Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.
Dah hari Khamis kita ya! Semalam hari Rabu, Wordless Wednesday katanya. Maka, saya pun berdiam diri seribu bahasa juga...^_^
Pagi tadi saya ada mesyuarat di pejabat. Kebiasaannya, bila bermesyuarat jaranglah telefon nak mengikut sama. Saya tinggalkan ia duduk diam-diam dalam bilik. Kalau berbunyi pun, melalaklah ia keseorangan di situ!
Tiba-tiba, semasa mesyuarat berlangsung saya menerima nota dari petugas kaunter. Katanya, cikgu dari SMKC telefon, minta datang ke pejabat untuk mengambil anak!. Bila terpandang saja nota itu, saya cepat-cepat minta kebenaran untuk keluar dari meeting.
Sampai pejabat, Amir dah siap menunggu mamanya. Lutut cedera!
Menurut cerita Amir, kemalangan berlaku semasa bermain bola waktu PJ pagi tadi. Masing-masing berebut nak menendang bola, akhirnya berlaga. Amir tertendang buku lali kawan, dan kawannya pula tertendang lutut Amir. Bola entah ke mana perginya. Mereka pulak yang tergolek di padang, tak boleh bangun!
Amir, dipapah kawan-kawan ke pejabat. Tunggu ler dia di situ sampai mama datang, sementara staff sekolah menelefon mama/papa dan menyiapkan GL [kalau hendak ke hospital].
Selalunya jika berlaku begini saya tak ke hospital pun! Saya beli ais batu dari 7-11, balik rumah terus tuam ke lututnya. Kemudian pakaikan knee guard. Tunggu ajer lah papa balik darikerja memancing, tengok apa katanya, sama ada nak bawa ke hospital atau tidak. Haik! macam papa pulak doktornya ya.
Kalaupun katanya sakit, budak Amir ni bukannya reti duduk diam. Melompat terjengket-jengket ke hulu ke hilir berkeliaran dalam rumah. Sambil tu, mulut bising huh! huh! huh! dah macam askar training berkawad....T_T
Waktu balik dari sekolah menuju ke kereta, kami bertembung dengan jurulatih hokinya. Nasihat cikgu, kena berehat sebulan daripada bermain.
Eh! dalam kereta dia dah pot-pet-pot-pet, katanya mana boleh rehat sebulan! Lepas CNY ni ada training hoki......Itu pulak yang dia ingat! Bukannya dia nak memikirkan kesejahteraan lututnya itu.
Selalunya jika berlaku begini saya tak ke hospital pun! Saya beli ais batu dari 7-11, balik rumah terus tuam ke lututnya. Kemudian pakaikan knee guard. Tunggu ajer lah papa balik dari
Kalaupun katanya sakit, budak Amir ni bukannya reti duduk diam. Melompat terjengket-jengket ke hulu ke hilir berkeliaran dalam rumah. Sambil tu, mulut bising huh! huh! huh! dah macam askar training berkawad....T_T
Waktu balik dari sekolah menuju ke kereta, kami bertembung dengan jurulatih hokinya. Nasihat cikgu, kena berehat sebulan daripada bermain.
Eh! dalam kereta dia dah pot-pet-pot-pet, katanya mana boleh rehat sebulan! Lepas CNY ni ada training hoki......Itu pulak yang dia ingat! Bukannya dia nak memikirkan kesejahteraan lututnya itu.
Jalan sendiri kerana malu dipimpin mama. |
Masa saya menaip entri ni, Amir terkenangkan dia kena solat di kerusi. Jauh di sudut hati saya, mujur juga dalam sakit masih mahu solat, alhamdulillah!
Semoga lutut Amir segera pulih sepenuhnya...
ReplyDeleteAamiin.
Budak aktif mana nya suka nak rehat2 KB.Anak2 akak semua kaki bangku suka je kalau suruh rehat2 gitu.Semoga Amir cepat sembuh.
ReplyDeleteSyukurla..amir masih mampu berjalan walaupun tidak mahu dipimpin oleh ibu beliau wah giteeew..
ReplyDeleteSakit2 kita harus jangan tinggalkan solat selagi masih boleh bersolat.. InsyAllah
Minah Kiwi doakan adik Amir cepat sembuh yer
Alahai, dah lutut cedera pulak! Itulah Amir, aktif sangat. Tapi takpalah, mamanya pun dah terbiasa menangani situasi macam ni. Kalau macam saya, ada lagi ke fikir nak tunggu bapaknya. Oh, tidak!
ReplyDeletePagi tadi pun saya dapat panggilan dari sekolah Bubbly Abang. Tak habis-habis dengan kisah sakit perut. Beritahu katanya sakit perut sampai pucat lesi, nak balik rumah juga. So saya ni dah tak senang duduk sebab saya tak bawa kereta. Call bapaknya dua kali direjectnya call kita. Nak pitam eh kat pejabat nih! Last-last call kakak minta tolong beritahu bapanya tapi kata kakak tak payahlah biar dia sendiri pergi ke sekolah. Mujurlah tak berlaku adegan tak diingini!
Nasib baik ya dalam pada lutut cedera masih lagi teringat nak solat walaupun solat duduk aje. Bagus tau anak KB ni. Lagi bagus mamanyalah, pandai didik anak ~_^
Alahai sakitnye.. Rehat dik, lutut tu nak diguna lama. Nnti klu di push, nnti mudah sakit n lmbt baik bila dah tua. Huhu.. Jdlah mcm makcik lady ni, tua sebelum usia.
ReplyDeleteAlahai Amir, herolah katakan, hehe.
ReplyDeleteBudak2 camtulah KB, bukannya tau sakit. Kita je yg risau lebih.
hero camni la, sama cam anak kawan saya baru ni pun injured sampai bersimen. semoga cepat baik
ReplyDeleteLamanya kak KB ni menghilang.. busy agaknya dengan anak anak nyer..
ReplyDeleteJgn ambil remeh KB
ReplyDeleteKakak dah kena pada anak dara kecik kakak tu
Tahun lepas bulan 10 tisu koyak. Minggu ini sebab ada cross-country kaki yg sama luka balik. Masuk sepital balik. SO... jga Amir jgn ikut kata hati macam anak kakak tu. Memang luar nampak macam dah ok tapi bila aktif balik jadi balik. Kita yg susah
Harap Amir dgr nasihat mama ye sayang. Nanti lagi lama kalau injured lagi.
semoga cepat sembuh lutut amir tu ya.
ReplyDeleteBudak budak Rul, benda yg dia minat mmg sanggup main sambil bersakit.
ReplyDeleteBetul jugak kata Kak Zakie tu, takut tisu yg koyak. Luar nampak ok, dalam teruk Rul.
Kalau mak dah seram tu ada panggilan telefon dari pihak sekolah.