Wednesday, January 25, 2017

Amir, Mira, Daniel, Yusuf

Assalamualaikum


Sekarang musim hujan, kan. Sikit-sikit sudah kedengaran banjir di sana-sini. Pusat perpindahan pun dah banyak yang dibuka untuk penempatan sementara kepada mangsa banjir. Dengan sebab itu juga saya sibuk sedikit kebelakangan ini.


Jika diikutkan jawatan yang disandang, saya bukanlah 'orang yang tepat' untuk menjalankan kerja-kerja sosial begini. Namun, apabila sudah ditempatkan di jabatan yang menjalankan kerja-kerja sosial dan kebajikan rakyat, nama saya terpalit sama untuk memberi kerjasama.


Minggu lepas, saya sudah pun terlibat dengan tugasan di pusat perpindahan. I is kurang berminat tau!. Saya lebih rela duduk di pejabat mengetuk calculator ^_~. Tapi apakan daya, sejak peralihan kuasa boss baru, saya akur sajalah dengan corak pentadbiran dan kehendaknya. Saya ikan bilis saja, manakala beliau adalah jerung. Masakan boleh dilawan! Cuti tahunan pun sudah dibekukan ekoran banjir ni. Sedih betullah saya!


Hari-hari saya berdoa supaya apabila sampai jadual giliran saya bertugas, banjir tidak berlaku di daerah saya. [hai! jahatnya lah hati ini]. Bukan mahu lari dari tugas sebenarnya, tapi saya ada komitmen lain selepas waktu bekerja yang sama penting juga iaitu anak-anak.


Sebenarnya, minggu ini pun sibuk juga. Kawan yang cuti bersalin akan mula bekerja semula Jumaat ini. Maka, segala bebanan tugas yang saya tanggung sepanjang kawan ini bercuti mestilah beres. Biarlah apa yang diamanahkan kepada saya dilangsaikan sebelum diserahkan kembali kepadanya. Tak sabar-sabar nak lepaskan tugas dah ni!


Panjangnya luahan perasaan ya....

Amirah tersenyum kambing jer!

Hari Jumaat lepas, anak-anak saya ada School-Run di sekolah. Bersemangat Amirah dan Daniel, pagi-pagi lagi dah bangun tanpa mama mereka kejutkan. Tahun lalu, Amirah berjaya membawa balik gold medal sebab menjadi 10 peserta terbaik dalam larian. Dapat no.7. Tahun ini, tak dapat apa-apa. Lembab pulak lari, dapat no.15 katanya. ^__^


Lepas solat subuh pagi tu, Daniel kata dia doa nak dapat medal! Gelak ajer mama dalam hati....hihi. Tapi lariannya hari tu tak layak untuk dapat medal. Daniel sekadar dapat balik wafer sebab menang cabutan bertuah.

Amir, pun ada school-run juga. Tapi disebabkan lutut cedera, dia duduk ajer lah berehat di rumah, main PS3. Setelah diperiksa, lututnya tak ada apa-apa, cuma bengkak saja. Hari Selasa [semalam] dah mula sekolah kembali tapi bila kaki dibawak berjalan sakit balik lututnya. Hari ni cuti lagi. Seronoklah tu, cuti memanjang sampai minggu depan.


Anak bertuah dapat hadiah cabutan bertuah T_T

Ini Yusuf di hari Jumaat lepas. Pagi-pagi lepas hantar abang kakak ke sekolah, Yusuf ikut mama ke office sementara taska di buka jam 7:30 pagi.

Kisah Yusuf ni, gambar aktivitinya di taska dah melambak-lambak dihantar oleh teachernya. Tunggu hari saja nak diceritakan ya. Harap-harap mamanya diberi kecukupan masa untuk berblogging seperti sedia-kala.










7 comments:

  1. Lain anak, lain ragam mereka. Satu hari nanti bila mereka dah dewasa, akan sunyi pula yang kita rasa sambil mengenang telatah sewaktu kecil mereka...

    ReplyDelete
  2. Betullah KB kalau anak-anak dah besar tak kisah boleh berdikari. Ini kalau dah mamanya sibuk mengurus org kena banjir anak di rumah entah apa jadinya.

    Apa lagi Yusuf tu tahu apa alahai... memang Kak Mira kena perintah buat susu ajelah:)

    ReplyDelete
  3. cerita anak2 kalau sorang ada dua cerita, lagi ramai anak lagi banyak nak cerita kan kak. terhibur ja dengan telatah dorang. :)

    ReplyDelete
  4. Amboi si Yusuf.. dah macam akauntan giteww.. ada gaya uollss

    ReplyDelete
  5. Sekarang musim road run di sekolah, mana2 pun itu aktivitinya.
    Yusoff pun ada akriviti ye bila ikut mama masuk pej,bakal akauntan gitew.

    ReplyDelete
  6. Akak dapat bayangkan bertapa kalutnya KB sekarang antara anak dan kerja.InsyaAllah banjir akan cepat berakhir...
    Anak2 KB semua aktif sukan ya...

    ReplyDelete
  7. Hihi... mak pun selalu gak berdoa mcm tu Rul, gaya mcm nak ngelat tp sebenarnya kita ada tanggungjawab lain sebenarnya ececeh.....

    Kuat lari jugak Amirah ni rupanya. Menurun kome ke Rul.

    Oklah tu dapat jugak wafer. Bolehlah mama tumpang sebatang dua.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^