Thursday, January 12, 2017

Yusuf Minggu 2 :: Nangis Belum Reda

Assalamualaikum

Hari ini kisah Yusuf!

Dah nak masuk dua minggu Yusuf di taska. Setiap hari Yusuf bangun subuh. Mama mandikan Yusuf. Bersiap, pakai baju cantik-cantik nak ke school. Bukannya mudah tau nak memujuk si kecik ni mandi dan bersiap rapi. Kena pujuk makan masa juga. Kalau buat fe'el, mama terpaksa bergegas hantar abang kakak dulu ke sekolah, kemudian berpatah semula balik rumah nak siapkan Yusuf. Di Permata, semua students wajib mandi pagi sebelum masuk sekolah. Pheww penat! ^_^.


Bila sampai di pintu pagar, Yusuf dah mula nak menangis. Hari pertama siap melalak di kereta. Hari kedua, dah boleh serah diri pada cikgu tapi akhirnya menangis juga. Sampailah ke hari semalam dan hari ini, menangis lagi.


Waktu balik pun begitu. Bila nampak mama datang menjemput, dia mula mencebek muka nak menangis; tanda sedihlah tu sebab kena tinggal dengan cikgu/ticer.


Minggu ke-dua ni, mama sudah ada group whatsapp 2 Tahun VaVaVoom. Amboi! bukan main lagi nama groupnya. Maka, setiap hari ticernya akan update aktiviti Yusuf di taska. Legalah hati dapat tengok muka anak sepanjang mama bekerja.

Kawan-kawan sebaya Yusuf. Ada seorang bunga di kelilingi lima orang kumbang ^_~. Sorang lagi tak tahu ke mana perginya. Tengok ya, muka budak kuat nangis tu, dia juga yang tersenyum lebar bila bergambar!
Isnin - main lego. Dahi ada bisul...hihi. Trademark jari bila ambil gambar!

Selasa - sambil nangis jari tu tetap nak tunjuk peace ^_^
Rabu - waktu balik dalam kereta. Nak tunjuk good, habis lima jari terbukak. Semalam, dapat goodies, birthday kawannya.



Sudah dua hari waktu balik, Yusuf nak menyarung selipar kawannya. Selipar yang mama beli tak menarik katanya, sebab plain ajer. Selipar kawannya ada gambar RoboCar Poli. Apakah maknanya itu??


Esok kita tengok aktiviti Yusuf sepanjang minggu ni ya. ^_^








6 comments:

  1. Alahhhh tak pe, lelama terbiasalah tu. Nasiblah mama tak cembeng sekali, kalau dah dua dua cembeng, habislah....cikgu pulak yg susah hati kang haha....

    Budak budak ni kekadang nangis tu sebab manja, mama dia ada, bila kita tak de depan mata, diaorang ni ok je

    ReplyDelete
  2. RoboCar Poli tu macam kartun keretapi thomas tu...yang boleh cakap tu..tapi yang ni truck bukan ketapi..

    Itu trend sekarang ni KB.. biasala.. Yusuf baru lagi bergaul dengan orang yang dia tak kenal.. asyik nangis jer .. lama2 ok la..harap bersabar la uolllss yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak selipar robocar poli jugaklah tu, maknanya hihihi...

      sebenarnya, pagi2 jer nangis beriya, bila dah start main/melompat dia ok jer MK. saja ngengada Yusuf ni!

      Delete
  3. Kat tmpt akk ni pun mcm tu, ada je drama di pagi hari. Dah naik jemu menontonnya.

    ReplyDelete
  4. Dah tentu Yusuf tu masih kategori baby lagi KB tak boleh expect macam budak tadika 4/5 tahun. Sedihlah tengok airamta dia tu. Tapi demi mak nak berkerjaya kita memang kena cekal.

    ReplyDelete
  5. Alahai, kasihan sekuntum bunga dikelilingi lima kumbang. Memang jadi rebutanlah nampaknya. Habaq kat Yusuf, kalau asyik menangis aje sambil tunjuk peace, memang lari jauhlah bunga tu nanti tau!

    Alololo....cute sakan gambar Yusuf dengan air mata bergenang. Anak-anak ni kalau emaknya takda kadang taklah berapa sedih tapi kalau emaknya ada, dan-dan tu juga dilanda kesedihan. Maklumlah mak tu kan 'hadiah' paling berharga. Apa nak, semua dapat!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^