Habis seminggu cuti sekolah dan kerja. Bila dah mula sekolah/kerja, akan ada pula rumah terbuka di sana sini. Hari Jumaat lepas, Mira dan Daniel ada sambutan hari raya di sekolah KAFA.
Bergambar dulu sebelum masuk pintu pagar sekolah.
Daniel ulang baju melayu raya, Mira, merahnya mak ngah. |
Sebelah petang, habis waktu kerja, aku ambil Yusuf dan Amir di rumah emak, ambil Mira dan Daniel di sekolah, ambil papa di hotel dan kami sekeluarga terus ke rumah adik no.3.
Dia menjemput semua adik beradik makan-makan di rumahnya. Tak sempat nak makan besar bersama keluarga semasa hari raya, katanya. Sebab, pagi raya pertama lepas berjumpa dan bersalaman terus bergerak ke Temerloh, kampung halaman isteri tercinta.
Sebahagian dari keluarga aku. Masa ni semua tetamu sudah balik. Yang berpuasa pun ada. Maka iftar ajer di sini. |
Buat makan-makan lebih kepada nak seronok beramai-ramai. Bukanlah buat open house grand-grand gitu. jemput adik beradik, emak bapak dan jiran tetangga terdekat saja. Adik aku ni, walaupun berniaga tapi hidupnya sederhana. Takde lah nak bersopa-sopa bagai. Duduk atas lantai je ye, luar dan dalam pun sama saja.
Anak kecik-kecik lagi, emak ayah nya malas nak pening kepala mereka panjat, lompat dan jatuh. Kalau lapang gitu kan ke senang anak-anak nak berlari. hehe
Oh! ye, menunya laksa dan mee goreng panas-panas. Tiga kali adik aku dok menggoreng, menggoreng dan menggoreng. Yang lain-lain macam biasalah - kuih raya, kek, desert, buah dan jajan untuk anak-anak.
Amirah dengan anak-anak adik. Dua yang di depan tu anak tuan rumah termasuk yang dikendong Mira. Sorang lagi dipanggil taknak datang-datang. |
Oleh kerana kami datang awal, kami dah kenyang dulu. Sementara yang lain sampai berperingkat-peringkat tu sedang makan, kami layan anak-anak di laman rumah.
Kami satu keluarga - Yusuf dah 1 tahun 4 bulan baru ada gambar berenam. |
Beberapa tahun sekali jer boleh keluar gambar macam ni. Ini pun jenuh terpekik-pekik panggil Daniel yang tengah nonton tv. Daniel bermasam muka, Amir terpejam mata, Yusuf menggelungsur taknak dipegang, muka mamanya pun tak ready sangat......
Kira jadi lah tu, ye mak [hainomokje]. Sekali dua snap, habis tempiaran lari. Tak kose dah mamanya pun! Mujur juga papa nak bagi kerjasama.
- suami isteri dengan putera kecik bongsu - |
Hari Ahad lepas baru-baru ni, ada makan-makan di rumah adik no.2. Takde ambik gambar satu pun sebab tergesa-gesa nak ke program lain lepas tu. Nak cerita ni jer....menunya totap sama ye - LAKSA. Yang lain, pulut kuning rendang ayam dan bihun goreng.
#keluarga aku memang tak lepas dari LAKSA sejak berkurun dan berabad lamanya.
Kalau anak perempuan suka posing KB. Tunggulah semua sudah remaja masing-masing yg sibuk susun utk bergambar bersama.
ReplyDeleteYusuf ni beruntung sebab abang-kakak dah besar baru dia lahir jadi ramai yg jaga. Suka kakak tengok gambar walau KB kata semua tak ready. Yusuf tu macam nak turun tak mahu kena pegang:)
betul tu kakzakie, mira aje yg sennag diajak gambar. yg lain tu liat sikit, kena ikut mood.
DeleteTengah ramai kawan bermain tu yg dia nak lepas turun tu. nak main sama dengan yg lain.
Masih lagi minggu makan2 ya KB....yang bestnya semua ada kan.Dapat juga gambar sekeluarga ,tak pelah tak semua bersedia janji ada kenangan aidilfitri 2016..tahun depan Yusof dah tambah usianya .
ReplyDeleteBestnya ada menu laksa sentiasa...Kalau kat sini jarang yang buat kecuali masa rumah terbuka ,kadang2 adalah juga.
dapatlah sekeping kak, hihi
DeleteTapi, bukan ke di sana ada laksa johor? lagi special.
seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam tu kan kak.
ReplyDeleteye susah juga nak dapat gambar satu keluarga macam tu saya ni pun, puas mamanye terjerit-jerit macam tarzan baru nak dapat itupun terkehel tersenget semua adalah
sapa-sapa yg ada anak-anak riang tak tahu dok diam ni tahulah kan macam mana siksanya nak ambil gambar kan , Ilah.
Deletepenat jerit, penat susunatur...
Wah, meriah raya tu, seronok buat makan2 reramai nih, nak2 yg dtg bwk ank reramai, mlm main bunga api, umang aii, nostalgia masa ank den kekocik, ni semua dah bosa, tinggal si bongsu 7 tahun.
ReplyDeleteGambar kandid la best tengok, pastu senyum sesorang, hihi
ye lah tengah macam ni je boleh kita nak cipta kenangan. nanti anak dah besar-besar, takde dah. cucu bapak 19 orang semua masih kecik2, seronoklah kalau semua ada.
Deletebetul tu, gambar kandid boleh mengusik jiwa.
bestnya raya...berjumpa ahli keluarga...rapatkan hubungan sesama kita
ReplyDeleteoh kami memang sentiasa berjumpa dan rapat kerana tinggal dekat-dekat.
Deletedengan erti kata lain, takdelah renggang2 kalau selalu buat acara begini.
Berkumpul masa raya ni mmg saat paling best kan KB
ReplyDeleteberjumpa family masa raya ni saatnya nak bergambar dan segala nya kan
lepas ni mmg sunyi balik rumah kan
lepas ni, memang dengan aktiviti masing-masing la kaknoor
DeleteSelamat hari raya..
ReplyDeleteSelamat hari raya Afif Rayyan
Deletedah syawal ke berapa ni?
Hihi.....terlepas kempunan mak nampaknya weyh.....
ReplyDeleteSi Yusuf tu muka papa dialah kot KB. Nampak seiras. Yelah agaknya kalau anak kecik kecik ni mmg susah jugak nak bergambar sama sama...
Ko redho ajelah KB hihi....
Korang ni mmg suka laksa ek. Ke sebab memasing tokey ikan?
Mak kalau buat laksa pakai sardin je KB
ye lah, kita tahu mak nak tengok rupa paras papanya kan, betul tak mak?? hihi
DeleteBukan Yusuf saja, kalau diamat-amati semua anak saya iras papa mereka. Takde yg mengikut mamanya.
Memang pun, bukan yg kecik2 aje susah, bapak budak pun susah diajak bergambar. ini mood tengah baik, mahu pulak dia.
Dah itu aje yg handal masaknya. Bila dah ada yg jadi taukeh, lagi rancaklah laksa berlegar-legar di rumah.
Sardin je? Kami ni dah bermacam ikan dieksperimenkan.
mmg lps raya meriahlah dgn sambutan raya peringkat sekolah/company n mcm2 agensi lg..
ReplyDeletejemputan rmh terbuka pom byk kan.. time ni la nk bkumpul adik beradik n kawan2
ye lah time raya lah nak berkumpul pun. seronok makan2 hihi
Deletejemputan rumah terbuka dengan pejabat terbuka ni, akak tak dapat-dapat lagi ni. macam krik krik jer ofis tahun ni.
Sedapnya laksa! Pendekata kalau berpuasa ni semua pun rasa macam sedap aje!
ReplyDeleteBukan senangkan nak berkumpul sekeluarga untuk bergambar. Lainlah kalau anak-anak pun kaki selfie macam makcik sebelah rumah saya. Oppss! Termengumpat! Baru je peluk cium minta maaf tau hari tu!
Bukan sebab anak kecil aje KB susah nak berkumpul bergambar, kalau dah besar pun susah juga. Masing-masing tarik muka bila kita ajak bergambar. Ini berdasarkan pengalaman sendirilah ^_^
Nafsu jer tu, nanti bila berbuka semua tak larat nak makan. haha
Deletememang pun, keluarga saya susah betul diajak bergambar. Itu sebab takde gambar family yang cun-cun. Gambar dgn emak bapak, adik beradik pun susah jugak. Jadilah gambar candid saja.