Thursday, January 5, 2017

Lubuk Petai :: Berkelah dan Mandi

Assalamualaikum

Sebenarnya, tahun lepas saya bercuti panjang dari kerja ofis. Dari 23 Dec hingga 2 Jan baru-baru ni. Sambil menguruskan hal-ehwal keperluan sekolah anak-anak, saya berhajat nak menyusun atur rumah yang dah lama tak berusik.


Hajat tak kesampaian bila mana sepanjang percutian, rumah saya tak henti-henti dikunjungi tetamu. Selain adik-beradik sendiri, mertua, ipar-duai, sepupu dan pakcik yang duduk jauh nun di Kuantan pun ada menyinggah. Pheww....tak terkatalah penatnya!


Kebetulan, rumah saya adalah laluan utama ke kampung suami, juga laluan utama ke dusun mertua dan laluan utama juga ke lata untuk bermandi-manda.


Pada hari Krismas Dec 25 yang lepas, mertua mengajak berkelah dan mandi di lata Lubuk Petai. Rumah mertua saya dekat sangat dengan LWOT; berjalan kaki pun sampai tapi lencun ketiak lah ya! Namun begitu, Lubuk Petai juga yang dicari. ^_~.

Saya kenalah turut serta sebab anak-anak semuanya mahu mengikut Atok mereka.

Memperkenalkan mertua saya - sedondon ungu. Atok mendukung cucu dari KL. Umur sebaya dengan Yusuf tapi takut air. Manakala Yusuf pula, tak mahu dipegang kerana teruja nak berendam!

Sedang asyik kami bermain air, tiga keluarga sepupu belah suami sampai nak berkelah juga. Habis semua anak, menantu dan cucu-cucu mereka dihangkutnya. Mereka ni dari Lumut. Kalau sesiapa yang tahu pekan Lumut ada pantai Teluk Batik. Dekat sangat dengan rumah mereka tapi Lubuk Petai juga yang dicari!



Selepas mandi-manda dan berkelah, kami semua singgah ke rumah Makcik [kakak pak mertua] yang bertudung biru. Selesai solat Asar dan Maghrib baru kami bergerak balik ke destinasi masing-masing.
Keluarga mertua, termasuk semua adik ipar saya dan anak-anak mereka bermalam di rumah saya hingga keesokkan harinya. Full house lah rumah kecil saya, dari anjung sampai ke dapur. Tak apa lah, tetamu itu kan membawa rezeki. Dan kita juga wajib melayan mereka selama tiga hari berturut-turut. T__T. 


Gambar cap ibu dan anak, secara tak sengaja buat iklan colgate pulak!

p/s: cerita berkelah tapi gambo makan-makan takde ek? ^_^
















8 comments:

  1. Sesekali berkumpul ramai-ramai memang meriah dan seronok. Tapi kalau lama-lama mungkin hilang rasa seronok itu... :)

    ReplyDelete
  2. selamat malam KB
    lama nya kaknoor tak singgah sini
    best kan bercuti ramai2 macam ni happening je tengok

    ReplyDelete
  3. Memang meriah sungguh ni KB kalau dah banyak keluarga yg ada
    Yg pasti masa nak hidang makan tu dah macam kenduri pastinya:)

    ReplyDelete
  4. Bestnya mandi sungai dekat Lubuk Petai.lepas tu mandi ramai2.. berombongan Kak Kiah giteww. mesti meriah sakan kan uolllss..

    ReplyDelete
  5. Seronok nya mandi manda di sungai ni KB..
    Lagi meriah bila ramai yg turut serta kan...

    ReplyDelete
  6. Mak baru semalam susun atur rumah Rul...udah jemu dengan susun atur yg lama. Senyap senyap buat kerja sesorang hihi....
    Lain kali cari rumah yang bukan laluan utama ye haha.....
    Muda lagi ye ibu mertuamu Rul....
    Sebenarnya OK je kalau tetamu datang ni tapi yg malasnya nak masak haha....

    ReplyDelete
  7. Kalau tengok dari gambar last tu, takda nampak pun macam kepenatan melayan tetamu, KB. Nampak macam mama mereka ni yang beria-ia sakan gembira dapat bermain air.

    Nasib baiklah takda gambar makanan. Kurang sikit rasa lapar. Kalau nak juga letak, boleh dah buat entri baru. Tapi ni pun bukan entri baru dalam blogkan, kiranya memang tak keluarlah menu berkelah hari tu yerk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh masa main air ni MD, ok lagi sebab belum balik rumah. Lepas ni baru mereka singgah rumah, tidur dan esoknya baru mereka balik.

      gambar makan2 memang akan jarang keluar blog lah MD. nanti saya tayang2 makanan org lain teringin pulak...hihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^