Friday, January 13, 2017

Yusuf Minggu 2 :: Aktiviti

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat.

Hari ini sengaja nak menempel gambar aktiviti-aktiviti Yusuf sepanjang minggu ni. Bagi anak-anak dua tahun, bermain saja lah kerja mereka, kan. Dalam masa bermain tu, ticer mereka akan selitkan aktiviti pembelajaran. Main sambil belajar, lebih kurang macamtu lah eh! ^_^. Jadi, masa yang panjang di taska tu taklah bosan saja tanpa aktiviti.

Reading giant book


Kick the ball
Ticer bagitahu Yusuf boleh menendang bola dengan baik. Tapi dia takut bolanya diambil kawan-kawan, Yusuf rela pegang jer bola tu daripada menendang. ^_^



Tengah belajar mengenali makanan.
I like.......

Mengenal warna
Hari Jumaat ni, main bola lagi nampaknya tu. Tak sabar nak main dah budak-budak ni! Menurut tulisan ticer dalam buku pesanan, aktiviti ni untuk latihan perkembangan motor kasar - kutip bola kecil.
"Yusuf kutip 2 bola sekaligus dalam satu masa, bagusnyaaa"...ticer tulis. Mama pun tersenyum aje membaca catatan ticer ^_^.

Sebelum main, ticer dan anak-anak baca doa dulu.

Selamat berhujung minggu semua!













9 comments:

  1. nampaknya Yusuf dah mula bergaul dengan kawan2 dia la KB.. Syukur alhamdullilah dia dah boleh sesuaikan diri kat Taska Permata giteww

    ReplyDelete
  2. Tecer, last last yusof tendang tak bola tu.
    Bersihnya tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf tendang lah uncle. Itu! yg pakai t-shirt biru thomas n friemd tu lah Yusuf ^_^.

      Btw, yg bercerita ni mama yusuf, bukan ticer yusuf...hihi

      Delete
  3. puas hati baca ramai2 dengan anak2 buku besar tu. mana dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, puas hati dpt tgk buku besar tu ya!

      Utk pengetahuan puan, alat bantuan mwngajar di taska ni dibekalkan oleh kerajaan negeri. Saya tak pasti ianya dibeli dari pembekal mana. Saya bukan ticer di situ, saya cuma ibu kpd salah seorg anak2 yg berada di taska itu. Maaf ya!

      Delete
  4. Kakak yg baca ni boleh senyum sendiri tengok semua tu KB
    Nampak Yusuf dah boleh berkawan - tengoklah dah boleh ketawa:)

    ReplyDelete
  5. Oh, lupalah! Tahun ni Yusuf dah kena pergi taska ya! Nampak okey aje Yusuf. Mana taknya ramai geng bola.

    Bagus cikgu sebelum main pun baca doa. Kalau tidak, mana nak dapat bolakan!

    Tengok Yusuf dalam gambar macam teruja aje dengan semua aktiviti. Mesti tenang aje hati KB tinggalkan anak di taska ni. Hari-hari ya teacher tinggal mesej perkembangan anak. Bagusnya!

    ReplyDelete
  6. So tak rugilah kome hantar Yusof kat sini ye Rul. Taklah Yusof duk kerja tengok tv jer sepanjang hari. Kiranya mcm ada jugaklah aktiviti yg bermanfaat hihi...

    Zaman ni hantar anak ke tadika dah tak risau sangat sebab semua aktiviti mereka boleh dishare kat WA...tak mcm zaman dulu...




    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^