Khamis, 27 Rabi'ulakhir 1438
Assalamualaikum semua! Hari ini dan esok kisah Yusuf ya. Nampak gayanya kisah Yusuf di taska akan menjadi episod paling banyak dalam blog buat tahun ni ^_^.
Sebab mamanya tengah excited nak menyimpan gambar-gambar Yusuf yang banyak dikirim oleh teacher. Nak mengharapkan gambar dicetak di kedai, entah bilalah agaknya. Jika, dibiarkan dalam kamera hp, risau pulak hilang dimakan virus atau terdelete dek tangan kecik Yusuf! Maka, saya lebih senang letakkan saja dalam blog ni yang sudah umpama diari dan album atas talian...harap-harap blogspot boleh kekal lama.
Dalam minggu ke-3 yang lepas, Yusuf masih lagi menangis bila nak melangkah masuk ke taska. Asal sampai saja di pagar taska, dia mulalah...tak nak sekolah, tak nak sekolah. Masih berdukung dari kereta sampai ke pintu. Bila diambil teacher terus meraung! Tapi minggu ni, dia lah 'good boy' kata teacher.
Minggu lepas, Yusuf belajar mengenali anggota badan. Minggu itu, teacher sibuk agaknya. Tak banyak menghantar gambar.
Lepas sabun dan cuci tangan, mereka diajar lap tangan bersih-bersih. Tersenyum saja kawan-kawannya tu! |
Ini hari berikutnya - memberus gigi. Eh! eh! tengok tu siapa yang semangat sangat nak menggosok gigi tuuu... |
Kata teacher, sebaik saja teacher keluarkan gigi gergasi tu, Yusuf cakap, gigi...gigi... "Pandai Yusuf, dah boleh kenal...hehe" - ayat teachernya. |
Selain itu, minggu tersebut mereka belajar menyentuh anggota muka di hadapan cermin dan melukis jari sendiri. [takde gambar].
Habis belajar, mereka tukar pakaian nak tidur.....zzzz. Gembira nampaknya Yusuf tu!
Ok, itu saja setakat hari ini. Esok kita tengok anak-anak ni menguli doh untuk melatih fine-motor jari-jari kecil mereka.
Bye ^_~
Cantiklah taska yusoff tu. Berkenan akk tengok environment dia.
ReplyDeleteAzi jenis kerja di tadika background pun diperhatikan ye:)
DeleteKakak perasan relationship teacher Yusuf dgn parents akrab
ReplyDeleteBagus secara tak langsung kita tahu kegiatan anak di taska
TASKA yg berkuliti cara mrk mngsuh anak2 mnjadi kemudahn kpd ibubapa utk dptkn khidmt mrk. anak2 yg rasi dgn suasananya xsbr nk ke TASKA setiap hari.
ReplyDeleteBetsnya yusof. Adra pon sejak ke taska ni macam2 benda dia belajar. Teacher akan update di page fb taska. Mula2 nangis jugak masa hantar. Lama2 sampai tak nak balik lah dia. hehe.
ReplyDeletecomelnya yusuf & kengkawan dia. cikgu taska pun siap update hari2 aktiviti apa ya.
ReplyDeletepandai si Yusuf berus gigi dia.. lama2 pandai la dia berdikari kan
ReplyDeleteSi Yusof tu menangis ke suka tengok gigi tu. Dari jauh mcm menangis.
ReplyDeleteKalau menjaga budak budak tak ramai mcm ni, ok jugakkan Rul. Yg letih kalau ramai. Kang sorang sorang berak dan ticer jugaklah yg kena cebokkan huhu
hihi dia tengah buat action gosok gigi tu Mak.
DeleteHaah kan, mereka ni 6 org jer, senang lah sikit cikgu nak control. kalau ramai2 entah ler, pening juga!