macam nilah baru betul. Semua siap berlabel. Kalau tidak, marah KakG nanti dapat makpak yang tak reti nak label barang anak sendiri!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^