Thursday, July 14, 2016

Raya Pertama 2016

Assalamualaikum

Kisah raya aku tahun ni biasa-biasa aje. Sama ajer macam tahun-tahun dulu. Tapi kalau dulu Yusuf masih kecik, susahlah sikit pergerakan aku, asyik mengendong saja. Tahun ini, dia dah besar, pergerakan nak berjalan tu senanglah sikit. Dia pun sekarang sudah lincah berjalan dan mengajuk cakap orang, yang menjadi 'kegeraman' semua.

Tapi dalam kata sudah senang nak berjalan tu, mamanya tak beraya ke mana pun. Duduk di rumah saja, menunggu tetamu datang. Di rumah emak lah ye, bukan di rumah sendiri. Rumah sendiri, aku menjalankan dasar tutup pintu sebab tuan besar rumah tak ada. Rasa macam susah pulak nak handle sorang-sorang kalau tak ada papa.

Di rumah emak, pagi-pagi lagi aku anak-beranak sudah sampai membawa nasi lemak untuk sarapan pagi. Jadi sapa yang ada tu, menjamu selera dulu sebelum ke masjid untuk solat hari raya.

Sementara mereka solat raya, aku dengan adik mengatur hidangan di meja makan untuk tetamu. Kebiasaan setiap tahun, emak akan masak laksa. Semestinya lah Laksa Kuale yang diperbuat daripada tepung gandum.

Menu lain, nasi impit dengan kuah kacang. Lemang dengan rendang ayam. Lemang dan kuah kacang tu adik aku taukeh ayam yang sponsor. Gambar menu satu pun lupa nak ambik kerana sibuk sangat rasanya. Apa yang sibuk pun entahlah.

Lepas semuanya ada di rumah, baru bersalam-salaman, bermaafan. dan makan-makan sebelum tetamu datang. Rumah emak ni sebelah dengan rumah opah aku. Sudah pasti adik beradik emak yang balik kampung ke rumah opah, akan ke rumah kakak mereka [emak aku] dulu sebelum mereka memulakan perjalanan ke tempat lain. Setiap tahun pun begitu.

Gambar raya? Memang takde lah ye.......

Mata semua sepet sebab silau cahaya matahari baru nak naik.

Jangankan baju sedondon, gambar sekeluarga di pagi raya pun memang berabad tak pernah ambik. Ini pun syukur juga ada walaupun tak cukup corum.

Bila pandangan silau, tukar posisi membelakangkan matahari.

Latar belakang rumah emak.
Masa ni Amir baru balik solat, kena cepat-cepat tangkap dia untuk bergambar. Kalau lambat jangan harap dapat posing-posing. Tapi tetap tak cukup ahli lah kan.
Yang ini lagi susah nak ajak bergambar.
Kalau diajak berjalan, suka lah dia.
Rumah putih tu, rumah opah aku. Sebelahnya rumah makcik aku, adik emak. Kami duduk dekat-dekat. Bila beraya, semua adik beradik emak yang ada akan beraya di rumah emak dulu, kemudian ke rumah adik emak tu. Akhir sekali kami sekeluarga pula ke rumah opah.

Tahun ini langsung aku tak berjumpa dengan keluarga mertua. Mereka balik kampung ibu mertua aku di Medan. Sebelum mereka berangkat ke sana, mula-mula papa cadangnya nak balik sekejap ke Ipoh. Dek kerana sibuk memanjang langsung tergendala semua program. Bila anaknya bizi, menantu pun buat-buat bizi juga lah. Hanya ucap selamat dari kejauhan saja.

Nah! belanja sikit gambar mereka beraya di Medan, Indonesia.

Di airport, sebelum berangkat. Mereka berlima saja. 3 anak mengikut balik, 3 anak lagi di Malaysia.
Mertua aku yang berbaju sedondon tu.
Solat Aidilfitri, di Kg Binjei, Medan. mak mertua aku, nenek, emak saudara dan sepupu2 papa.
Nampak tak motorsikal banyak2 di belakang tu? Selalunya, kaum muslimat akan solat di luar masjid kerana ruang terhad. Masing-masing akan bawak tikar sendiri dari rumah.
Aku ada sekali beraya di sana. Sangat meriah tapi hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri kan?

Sekian, itu saja cerita raya pertama aku. Tak de ke mana-mana pun, hanya di rumah emak sampai ke malam. Watak papa memang tak de sebab dia kena kerja.





19 comments:

  1. Senang KB..
    Rumah dekat-dekat ni..
    Tak payah bersesak di jalan raya kan..
    Langkah jalan kaki dah sampai hihihi..

    Selamat hari raya buat KB sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang banyak saya ni kak Yati
      tak payah pening kepala jalan jem
      jalan kaki ajer kami ni
      malam ke siang ke bila2 masa boleh terjah

      Selamat hari raya juga utk Kak Yati & keluarga

      Delete
  2. Kami pon xda gmbr raya beramai2...susah nau..tggu pnya tunggu ada ja yg x cukup...family abg tu x smpai la...ank abg ni p beraya pusing kmpg la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah nak bergambar kalau tak rancang betul2. ada saja program masing2 kalau dah dewasa tu kan. apatah lagi yg kecik lg lah susah nak menyusun atur mereka.

      Delete
  3. Sebenarnya tradisi mana-mana lebih kurang aje bila sambut raya.
    Apa lagi Malaysia dan Indonesia ni dah macam saudara pun. Tapi buat Yusuf kakak rasa tahun ini dia dah makin pandai menikmati raya. Tahun lepas masih mengempeng tak sudah tak tahu apa pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie, sama ajer. tapi di indonesia suasananya cukup meriah. tetamu dtg tak putus2 sampai ke malam.
      Yusuf memang sudah tahu rasa seronok berjumpa dengan sepupu2nya. ada ramai kawan berbanding hari biasa asyik dgn opah/atok ajer setiap hari.

      Delete
  4. Bestnya ada laksa pagi raya.Kat tempat akak ni kami tak biasa masak laksa untuk raya....hmmm nak pindah perak lah....hihiii.
    Seronok nya rumah sedara mara dekat2.Dah tentu kalau orang datang beraya kena singgah semua kan...
    Yusuf tu tengah aktif...amik gambar dia candid je KB .
    # pasal pertanyaan KB pasal baraan tu sebenarnya marhaban dari rumah ke rumah .Kalau kat kg biasanya dimulakan sejak pertama atau kedua lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak biasa ye kak. kalau di perak ni, boleh kata tiap2 rumah ada laksa je. sampai kadang2 naik muak makan laksa di pagi raya. rumah saya pernah sekali tak buat laksa, tiba2 makcik dtg ziarah tanya laksa pulak.

      tu lah...gambar yusuf semuanya candid ajer. mana ada yg elok.

      oh, marhaban. saya ingatkan baraan tu, bakar-membakar hihi...lawaklah pulak

      Delete
  5. senang rumah dekat2 macam tu kak dapat beraya di semua rumah mesti seronok dapat kumpul ramai2.

    oh pernah beraya juga di medan ye, takpe pengalamankan, tapi memang tempat sendiri juga yang paling bestkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beraya di rumah emak, memang senang. duduk rumah ajer dah boleh jumpa dengan semua emak/bapak saudara dan sepupu. berjalan kaki ajer ke rumah sedara mara. lepas tu baru keluar ke rumah saudara yg jauh pula.

      beraya di medan pun best juga tp mana nak sama di tempat sendiri.

      Delete
  6. Seronok dan meriah bila saudara-mara berkumpul, macam-macam cerita dapat dikongsikan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari raya je lah yg boleh berkumpul sanak saudara macam tu. lain hari semua sibuk dgn hal masing2.

      Delete
  7. Muda lagi mak mertua deme ye KB. Sedondon lagi....

    Hihi...dlm hati mesti sukakan suami bizi memanjang, tak payah nak balik Ipoh hihi...
    Ni kira En Suami jerlah yg tak de ye. Nape tak pegi hotel berwefie bersama suami tercinta katanya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang muda dan awet muda, mak mertua saya ni mak.

      ish mak ni...macam tahu-tahu ajer tau!
      kami pergi jugak ke hotel raya kedua tu, tapi malulah nak berwefie2 kat sana. terlebih segan saya ni.

      Delete
  8. Akk pun takde konsep dondon sedondon ni, rembat aje, yg penting..bersih.
    Cantik suasana kampung KB tu, sukaaa.

    ReplyDelete
  9. biasalah bdk usia tu..sibuk nk bergerak n main..mmg ssh nak bergambar..sama mcm fsya msa kecik dlu..kdg2 kna umpan nk suh dduk diam2.. hehe

    salam aidilfitri kak
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  10. Kami pun biasanya kalau raya pertama memang duduk di rumah aje, menunggu tetamu datang. Sepupu dan sanak-saudara biasanya melawat emak saya pada hari raya pertama. Memang dari pagi sampailah ke tengah malam mereka beraya. Kali ni terlebih meriah sebab seluruh ahli keluarga ada bersama, baik anak-anak mak, menantu, cucu dan cicit juga! Bestlah sikit walaupun raya dah tak berapa meriah dah pada pandangan saya yang dah tua ni!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^