Tuesday, July 12, 2016

Bukan Senang Nak Jadi Senang

Assalamualaikum

Kembali bersiaran setelah berhari-hari mengeram di rumah. Sepatutnya semalam sudah masuk kerja tapi kereta pulak buat hal taknak hidup, tak cukup mengeram agaknya. Jadi aku ambil EL lah semalam. Boleh ajer aku pinjam kereta incik boss a.k.a. papa tapi dah aku called-called-called tak nak jawab-jawab, sampai naik geram hati ini.....maka aku dan anak-anak sepakat takyah pergi mana-mana semalam - ponteng!. Duduk rumah diam-diam.

Petang semalam, bila sudah diganti bateri, barulah kereta aku kembali ceria.

So.....macam mana hari raya korang? Bahagianya berhari raya? atau sebaliknya? Aidilfitri aku biasa-biasa aje. Sebab takde apa yang menarik luar kebiasaan, aku simpan belakang dulu cerita raya ye. Nanti-nanti cerita.

Hari ni meh, meh sini aku nak cerita pasal jualan ayam/daging untuk rendang ketupat lemang korang tu.

Sebelum raya hari tu, Sabtu sampai Selasa, memang aku di rumah ajer lah. Mengemas apa yang patut setelah sebulan tidak berusik dek kerana keletihan berpuasa bercampur kemalasan diri sendiri. Anak-anak pun dah bercuti kan. Amir aku eksport ke kedai adik aku. Menolong mereka meniaga kerana tak cukup kaki dan tangan katanya.

Kalau ada sesiapa yang tahu 3 daripada 5 adik lelaki aku, orang berniaga. Baki lagi 2 orang tu masih bersekolah. Beberapa hari sebelum raya baru-baru ni sorang pekerja mereka telah pecah amanah songlap duit jualan. Ribu-riban dikebasnya. Terpaksalah orang itu dibuang kerja. Lantaklah nak raya pun kan. Sapa suruh buat hal..Jangan kata adik aku tak payung berhati perut. Dia tu dah berkali buat hal dan dimaafkan. Tapi tak serik. Adik aku dah naik hot lah tu....sambil cakap kat dia kalau tak boleh ganti esok jangan datang dah. Maka,  esoknya mamat bersalah tu tak datanglah sampai ke sudah.

Ok, habis intro.

Jadinya lagi sehari dua nak hari raya, adik aku dah mula mengelupur tak cukup pekerja. Amir pula asyik mengelupur bosan, bosan, dan bosan duduk rumah.

Udah, kalau bosan pergi tolong Chik Joi di kedai - kata mamanya.
[sebenarnya awal-awal lagi adik aku dah beritahu nak mintak bantuan amir]

Maka, berangkatlah Amir ke kedai menolong pak sedaranya meniaga pada hari-hari sebelum raya hari tu.

Hari pertama. kiri-Amir, tengah berdiri-Chik Joi [adik no.4], kanan-Chu Ap [adik no.9 - bongsu], duduk-Chik Mat [adik no.7]
Adik bongsu aku masih bersekolah - Form 4. Dia pun dimintak datang menolong. Bergandingan lah dia dengan Amir belajar berniaga.

Gambar ni dihantar oleh adik no.8, Chik Dan ke whatsapp keluarga. Chik Dan pun sama lah, masih di Politeknik. Kalau cuti memang part time di kedai ni. Cari duit poket katanya.

Mamanya yang tengok tu...oh! lega lah rasanya, Amir boleh diharap buat kerja. Takde lah cengkak pinggang saja, tak reti buat kerja.

Hari kedua - Isnin, 29 Ramadhan
Masih bertenaga walaupun berpuasa. Masa ni kerja sudah terlalu banyak. Melayan pelanggan yang datang tak henti-henti. Ditambah pulak banyak tempahan di terima untuk sehari selepas hari raya - rumah terbuka, orang berniaga dan kenduri.

Kerja bawak sampai ke waktu berbuka. 

Hari ini, aku sekeluarga berbuka di luar, dengan papa sekali lah. Aku whatsapp amir, nak ambil dia dari rumah emak kalau sudah habis kerja. Relpy nya pun lambat, katanya...

Amir kat kedai lagi ni
Kerja banyak

Jadi, dia berbuka di kedai dengan pak-pak sedaranya. Jadi sedih pulak aku.

Malam - Banyak lagi ayam/daging untuk dipotong, dipacking dan disimpan dalam coldroom. Kedai akan tutup seminggu, jadi tempahan lepas raya kena siap sebelum raya.
Bila mamanya tengok gambar ni, sayuuuu jer. Alahai, kesiannya anak aku. Kecik-kecik disuruh bekerja.

Kalau dikenangkan zaman mama dia masa kecik, lagi teruk. Di sekolah rendah lagi sudah menolong atoknya meniaga pisang di pasar. Jangan gelak ye. Itulah hakikatnya, cuti sekolah kena ikut bapak aku meniaga di pasar besar. Mengangkat setandan pisang di kiri dan kanan ke tingkat satu. Kena akur saja, kalau tak nak dengar bapak aku potpet potpet.

Tapi aku sangat sibuk bila orang hindu nak wel wel thaipusam. Itu pisang muda ada kalu, mereka banyak suka lah, nak buat semayang.

Ni tak tahu waktu bila, nampak lampu memancang-mancang tu, subuh ke malam ni.
Pintu kedai bertutup, adik no.8, tengah sibuk melayan orang.

Tengok ni lagi lah, alahai, alahai tak tahu apa nak dikata. Amir dengan adik bongsu dah kepenatan. Mereka disuruh tidur di tingkat atas kedai sementara yang lain sibuk lagi membanting tulang bekerja. Solat, mandi, baring boleh lah di atas ni. Nak curi-curi makan pun boleh, tapi tak buat lah.


Taukeh kedai selesa jelepek di sini saja untuk meluruskan urat yang lenguh. Kesian juga kat adik aku ni, bukan senang nak bagi makan mewah kat anak bini dia.

Pukul 4:30 pagi baru mereka balik rumah.

Hari terakhir puasa, Amir dah surrender taknak datang dah. Penat. Sakit kaki, sakit pinggang tak larat nak angkat daging yang berat tu katanya. Takpe lah pengalaman. Kalau tak begitu, dia tak tahu macam mana susahnya mak bapak dia bekerja mencari sesuap bersuap-suap nasik. Walaupun mak bapak dia keje ofis jer.

Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah kalau nak hidup susah......ye kan?

Tempat lain, aku tak tahu lah macam mana pembekal ayam/daging bekerja. Kalau adik aku, boleh kata setiap tahun berhempas pulas di hari-hari terakhir Ramadhan memenuhi permintaan pelanggan.

Adik aku no.3 yang menjual ikan, sayur, santan sudah awal-awal tutup kedai sebab semua stok habis djual.




11 comments:

  1. itu semua pengalamankan untuk anak, tapi ye lah kita sebagai mak ni sedih juga tengok anak tertidur keletihan macam tu kan.

    raya saya alhamdulillah..ok semuanya kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja bagi dia rasa susah gitu tp bila tengok sedih pulak kita ni

      Delete
  2. terharu pulak tgk anak muda seperti amir yg rajin dan mahu membantu sambil tu dapat upah bekerja... teringat kita dulu2 susah juga nak dpt duit poket sendiri... hrp2 anak2 kita nnt dpt menilai kesusahan dalam mencari rezeki... x kira apa2 pun pekerjaan yg diceburi bila dah dewasa nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pakciknya mintak tolong, tu yg kena kerja tu. Kalau tak takde jugak dia nak bekerja cam tu

      Delete
  3. Assalam KB....
    Bagus budak Amir pandai belajar berniaga ya.Yalah dah nak raya kan jualan ayam dan daging memang paling sibuk kan....tapi masyukkk.
    Kiranya keluarga KB ni memang minat berniaga lah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik lelaki lah kak, ramai yg berniaga, ikut jejak bapak. Yg perempuan keje biasa aje. Terutama saya kalau disuruh berniaga mmg ke laut.

      Delete
  4. Sebenarnya org berniagalah yg selalu pakai BMW, kereta mewah mewah ni kan KB...Nak harap org makan gaji, emmm entah bila.

    Sure banyak tak dapat upah Amir tu. Upah dan duit Raya sekali hihi..

    Memang lepak nampaknya tu. Penat berdiri dapat baring mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mcm dpt hidu je adik tu pakai bmw. Hihi takdelah main2 aje. Oklah senang jugaklah dia, bolehlah kakaknya ni nak menumpang sekaki dua.

      Eh mak, kalau dah disuruh keje mestilah dapat upah. Tapi duit raya sama rata je dgn adik2nya. Tak blhlah lebih, upahkan dh dpt.

      Delete
  5. ermm pengalaman semua tu ek kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah cari pengalaman utk kenangan dihari tua nanti

      Delete
  6. Baguslah untuk Amir untuk menimba pengalaman tapi kalau emaknya yang tengok anak kepenatan macam ni, memanglah sayu hati. Kalau tak pernah susah, boleh jadi susah nanti bila dah tua. Contoh paling mudah sayalah ni. Bila dah tua, banyak betul benda dalam dunia ni saya tak tahu sebab takda pengalaman pun masa kecil/muda belia remaja!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^