Semalam, apabila melepasi pukul 4 petang, mata saya tak henti-henti tengok jam di desktop. Risau terlepas jam lima...^_^. Hati rasa tak sabar-sabar nak berjumpa dengan cinta hati. Seolah-olah nak menunggu waktu berdating dengan kekasih!
Saya bergegas untuk check-out dari pejabat apabila jam menunjukkan pukul lima. Tiba di biometrik reader untuk thumb-print, rupa-rupanya, sudah 5:03 petang. Oh!, saya sudah terlewat nak mengambil Yusuf. Demi mu anak, tiga minit pun mama dah kecoh sangat.....^_~
Sampai di pagar taska, cikgu yang berada di luar pintu menjerit Danieelll.....
Nampaknya, cikgu masih belum lupakan saya yang menghantar Daniel enam tahun yang lepas. Asyik tersasul antara Daniel dengan Yusuf.
![]() |
Beg dan sebotol air masak untuk hari ke-2. Buku Pesanan belum digunakan lagi kerana masih dalam minggu orientasi. |
Menurut cikgu, Yusuf belum boleh menyesuaikan diri. Kadang-kadang dia menangis. Biasalah kan, namanya pun budak kecil.
Pagi tadi, Yusuf mengeraskan badan dan melalak tak mahu didukung cikgu. Saya sedih! Dan, saya tahu saya sedang mempertaruhkan emosi anak. Tapi apakan daya, saya tiada pilihan lain. Saya perlu beri Opahnya berehat. :( Nampak tak poyo nya, ayat saya?...haha. Tapi itulah hakikatnya. Korang pun ada anak kan? Jadi, haruslah ada perasaan yang sama jika anak menangis ditinggalkan dengan orang asing.
Semalam, ada kawan-kawan yang menyebut tentang Taska Permata ni. Saya jawab di sini saja lah ya Mak Nom, Kak SI dan sesiapa saja yang ada tanda soal tentang ini...T_T
Semalam, ada kawan-kawan yang menyebut tentang Taska Permata ni. Saya jawab di sini saja lah ya Mak Nom, Kak SI dan sesiapa saja yang ada tanda soal tentang ini...T_T
Oleh kerana hari ini hari Rabu, maka kena lebihkan gambar dan kurangkan bercakap. Maaflah jika mengganggu data korang untuk loading gambar...^_^ hihi
Saya menjawab berdasarkan info dalam Buku Panduan di bawah ini yang dibekalkan oleh taska kepada saya. Saya ambil point-point secara rawak saja. Mari duduk diam-diam sambil membaca dalam hati.
Saya menjawab berdasarkan info dalam Buku Panduan di bawah ini yang dibekalkan oleh taska kepada saya. Saya ambil point-point secara rawak saja. Mari duduk diam-diam sambil membaca dalam hati.
![]() |
Buku Panduan Ibubapa |
![]() |
Pendidik dan pengasuh terdiri daripada penjawat awam juga. Oleh kerana ini, ibubapa yang menghantar anak di situ tiada caj bulanan kerana penggajian kakitangan dibayar oleh kerajaan. |
![]() |
Kurikulum - pengasuhan dan pembelajaran secara bermain. |
![]() |
Setiap enam bulan, pendidik akan bertemu dengan ibubapa untuk berbincang perihal, perkembangan dan tingkah-laku anak-anak. |
![]() |
Penggunaan bahasa harian di taska. |
![]() |
Takwim - Dah siap dari Januari hingga Disember. Saya suka bulan April sebab nak melawat zoo. ^_~ |
Okay ya puan-puan, habis dah penerangan. Kita berjumpa lagi di lain episod. Sekarang bolehlah bersuraiiiii..
Ohhh...baru tauuuu,rupanya Taska Permata ni utk anak penjawat awam aje.Beruntung Yusuf dapat peluang ke taska ni kan....
ReplyDeleteBiasa lah KB baru lagi tu,nanti lama sikit oklah tu.Yalah ibu mana lah tak sedih tinggalkan anak di tpt yg asing pd dia.Lagipun Yusuf tu kecil lagi..
Takpe Yusuf.. kayuh perlahan lahan yer.. Akak Minah Kiwi tahu Yusuf can do it.. lama lama boleh sesuaikan diri dekat Taska tu.. boleh tambah kawan gitew..
ReplyDeleteAll the best buat Yusuf yer
untungnya yusuf dapat masuk permata. saya dulu memang suka kalau anak2 dapat ke permata. insyaAllah nanti yusuf oklah tu
ReplyDeleteAnak permatalah Yusuf ni
ReplyDeleteUntung juga tak ada yuran bulanan.
Bab menangis tu biasalah KB bebaru nanti lama-lama bila dah kenal oklah dia.
allahu takleh bayang camna perasaan mak setiap kali terpaksa tinggalkan anak..
ReplyDeleteku yg xde anak ni pun rasa dah tamau tinggalnya..
Ohhh Baru tahu KB.
ReplyDeleteIngatkan Tadika permata ni sama dengan tadika Kemas tu..
Belajar rajin2 yusof..
Oh, saya baru tahu tentang Taska Permata ni disebut-sebut dek kakak saya sebab katanya cucu nak masuk sana tapi tak dapat! Ada ke dia kata ni tadika 'Rosmah'. Hahaha!
ReplyDeleteSaya ingat bila KB tulis nama tadika ni memang namanya Tadika Permata rupa-rupanya ia tadika Kak Mah yerk ^_^