Ok, kita sambung lagi kisah pergi zoo. Sebenarnya, dah habis dah ceritanya. Entry ni nak tayang gambar jer yang banyaknya. Ye lah kan, kalau pergi zoo tu wajiblah ada haiwan-haiwan yang ditonton. Asyik gambar muka orang jer, apo ko makno nyo eh!
Amirah dengan buaya jejulung. Dia takut sebenarnya, tapi mamanya paksa....tunjuk muka, tunjuk muka, tunduk lagi, tunduk lagi.
Mula-mula dari pintu masuk kami tengok haiwan-haiwan kecil, macam memorset berkaki putih, memorset bertelinga merah. (monyet terkecil di dunia). Gambar takde lah sebab halus bebeno.
Lepas tu, banyaklah burung dan haiwan yang meroloh disiang hari seperti musang dan burung hantu. Dia orang ni hanya akan terkinja-kinja untuk Night Safari saja lah ye.
Aku dan Yusuf dengan keluarga Jilapahs zirafah
Nak ambil gambar Yusuf seorang, susah betul. Kenalah mamanya posing sekali. Tudung aku tu tak usahlah ditenung lama-lama. Memang dah senget benget ditarik Yusuf. Mamanya tak sedar masa bila pin dah hilang sebelah. Bertabah ajerlah bila ada anak kecik gedik nak bershawl lilit juga.
Zoo terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada Safari Afrika, Australia Fauna, dan Amazon. Binatang-binatang akan berkumpul ikut kategori itu lah ye.
Kalau yang tak termasuk dalam itu kumpulan, mereka duduk lah di tengah alam antara kumpulan2 tu. - Ini ayat aku sendiri je tau berdasarkan pengamatan sendiri.
Mereka menonton seladang yang tengah sedap menjamu selera.
Amir dengan singa yang sedang beradu. Ini pun kena paksa juga.
Satu jer aku terlepas nak ambil gambar harimau belang. Masa tu mereka sedang berendam dalam air. Kemudian berenang, dan berjalan keluar ke daratan. Harimau, haiwan yang mula-mula sekali Yusuf pandai sebut dan kenal.
Ai-ge auumm, ai-ge auumm.... tapi lupa nak ketik gambar. Sayang.....
Beginilah gaya jurugambar amatur ye. Gigih mama mencangkung nak ambil gambar ungka ni. Asyik melompat-lompat ajer kerjanya. Kemudian tawaf satu kawasan tu. Kesian dia duduk kat situ sekor-sekor takde geng.
Dengan burung unta. Yang pasti dia bukan ostrich yang glamour tu.
Sebelum keluar tu selfie dulu dengan gajah sebagai kenangan. Masing-masing mood tengah baik tu, kita layankan ajer. Tak kisahlah dalam zoo pun tak apa. Hihi..
Itu saja gambar yang sempat dirakam. Yang selebihnya dirakam dalam ingatan saja lah. Bukan senang oii nak pegang hp sambil mengawal budak-budak. Nanti anak entah ke mana, hp hancur berderai.
Selesai. Itu saja kisahnya rombongan cik kiah ke zoo. Makpaknya penat tak terucap. Janji anak-anak happy cukuplah. Balik tu, aku berdenyut-denyut sakit kepala.
Maklumlah, anak-anak je kecik lagi tapi emak bapaknya bukan muda belia sangat dah.
Dapat juga gambar satu family lagi ya KB...oklah tu ada latarbelakang sekumpulan gajah.
ReplyDeleteZoo kat sana tentu besar kan di bandingkan dekat JB ni kawasan nya ciput je dekat tengah2 bandar pulak tu sejak berzaman2.
Tentu satu kepuasan kan KB bila anak2 seronok .
besarlah jugak zoo nya sampai lenguh2 lutut berjalan
Deleteanak2 tentulah mereka seronok tak terkata, sesekali keluar dari KK
Bestkan dapat bawa anak gi tempat macam ni. Buka2 je tup2 nampak buaya kat foto atas..hihii
ReplyDeletetup2 nampak buaya di zoo tak ape, jangan buaya darat hihi.
Deleteterkejut ke SB, nampak buaya tu?
lama x ke zoo... last 2 tahun lepas... plan nak pi la tahun ni... hehe
ReplyDeletepergi lah kak, bila ada anak kecik ni seronoklah kita membawanya.
DeleteHihi....ha a senget tudung kome KB....Tak pelah senget senget pun tetap ayu....Alah setakat Jilapah dengan gajah yg tengok apalah sangat hihi
ReplyDeleteTu lah mak, setakat senget benget dukung anak ni memang dah tak kisah dah. Buat nohen ajer, kata oghang perok.
Deletedapat juga gambar satu keluarga ye kak, takpelah walaupun dekat zoo. Seronoklah anak2 dapat jalan2 dekat zoo tu, kalau saya pun kak konpom semput tu mana nak nengok haiwan,mana nak amik gambo,mana nak kejor anak2..haihh paling semput kejor anaklah
ReplyDeleteanak2 memang seronoklah mana tahu erti penat. makbapaknya juga dah tersemput-semput berjalan. rasa nak pancit dah, bilalah nak sampai pintu akhir...
DeleteTumpang tanya, tumpang tanya! 'Meroloh' tu apa?
ReplyDeleteHai, kalau dah jalan-jalan macam ni wajiblah ambil gambar tapi nak layan kerenah anak-anak dan kerenah sendiri yang sibuk nak ambil gambar memang payahlah. Saya selalu aje kena sergah dengan suami sebab sibuk nak ambil gambar! Disuruhnya saya jaga anak-anak sedangkan suami lenggang kangkung berjalan macam orang bujang tau!
Opps, sorry2. saya lupa lah...pembaca blog ni seluruh negara ye. Ingatkan org KK saja haha.
Delete'Meroloh' tu tidur ye MD. jangan tak tahu pulak lepas ni.
memanglah saya pun suka juga bergambar tapi mengenangkan anak2, apa yang sempat ajerlah. Suami saya kadang2 lenggang kangkung juga. sebatu ditinggalkan kita di belakang.