Wednesday, February 1, 2017

Yusuf Minggu 4 :: My Family

Rabu, 4 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum. Kisah Yusuf lagi ya...hehe

Minggu ke-4, Yusuf hadir ke taska dengan tema 'Keluarga Saya'. Hari terakhir minggu ke-3 tu, teachernya sudah berpesan pada parents untuk bawa gambar keluarga.


Saya ni, kalau bab gambar  keluarga memang agak 'bermasalah' sikit. Bukan kedekut nak membekalkan gambar tapi kami ni jarang sangat bergambar lengkap satu keluarga. Entah apa fesyennya tak tahu lah...!!


Jadikan, malam tu terfikir-fikirlah saya mana nak mencari gambar keluarga yang elok untuk Yusuf. Nak menangkap gambar baru, papanya tak ada pulak dek kerja overnight tak balik-balik! Kasihan sangat tau kat Yusuf ni.


Akhirnya, lepas dok membelek-belek gallery handphone, ada lah sekeping gambar tahun lepas penyelamat dunia [Yusuf] ^_^ Malam tu jugak kami pergi mencetak di kedai gambar. Nanti bolehlah tengok gambar apa yang saya bekalkan Yusuf untuk sessi pembelajarannya di taska ya...hihi


Maka, inilah antara aktiviti Yusuf dan rakan-rakan pada minggu ke-4 itu......


Isnin - mengenali ahli keluarga. Seorang demi seorang teacher memangku anak muridnya.
Sementara Yusuf dipangku teacher, rakan yang lain bermain stick berwarna.

Selasa - Membuat frame gambar. 
Seperti biasa, sebelum belajar mereka membaca doa. Hanya empat orang saja yang datang taska pada hari itu.

Yusuf menghias frame gambar keluarganya sambil dibantu cikgu. Kata cikgu, Yusuf berjaya menampal sendiri secebis kertas di frame...hihi. Oklah kan, bagi budak berumur 1y 10m T_T

Inilah hasilnya. Frame gambar keluarga Yusuf. ^__~
Gambar semasa kami pergi Zoo Taiping tahun lepas. Umur Yusuf baru 1y ++

Rabu - aktiviti bebas, bermain lori.
Hari ini, cikgunya memberi tumpuan pada dua orang rakan Yusuf yang tak hadir hari Selasa tu.
Mereka menghias gambar keluarga masing-masing.
Yang lagi empat orang, mainlah lori bersama-sama. Vroom-vroom ajerlah gamaknya.

Tadaa - siap sudah bingkai-bingkai gambar keluarga Yusuf dan rakan-rakannya. Cantik kan?
Semuanya ditampal di dinding taska sampai ke penghujung tahun nanti.

Kalau diamati ibubapa kawan-kawan Yusuf tahulah saya siapa yang paling senior kat situ. Tentulah mama/papa Yusuf, hahaha...












6 comments:

  1. hihi.. tapi gambar yusuf yang paling cantik tu..

    ReplyDelete
  2. Ada saja aktiviti Yusuf dan kawan-kawan di taska... kreatif cikgu memikirkan apa nak buat ya... :)

    ReplyDelete
  3. Bagus lah Taska ni KB..
    Banyak aktiviti yg membina kretiviti dorang..

    Hihihi hang jer anak ramai ye KB..
    Keluarga lain baru seorang dua anak dlm gambar tu..

    ReplyDelete
  4. Sungguh kusyuk Yusuf belajar dari cikgu especially belajar baca doa.... seronok tengok bebudak kecik ni belajar di taska

    ReplyDelete
  5. ok sangat tu perkembagan yusuf. good job yusuf

    ReplyDelete
  6. best tengok aktiviti2 yusuf kat taska. klo time cuti bolehla plan aktiviti2 camni. mesti anak2 suka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^