Monday, January 16, 2017

Tips :: Kupas Kulit Jagung Dengan Mudah

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin


Hari ini saya nak kongsi cara saya mengupas jagung. Eh eh nak kupas jagung pun nak diceritakan. Haruslah disiat-siat kulitnya, betul kan?.  Tapi, saya ada cara berbeza untuk dicuba! Silalah meneruskan pembacaan kepada yang berminat T_T.

Bahan yang diperlukan ialah jagung yang belum dikupas beserta sebilah pisau. Jagung saya dah tak berapa segar dek tersimpan dalam peti ais selama 4 hari. Maaflah ya!

Jika jagung segar dari ladang wajib ada jambul yang banyak. Saya punya jagung, dah ku potong jambulnya. Maka tiada lagi rambu-ba-rambu-ramba! Tapi tak mengapa, sessi pembelajaran masih boleh diteruskan.^_^

Mula-mula sekali, saya potong di bahagian pangkalnya. Sila perhatikan gambarajah kepada yang tidak kenal yang mana pangkal, yang mana hujung jagung.. [melampau sangatlah tu...hihi]

Selepas itu, kupaslah kulit jagung seperti biasa beserta bulu-bulunya sekali hingga habis. Menarik bulu-bulu jagung secara menyongsang ini lebih mudah, berbanding jika kita menariknya mulai hujung ke pangkal. Tak percaya, cubalah buat ya.

Selesai membuka kulit dan bulunya, potonglah di bahagian hujungnya di mana tempat pengumpulan kulit dan bulu-bulu jagung yang ditarik tadi.

Kemudian, bolehlah digumpalkan kesemuanya dan dibuang ke dalam bakul sampah. Jangan buang ke merata-rata tempat. Mencemarkan alam sekitar! Akhir sekali, jagung pun dah siap bersih dikupas....


Oh ya! Jagung yang telah dikupas tadi, dah selamat saya buat cucur jagung. Gambar haruslah tak ada. Kalau ada pun, gambar si kecil ini bersama pokok jagung Atoknya.

Hai! saya Yusuf.

Bagaimana anda mengupas jagung?
Sama dengan saya?
Ada cara lebih efektif?
Atau beli saja yang siap dikupas
Atau beli saja jagung tin hehehe


Semoga bermanfaat!










10 comments:

  1. Ohhh macam tu KB...Akak biasalah dari atas mcm biasa tu ,selai2....bersepah lah juga.Kalau akak malas ,hadap kan je hubby akak suruh gondolkan...akak tukang masak je :-)

    ReplyDelete
  2. WAH MUDAHNYA CARA KB KUPAS JAGUNG LEBIH CPT TU

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, KB!

    Suka tau saya baca bab ni -kupaslah kulit jagung seperti biasa beserta bulu-bulunya sekali hingga habis ^_^

    Lain macam pulak yang saya terbayang-bayang di minda, KB! Aduhai.... sila maafkan budak baru akil baligh ni yerk ^_^

    Option saya dah tentulah beli yang dah siap dikupas atau beli yang dalam tin. Tapi, jangan kata saya tak tahu kupas jagung pulak. Saya rentap aje tapi takdalah macam KB buat ni. Lain kali kalau saya jumpa jagung yang berkulit dan berbulu lebat, saya akan praktis cara KB pulak yerk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam MD

      Bab menyebut bulu-bulu tu suka ye, MD. Masa saya menaip pun dah terbayang2 mesti ada yg ingat ke lain ni!

      Selalunya minda budak yg dah terlajak baligh ajer selalu melayang-layang bak layang-layang di tiup angin tau MD. Kalau budak baru nak baligh, dia ingat bulu jagung aje! hihihi....

      Praktis jgn tak praktis, MD

      Delete
  4. Kampung kakak pun banyak jagung KB
    Kami ada kebun jagung dan cara yg KB buat tu samalah dgn keluarga kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! kalau KakZakie, semestinya handal bab jagung dan kupas jagung ni. Bukan setakat sebatas dua pokok jagungnya!

      Senang kan KakZakie, kalau guna cara macam tu, cepat ajer selesai mengupas.

      Delete
  5. Wah.. Idea menarik la kak KB. Minah Kiwi beli dalam tin jer..malas bebenor nak kupas kulit jagung tu

    ReplyDelete
  6. Alahhhh menantu tokey jagung bolehlah buat demo kopek jagong.... Mak ni menantu pokok apa pun tak de nak demo apa pulak haha....

    Jarang sangat beli jagung Rul. Kalau beli pun masa kat CH tahun lepas. Tak tau pun yg bulu jagung tu senang nak dicabut kalau melawan arah. Nampaknya kena pi CH ni ....cari jagung hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pokok jagung bapak saya lah Mak! Pak mertua pokok durian banyak ler...

      Pi ler CH Mak beli jagung banyak2, buat eksperimen....hihihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^