Friday, January 27, 2017

Yusuf Minggu 3 :: Bermain Playdough

Jumaat 28 Rabi'ulakhir 1438

Assalamualaikum!

Saya sambung cerita semalam ^__^. Kisah minggu lepas Yusuf di taska dengan kawan-kawannya. Empat orang saja yang hadir, nampaknya tu. Dua lagi tak datang sekolah......

Maka, hari Khamis tu, mereka berempat sajalah yang dok membuat playdough dengan teacher. Jom tengok!

Mula-mula, Adam masukkan tepung dalam bekas.

Lepas tu, Yusuf pulak tambah secawan minyak masak...sambil diperhatikan oleh Adam T_T


Tugas Dania, memasukkan serbuk perwarna ke dalam campuran tepung dan minyak tadi.
Mereka sepakat memilih warna merah. Miqaeel tengok dulu ya! ^_^


Sekarang barulah Miqaeel boleh menambah air secukupnya untuk dijadikan doh. ^_^


Akhir sekali, tugas teacher lah untuk menguli aduan tepung itu menjadi playdough yang cantik. Anak murid, perhatikan saja tangan-tangan teacher yang gebu menggaul doh! hehe...

Setelah playdough siap cantik kejadiannya, anak murid bolehlah bermain dengan riang ditemani teacher.
Yusuf juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti menekan, memicit dan menekap
playdough menggunakan acuan.
^__~



Balik rumah, Yusuf menyambung bermain playdough dengan mama pula di waktu malam kerana doh tersebut dibekalkan oleh teacher balik ke rumah. Seronok ya jadi budak-budak ni. Main ajer kerja mereka...hihi


Selamat berhujung minggu! Bye-bye...














7 comments:

  1. Baguslah kan sekarang ni, playdoh pun buat sendiri. Selain selamat, jimat pun jimat. 2kg tepung je dah boleh tahan lama

    ReplyDelete
  2. Jumaat lepas ank2 kat tadika akk pun buat playdoh, seronok tak terkata dorang main. Boleh buat mcm2.

    Seronok kan yusoff, nnt mcm2 lagi yg yusoff boleh belajar tau.;)

    ReplyDelete
  3. Memang kreatif kalau guna tepung buat playdoh.. tapi Minah Kiwi takut tergoreng plak paydoh tu..

    ReplyDelete
  4. Wahhh! Playdoh guna tepung je!. Sangat kreatif. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nadhie, guna tepung dan bhn2 di dapur je, lebih selamat utk anak2 bermain sebab bebas toxic ^_^

      Delete
  5. Cepat basi x ek buat macam ni? Ke simpan dlm peti.. Trgn nk buat tuk Fatimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LB, lepas main boleh disimpan dalam peti ais. InsyaAllah tahan lama.
      Lagi satu, kalau saya buat ada tambah garam +/- satu cawan dalam tepung tu. Nti cubalah ya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^