Thursday, July 21, 2016

Family Outing - Pergi Zoo 1

Assalamualaikum

Habis dah kisah raya. Hari ni cerita rombongan sekolah ke zoo ye. Boleh kata tiap-tiap kali ada anak kecik, mesti kami mamapapa akan bawak mereka ni ke zoo. Bukannya apa, saja bagi mereka pendedahan tengok sendiri 'the real animals', depan mata kononnya.

Dah banyak kali papa berjanji nak bawak Yusuf pergi zoo. Dan banyak kali jugak budak-budak ni tertunggu bilalah papa nak pergi. Asyik kerja je, kan. Cuti sekolah sebelum puasa itu pun, kami nak pergi tapi tak jadi.

Nak pergi Sabtu tak boleh pulak sebab Amirah ada kursus UPKK dari pagi sampai petang. Tunda lagi. Hari Ahad lepas barulah terlaksana. Rencananya nak pergi awal, tapi dah singgah rumah adik dulu beraya, jadi lambat lah sikit geraknya. Takpelah kan, daripada batal terus.

Dalam kereta bergambar. Alamak! Yusuf belum sedia, lagi sekali...lagi sekali

Ok, semua, senyuuuum.....1, 2, 3...klik!

Dalam perjalanan tu, aku tunjukkan Yusuf haiwan-haiwan liar dalam tab. Ada bunyi-bunyi lagi. Biar dia hadam, mana tiger, mana elephant, mana giraffe. Selalu-selalu nya pun macam tu juga. Lepas pergi zoo ni je dah jarang bagi dia pegang tablet.. 

Sebaik sampai, wajiblah kami bergambar kenangan dulu di depan ni. Dah duduk di Perak, kami ke Zoo Taiping saja lah. 45 minit perjalanan dari KK. Tak akan lah nak ke Zoo Negara pulak macam yang dimintak oleh Amir. Boleh tengok panda, katanya. Nanti-nantilah kalau ada rezeki terpelanting ke sana, bolehlah berkenalan dengan panda.

Sementara itu, papa pergilah beratur membeli tiket masuk.

Ingatkan lepas raya takde ramai orang. Salah rupanya ramalan kami. Masa kami sampai tu, berduyun-duyun orang. Parkir kereta penuh, berpusing jugaklah papa mencari tempat letak kereta. Bayaran parkir RM3 ye, kalau ada sapa-sapa yang sudi ke sini.


Papa belum dapat tiket lagi. Orang beratur nak beli tiket pun dah macam beli tiket wayang. Kita gambar kat sini dulu lah ye. Ada juga replika lain, tapi bila kami terkejar-kejar nak ambil gambar, tengok orang dah posing dulu. Buaya ni pun, jenuh tunggu turn tau! Laku betul haiwan-haiwan batu kat sini.

Tiket masuk dewasa RM17.00 dan kanak-kanak bawah 12 RM8.50. Harga dah termasuk GST ye. Umur baya Yusuf tak kena caj. Aku tak pastilah dari umur berapa yang kena bayar. Lupa pulak nak siasat kat papa.

Dah boleh masuk tu, berjalan kaki lah kami anak-beranak. Ada juga disediakan perkhidmatan tram. Percuma aje tapi kami selesa bawak anak-anak ni berjalan. Mereka pun santai aje nak berjalan. Boleh tengok haiwan dari jarak dekat, lama-lama....hadam betul-betul rupa paras dia, dan semestinya kena sedut serba sedikit baunya tu haha.

Kalau letih, ada kerusi, ada pondok....boleh lah duduk melabuhkan punggung, melepaskan penat lelah berjalan tu. Tapi memang penat oii berjalan. Tambah-tambah kena dukung Yusuf tu yang dah berat sama macam seguni beras. nak patah tangan dibuatnya.

Lagi satu, air minum jangan lupa bawak untuk membasahkan tekak. Berdasarkan pengalaman kami yang dah bawak empat anak ni, kalau bawak air ke, makanan ke, janganlah sesekali dok tayang-tayang di tangan tu ye. Nanti ada lah kera-kera datang mendekat buat rampasan kuasa. Waktu tu, korang kena redho jer lah makanan/minuman korang kena campak pada mereka.

Masa ni pun, depan mata kami tengok satu chinese family kena campak potato chips mereka pada monyet sebab takut diekori. Haa, kan aku dah kata.

Itu sebab, kami bawa sling bag untuk isi mineral water. Bawak lah botol yang kecik kalau taknak berat. Kes kami, aku bawak satu, papa bawak satu.

Jalan-jalan, berhenti, duduk, jalan-jalan, berhenti, duduk, minum, bergambar. Itu ajer lah kerja yang boleh dibuat dalam zoo ni. Nak buat apa lagi kan. Berkelah dah tentu tak boleh.

Jadi, layankan ajer gambar-gambar kami kat bawah ni. Dua keping ajer pun. hehe.

Tetiba papa ajak selfie, jom ajelah kita.

Kami berjalan kaki betul-betul dua jam. Basah ketiak, berpeluh sampai lenjun depan belakang baju. 

Tapi ok jugak, bolehlah membakar lemak tepu yang dah lama bertapa dalam badan ni. Nak-nak pulak baru lepas membalun beraneka juadah di hari raya ni kan.

Pergi zoo tapi gambar seekor binatang pun tak keluar, ada ka patut.

Oh! itu kita tunggu part 2 muncul ye.


*****

Kenangan pergi Zoo Taiping, tahun 2009.  Bawak Daniel masa dia tengah baya-baya Yusuf sekarang ni. 

Ulo melingko ateh bahu - Mama, Amir, Daniel. Kami jer yang berani.

'Kita dengan Papa penecut' (baca:pengecut)... kata Mira yang berusia 3 tahun ++ ketika itu.







17 comments:

  1. suka nya akak tengok anak2 KB seronok kat zoo tu ,nak2 si Yusuf tu nampak bebas berjalan kan.2 jam tu memang meletihkan tapi anak2 seronok tak pelah.
    Anak akak tinggal Iman je yang kecil selalu juga nak ajak pi zoo tapi kami ni ibubapa dah berumor malas pulak nk masuk zoo tak larat nak jalan turun naik ...masa abng kakak dorang kecil dulu rajin juga bawa sebab stamina lagi kuat...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf kalau berjalan memang suka...bebas lari sana lari sini, kita ini lah yang tak larat nak kejar.

      Kami pun sama, masa anak kecik jer pergi zoo. Ini pun dah lama tak pergi sebab anak2 dah besar. Tetiba ni je beranak kecik pulak. Kenalah ulang balik aktiviti dulu2.

      Delete
  2. Akhirnyaaaa..... lepas jugak En Somi tu dpd kawasan hotel ye hihi...

    Lama mak tak jejak zoo KB sejak anak dah godang godang belaka ni. Kang ada yg heran pulak kang kalau mak anak beranak ke zoo hihi....Nak tengok apalah warga kilauan ni ke zoo atenya....Buang tebiat ke hape hihi...

    Alhamdulilahlah ye KB....bukan dgn sama spesis je kome beraya.....kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlepas lah jugak mak, takkan asyik nak berkepit dgn staff hotel je kan.

      Eh! apa pulak herannya kalau mak dah kilauan ni nak ke zoo. Kot-kot nak berjumpa jilapah ke kan utk bertanya kabar. Kalau nak bermalam di zoo tu, mungkin buang tebiat kot. hihi

      ye lah mak, kita beraya dgn semua makhluk Allah haha..

      Delete
  3. kat zoo bukan je seronok tengok haiwan tapi boleh belajar juga..bagus untuk anak2 mseti diorang seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu tujuan akak bawak mereka datang zoo ni, aini.

      Delete
  4. Replies
    1. jgnlah pandang lama-lama kalau rasa gerun...nanti teringat2 pulak ulo tu melingko ateh bahu abe nick.

      Delete
  5. nice moment wif family :) seronok je tengok =D

    ReplyDelete
  6. Zoo salah satu tempat yg digemari anak-anak selain mandi-manda KB.
    Usia masih kecik macam ini memang bagus bawa mereka tengok live binatang hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 ni selagi tak besar, selagi itu tak jemu kalau diajak ke zoo.

      Delete
  7. seronok dapat jln2 satu family macam ni, ohoi bergambor dengan ilar tu saya pun penecut kak

    ReplyDelete
  8. Seronokkan budak-budak kalau dibawa pergi zoo. Dapatlah berkenalan dengan haiwan-haiwan di situ. Kalau tak, tengok ajelah gambar dalam tab/komputer. Nak dengar bunyi haiwan pun, buatlah sendiri!

    Zoo Taiping ni famous tapi malang sungguh saya memang tak pernah sampai lagi. Sedangkan zoo di negeri sendiri pun tak pernah sampai, negeri orang tak payah ceritalahkan.

    Saya nak plan jalan-jalan ke Perak ni tapi entah bilalah boleh berlaku. Kalau asyik fikir itu, ini, memang tak berjalanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoo Taiping ni terkenallah juga tapikan MD banyak dah kekurangannya. Banyak haiwan macam dah tak ada. Yg diasingkan pun ada, tak tahulah sakit ke apa.
      Sesetengah tempat kena renovate, jadi tak tahu mana perginya haiwan tu ditempatkan.

      Nanti jalan-jalan lah, tengok bumi Perak pulak.

      Delete
  9. Tak pernah lagi pergi zoo taiping. Teringin juga nak pergi zoo kat sana pulak. Insyallah one day jejalan ke taiping pulak. Teringin nak pergi taman tasik taiping jugak. Macam lawa je tempatnya :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^