Assalamualaikum
Masih lagi berkisah tentang sekolah anak-anak ^_^...
Kehidupan keluarga saya sederhana saja. Tidaklah kaya-raya, tetapi miskin pun tidak juga. Kalau mengisi borang bantuan, tak pernah dikategorikan layak pun! hihi...[ada hati nak mintak bantuan]
Tiap-tiap tahun, keperluan sekolah anak-anak akan dibeli baru mengikut kemampuan emak/bapak mereka. Jika ada keperluan maka kami akan membeli. Manakala, jika masih elok dan boleh bertahan, pakailah saja barangan tahun lepas. Begitulah, kelangsungan hidup jika ada dua-tiga orang anak yang bersekolah. Mana nak mengadakan semuanya yang baru-baru belaka!
Tahun ini, papa kepada anak-anak saya membeli beg sekolah baru untuk mereka. Seronoklah anak-anak!
Amir mula membeli beg sekolah baru semasa di Tahun Dua. Itulah yang digunakan hingga dia di Tingkatan Dua. Bolehlah mencongak berapa tahun dia memakai beg tersebut. Tahun lepas, begnya dah rosak dan sudah patut diganti baru.
Amirah pun begitu. Di Tahun Satu membeli dan dipakai hingga tahun lepas, dah koyak juga! Daniel pula, kami tak pernah membeli beg sekolah kerana ada beg sedia ada yang elok dan tegap boleh digunakan. Beg itulah yang Daniel guna selama tiga tahun bersekolah.
Berakhir saja persekolahan tahun lepas, ketiga-tiga orang mereka dapat beg baru seorang satu. Riang-gembira anak-anak sebab tahun ini boleh menyandang beg baru....
Sebaik melangkah keluar dari kedai beg, papa berseloroh....
Nanti lepas ni jangan minta beg lagi!
Amboi! kejam betul papa mereka ya >o<
beg legend tu hehe
ReplyDeleteSemangat ke sekolah pun lain KB bila dapat beg baru:)
ReplyDeleteMasa tersandang aje beg rasa gembiranya bukan kepalang pastinya.
ANAK2 KB YG BAIK XBANYAK KERENAH N MINTANYA
ReplyDeleteMak suka sikap mcm tu Rul. Selagi masih boleh guna, gunalah sampai ke akhirnya. Tapi Pak Jilapah lain pulak falsafahnya. Tiap tiap tahun dibiasakan anak dia tukar beg. Anak anak pulak tak mau lepaskan peluang. Gasaklah tekau duit tekau....malas nak masuk campur...
ReplyDeleteMAcam Minah Kiwi ni..selagi boleh pakai..Minah Kiwi suka pakai.. buat apa membazir beli yang baru kan.. lagi kesian tengok family2 yang tak mampu beli benda baru untuk anak2 mereka.. kita harus bersyukur seadanya giteeww kan KB
ReplyDeleteAkk pun cenggitu KB, selagi boleh pakai, jgn ngengada nk ngabih duit beli baru, duit tu boleh beli byk lagi benda lain.Ajar ank berjimat-cermat, bersusah2, kalo byk duit mcm mak kita yg sorang tu takpelah, bak sini beg lamo tu, kot sedokah kt den pun dapek yo pahalo eh.
ReplyDeleteBeg yg berkualiti memang tahan lama KB.
ReplyDeleteAnak2 akak pun sama selagi elok beg nya selagi tu kena pakai,Apatah lagi kami ni lagi kena berjimat cermat selagi abang kakak mereka masih belajar.
Betul tu, KB. Alah membeli, menang memakai. Zaman sekarang ni kalau takda keperluan, memang tak payah beli. Zaman saya sekolah rendah dulu, setiap kali naik sekolah semua pun baru. Pemadam, pensil dan pengorek pun nak baru juga. Pening agaknya kepala arwah abah saya. Tapi yalah, zaman tu murah lagikan!
ReplyDeleteAnak bujang saya pun bagus. Kita nak beli ni dia kata jangan. Kita nak beli tu dia kata jangan. Kalau boleh semua pun dia kata tak payah tukar baru tapi memandangkan beg sekolahnya dah dua tahun pakai sampai lusuh dikerjakannya, saya gantilah baru. Adik cute tak dapat beg baru sebab tahun lepas dia dapat tiga beg baru dari parentsnya, makciknya dan tangan gatal Mommynya nih ^_^