Monday, July 18, 2016

Raya Ketiga 2016

Assalamualaikum

Cerita raya belum habis lagi.

Raya kedua pun kami tak pergi mana-mana. Sebelah petang dari rumah emak, aku terus ke tempat kerja papa dan bermalam di sana. Raya ketiga baru berjalan menziarah sanak saudara.

Kalau raya pertama dan kedua itu, aku bertemu dengan saudara sebelah emak. Raya ketiga ini giliran beraya dengan saudara sebelah bapak pula.

Dari tempat kerja papa, kami bersiap-siap untuk ke majlis tahlil opah saudara aku. Majlis tahlil sempena sebulan pemergian atok saudara yang meninggal dunia beberapa hari sebelum ramadhan baru-baru ini. Jadinya, semua sanak-saudara sebelah bapak akan berkumpul di sini untuk bertemu di hari raya.

Majlis bermula selepas solat Jumaat, dengan bacaan Yasin dan tahlil. Kemudian ada jamuan makan tengahari. Aku dan anak-anak sampai agak lewat. Dekat pukul tiga baru sampai. Maklumlah anak kecil. Ada anak dara lagi. Bersiap mengalahkan pengantin. Yusuf pukul satu tidur pulak dia. Jadi agak-agak dah tidur satu jam lebih, aku angkat saja ke kereta. Takde lah dia mengamuk tak puas tidur.

Masa kami sampai, orang mula beratur nak mencedok nasi. Aku pun apa lagi, terus masuk barisan, sama-sama mencedok nasik. Tuan rumah pun belum berjumpa nak bersalaman. Haish, teruk betul cucu yang satu ni!

Antara sepupu yang hadir bersama anak-anak mereka termasuk anak sendiri, adik-adik dan emak.
Lepas makan, baru berjumpa dengan saudara-mara dan tuan rumah. Ini antara sepupu-sepupu aku. Lebih kurang yang baya-baya aku lah. Memang inilah geng sepermainan masa kecik-kecik dulu.


Sepupu - Mira, Daniel, Yusuf, Aina, Qaseh, Ammar. Di rumah kenduri.
Yang ini, anak-anak aku dengan sepupu mereka. Amirah, boleh pulak tertinggal baju kurung di rumah emak malam tu. Dia pakai baju kurung aku. Memang aku bawak spare baju kurung, jadi boleh lah dia pakai. Anak dengan mama dah satu saiz. Kasut, baju, dah boleh muat ke badan dia.

* * * * * *

Petang pula, kami ke rumah pakcik aku. Aku panggil Ayah We [satu-satunya abang bapak]. Dia tinggal sorang sejak kematian isteri. Anak-anak dua saja, tinggal jauh dan jarang balik kerana susah dapat cuti - tentera dan pegawai penjara.

Oleh kerana dia tak datang masa majlis tahlil tu, kami ke rumah dia. Kalau tak menjenguk, keseorangan lah dia kerana sudah menjadi oku selepas kemalangan jalanraya. Kalau ada yang membawanya ke mana-mana, berjalan lah dia. Kalau tidak, duduk lah saja dia di rumah.

Di laman rumah Ayah We. Beriya-iya aku nak ambil gambar anak-anak dengan kambing. Kejar punya kejar, ini jer yang berjaya diambil.
Sebelum sampai ke rumahnya, akan melalui rumah besan bapak [mertua adik lelaki no.7]. Jadi, singgah lah dulu di rumahnya untuk beraya.

Sepupu - Daniel, Qaseh, Danish. Naik buaian di rumah besan bapak.
Yusuf - Naik lembu pink di rumah besan bapak juga.
Malamnya kami tidur di 'istana hinggap' lagi sebelum balik ke rumah sendiri keesokkan harinya.

Begitulah, kisah hari raya kami yang serba sederhana.




16 comments:

  1. Best dapat jumpa sepupu kan KB..
    Masa tu mula lah stori mori masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepupu2 yg ini ajer yg best berjumpa sebab mmg kawan2 masa kecik
      yg lain tu laki2 dan dah besar2
      yg kecik2 dr kami pun ada juga, dah tak jadi geng lah pulak

      Delete
  2. Bila kumpul ramai-ramai macam ni, sepupu sepapat semua, memang la riuh dengan topik zaman kecik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. riuh lah jugak sue, cerita hal anak masing2 pulak sekarang ni
      yg tgh pregnant pun ada lagi haha

      Delete
  3. Selamat hari raya
    memang indah raya kalau jumpa adik beradik sepupu spare part ni

    singgah dari www.arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya arz
      sepupu spare part tu macam mana pulak?

      Delete
  4. Mesti riuh bila dah jumpa sepupu2 apatah lagi bila dah lebih kurang sebaya usia....anak2 juga seronok nampaknya bertemu sedara.Akak dengan sepupu2 ni sejak orangtua dah takde ni hanya bersua sekali sekala je.
    Boleh pulak sama saiz baju KB dengan Amirah ya....dah besar anak gadis KB .

    ReplyDelete
    Replies
    1. riuh rendah jugak lah gelak ketawa. Kami pun sama kak, kalau bukan hari raya atau kenduri mmg jarang berjumpa dah

      saya dengan amirah memang dah satu saiz sekarang. sikit lagi mesti dia dah menjuarai size dari mamanya.

      Delete
  5. Akk ngn anak dara akk tak bole share, dia tinggi kurus, omak eh ni, dah byk spare part.

    Begitulah adanya, kita beraidil fitri sehari saja, tapi kita ambil berkat bulan syawal bg menjalin ukhwah, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh share lah bagus kak. takde lah nanti orang kata omak pinjam baju anak ke apa ni? hihi...

      ye lah kak, opah sedara ambil peluang buat kenduri di bulan syawal ni sementara ramai lagi di kampung. nanti dia pun akan berangkat ke kl duduk dgn anaknya.

      Delete
  6. Bila dah ramai-ramai macam ini bukan kita aje yg seronok anak-anak lebih-lebih lagi. Tengok Yusuf lagi dah tak kisah pun dia. Dapat naik lembu pink hihi... nampak dah khusyuk betul main:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! anak-anak memang seronok lah berjalan. apatah lagi ke rumah orang yang ada bermacam-macam benda dia tak pernah jumpa.

      melompat-lompat duduk atas lembu pink tu.

      Delete
  7. penuh juga aktiviti tu kak, kunjung mengunjung di syawal ni, dapat eratkan silltaurrahim kan, berjumpa dengan sanak saudara semua...

    ReplyDelete
  8. Untunglah orang ada besan bapak dengan istana hinggap.....dptlah minum minum ngan bersantai santai....

    Emaknya slim melim kecik molek senanglah nak share baju. Mak ni, omak eh segodang haha..

    ReplyDelete
  9. bila dh berjumpa mesti riuh rendah kan..

    hehe...pink nya lembu tu yusof

    ReplyDelete
  10. Wah, siap ada istana hinggap! Bukan semua orang dapat merasa ^_^ Satu ajelah kemeriahan raya yang masih bersisa hingga kini - kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara. Akan datang nanti tak tahulah raya style macamanakan, kotnya zaman anak-anak kita raya nanti mereka pergi holiday aje, berjimba di perantauan!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^