Hujung minggu lepas, saya buat eksperimen dengan seterika saya; lepas ni disebut iron, pendek sikit bunyinya ^_^.
Dari tahun lepas lagi, saya geram tengok pakaian sekolah anak-anak yang berwarna putih bertukar warna. Bukan bertukar menjadi lebih cantik putih berseri tetapi kusam dan sendu ajer.
Saya dah cuba macam-macam petua untuk mengembalikan keputihan wajah tekstilnya. Yang terakhir, rendam dengan air panas dicampur lemon. Gigih saya membeli lemon untuk merendam pakaian. Semuanya menemui kegagalan.
Kemudian saya syak ini mesti angkara iron saya yang dah hangit hitam tu. - tiba-tiba saya teringatkan blog CH ada kongsi tips memutihkan iron. Saya pun laju-laju mencari semula tips itu dan terus menjalankan eksperimen di malam hari; selepas anak-anak tidur. Kalau Yusuf jaga, nanti dia turut 'membantu' saya. Lecehlah sikit ~_^.
Bahan-bahan yang diperlukan, ialah beberapa sudu garam dan sudah tentulah iron yang hangit.
Bahan-bahan yang diperlukan, ialah beberapa sudu garam dan sudah tentulah iron yang hangit.
Ini iron saya yang hangit >○<. Walaupun begitu rupa parasnya, saya sayangkan iron ini kerana sudah bertahun-tahun dia berbakti kepada saya. |
Saya berusaha keras meng'google lagi cara lain. Bahan-bahan yang diperlukan: Soda bikabornat, cuka dan tuala/kain lap. Saya guna tuala Good Morning.
Campurkan soda bikabornat bersama cuka makanan. Rendamkan tuala lap tadi. |
Mula-mula gosokkan iron pada garam seperti langkah di atas, kemudian gosok pula pada tuala yang telah dicelup ke dalam cuka+soda. Buatlah berulang-kali. |
Tuala Good Morning saya yang suci murni sudah dikotori dek iron. Yang ini tak ada masalah, campak ajer ke dalam washing-machine. |
Malam itu saya menyambung tugas menggosok pakaian sekolah anak-anak dengan hati gumbira. la-la-la-la-laaaa...
Selamat mencuba ^_^
Wah...bahan-bahan ada kat dapur, bolehlah cuba nanti. Kakcik juga dah cuba petua garam tu tapi tak menjadi...
ReplyDeleteAKHIRNYA BERJAYA JUGA USAHA KB...
ReplyDeleteTerima Kasih tips nya KB.. sangat bermanfaat and MK akan apply malam ni jugak..
ReplyDeleteuih senang rupanya nak putihkan balik seterika yg hangit.
ReplyDeleteKakak dah lama tahu yg garam ni KB sebab dulu bibik kakak buat macam tu
ReplyDeleteMemang betul tapi kakak buat garam letak atas tisu dapur
Yg lain tak tahu lagi dan tak pernah cuba.
Byk betul gunanya soda bikarbonat ni kan, eh...mana nk dpt dlm jumlsh yg byk tu ek?
ReplyDeletetak perlu byk2 kak, saya guna dua camca kecik jer dicampur cuka, agak2 boleh celup tuala tempat kita nak gosok iron tu jer.
DeleteKalau akak nak guna byk, di kedai kek kan ada jual berkilo-kilo...hihi ^_^
Amboiii mmg betul betul gembira tu nampaknya haha...... Mak pulak sejak ada iron baru ni mmg tak delah masalah hangus cenggitu Rul. Iron dulu ada, tapi sebab dah rosak, tak sempat nak bereksperimen hihi...
ReplyDeleteTapi baju sekolah kalau kita campur dgn baju lain yg berwarna warni mmg cepat kusamnya Rul. Elok diasingkan masa membasuh tu. Tapi yelah, namanya pun rajinkan haha....humban je sekali dlm washing machine je,senang kerja...
Kaknoor mengiron ni paling malas hatta nak iron tudong sekalipun bgi je anak2 ironksn haha
ReplyDeleteSo far so good sbb dh guna steam iron tkde masalah Kb hehe
Kalau guna serbuk 'Zip' tu boleh tak agaknya?
ReplyDeleteSaya guna steam iron sekarang makanya memang tak pernahlah ada pengalaman iron hitam/hangit. Dulu-dulu pernah juga pakai dry iron macam ni tapi jarang sampai hitam sebab saya ni bab menggosok memang suka tapi bab ada masalah dengan iron, tengoklah apa saya buat!