Thursday, December 22, 2016

Yusuf :: 21 Bulan

Assalamualaikum


Hai...apa khabar semua? (sambil melambai-lambai tangan dari kejauhan). Masih ada ke lagi yang menjenguk ke sini.


Dah lama tak update tentang anak saya yang bernama Yusuf. Hari ni, Yusuf sudah genap 21 bulan. Dalam erti kata lain, sudah satu tahun sembilan bulan. Besar dah Yusuf ya! Pagi-pagi lagi kami berdua sudah bersiap untuk ke klinik. Yusuf ada appointment check-up di klinik kesihatan berhampiran rumah kami.


Sebelum masuk ke klinik, saya mengambil gambar terbaru Yusuf  yang sudah berambut pendek, dipotong Atok kerana rimas melihat dia berambut panjang. ^__^

Senyum pagi sambil memegang biskut lutut yang dicilok dari balang biskut Opah. Gambar gegar kerana meloncat kegirangan melihat kamera hp.

Gambar kali kedua pun, gegar vaganza juga. Memang ler budak ni tak betah duduk diam.
Lihatlah latar belakang kami, di kelilingi pokok-pokok hijau saja kliniknya. Maklumlah, kampung!

Gambar ketiga pun begitu juga - bergegar. Entahlah kan, tak perlu salahkan anak yang tak duduk diam. Emaknya yang sebenarnya tak pandai mengambil gambar. >..<

Hasil pemeriksaan kesihatan Yusuf hari ini. Sihat saja dia. Tinggi, berat, semuanya meningkat. Takde masalah.

Tahun 2017 yang tak lama lagi nanti, bermulalah alam baru bagi Yusuf. Dah nak masuk taska dahhhh..Tak bolehlah nak berkepit dengan Opah lagi. Lepas ni Opah dah boleh berehat dan pencen menjaga Yusuf...


Adakah lepas ini akan timbul perasaan rindu-rinduan antara nenek dan cucu??? Entahlah, kita tunggu saja tika dan waktunya.


Saya sebagai mamanya pun terasa sedih juga sebenarnya....sob,sob.








4 comments:

  1. Eh... mestilah Opahnya sedih KB
    Dah jaga dari baby merah sampai sekarang tetiba dah cerdik kena ke Taska
    Tapi niat KB nak bagi dia rehat kan..
    Sesekali boleh jenguk bukan jauh pun.

    ReplyDelete
  2. Ada akak jenguk ni KB...
    Nak tengok juga pekembangan bujang kecik KB...Yusuf dah semakin besar ya..Alhamdullilah sehat semua nya ya.
    Tahun depan yusuf dah ramai kawan tentunya kat taska tu...sian opah akan merindu.:-)

    ReplyDelete
  3. Alahai KB..dah besar rupanya si Yusuf ni.. lepas ni tak berkepit dengan opahnya la yer... MK ni selalu lawat blog KB ni.. boleh kata setiap hari.. ada update ke..x de update ke.. tetap Minah Kiwi lawat

    Bagus la Yusuf masuk taska..leh berkembang ilmu dia dan cepat belajar.. juga menambah teman2..langsung akan Yusuf akan break the ice social communication dengan orang2 baru.. InsyAllah

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak bawak anak kecik check up mcm kome ni KB. Macamanalah kalau mak ada anak kecik lagi gamaknya ye...

    Mama ni pun satu, asal Yusuf lompat je, di petik hpnya, dah kenapa? Haruslah bergegar vaganza jadinya.

    Bizi lagi ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^