Dah mula nak bercuti ker kome ooiii? Ramadhan ada tinggal beberapa hari je lagi, tapi bahang nye sudah makin terasa. Agaknya sebab hari ini hari terakhir aku bekerja, sebelum nak menyambut lebaran. Tu yang rasa lain macam saja, walaupun sebenarnya kerja masih melambak atas meja nak diselesaikan. Al-maklumlah 1hb dan esok pulak dah nak bercuti panjang. Kenalah bereskan juga hari ini.
Sebelum ni takdelah terasa sangat kemeriahannya sebab masing-masing kerja dan sekolah. Lepas ni duduk di rumah kemas itu dan ini, barulah tersedar dah nak raya rupanya. Selama berpuasa asyik melepek keletihan bercampur kemalasan saja aku ni.
Minggu depan aku cuti seminggu. Aku dah siap-siap ambil cuti Isnin sampai Jumaat minggu depan. Tiba-tiba semalam ada pengumuman penjawat awam diberi cuti sampai raya ketiga. Gembiralah rasa hati. Jimat sehari cuti tahunan. Korang janganlah jeles ye! Mohon dua hari dapat cuti sembilan hari gitu.
Dalam aku gembira bercuti panjang, tak bolehlah lupa kepada yang tak dapat cuti. Papa kemungkinan tak dapat cuti rasanya. Hotel penuh sesak dengan orang yang check-in balik kampung beraya. Kalau tak de cuti, nampaknya beraya di hotellah dia. Tapi tempat kerjanya dekat aje, boleh lah jengok-jengok sekejap. Atau kami yang menjengok ke sana nanti. Tak apa itu bisa diatur. Korang tak payah sedih sebab aku tak sedih pun bab itu. Alah bisa tegal biasa.
Tahun lepas dah balik ke rumah mertua. Jadi tahun ini, aku beraya di kampung halaman sendiri saja. Mertua aku dengan bujang-bujang mereka akan balik ke tanah tumpah mak mertua hari ni. Lepas ambik adik ipar aku di asrama mereka terus memecut ke KLIA terbang ke sana. Tinggallah 3 anak mereka yang dah berumahtangga ni termasuk 9 cucu kesayangan mereka di tanahair tercinta.
Dengan itu bolehlah aku melebarkan sayap dengan senang hati. Tak payah fikir dah nak balik mana dulu. Tentu-tentulah di rumah mak bapak aku sahaja. Tak payah susah-susah fikir bab mengemas beg balik kampung. Berapa helai baju nak bawak. Apa juadah nak diberi kepada mak mertua. Tak payah pening kepala bersesak dalam jem walaupun KK-Ipoh tu takde lah jauh mana pun.
Bila beraya di kampung halaman sendiri, cara aku sangat senang. Siang hari tidur baring, makan pakai di rumah emak. Waktu malam, tidur wajib di rumah sendiri. Bagi peluang lah kepada adik-adik yang duduk jauh tidur di rumah emak. Lagi satu, tak nak lah aku naik hantu lagi macam tahun lepas. Sebab adik beradik aku pun ramai juga, sembilan orang - tujuh dah kawin.
Semalam aku terima whatsapp ucapan selamat hari raya dari mertua. Amboiiii, kemain lagi deme. Mentang-mentang lah mereka dah nak berangkat balik. Siap hantar ucapan lagi. Tergelak-gelak aku baca sorang-sorang tau.
Dengan itu bolehlah aku melebarkan sayap dengan senang hati. Tak payah fikir dah nak balik mana dulu. Tentu-tentulah di rumah mak bapak aku sahaja. Tak payah susah-susah fikir bab mengemas beg balik kampung. Berapa helai baju nak bawak. Apa juadah nak diberi kepada mak mertua. Tak payah pening kepala bersesak dalam jem walaupun KK-Ipoh tu takde lah jauh mana pun.
Bila beraya di kampung halaman sendiri, cara aku sangat senang. Siang hari tidur baring, makan pakai di rumah emak. Waktu malam, tidur wajib di rumah sendiri. Bagi peluang lah kepada adik-adik yang duduk jauh tidur di rumah emak. Lagi satu, tak nak lah aku naik hantu lagi macam tahun lepas. Sebab adik beradik aku pun ramai juga, sembilan orang - tujuh dah kawin.
Semalam aku terima whatsapp ucapan selamat hari raya dari mertua. Amboiiii, kemain lagi deme. Mentang-mentang lah mereka dah nak berangkat balik. Siap hantar ucapan lagi. Tergelak-gelak aku baca sorang-sorang tau.
Meh meh sini aku salin balik ucapan whatsapp tu ye. Seronok pulak membacanya. Ni kes syok sendiri lah ni. Anggaplah ucapan ini dari aku kepada kawan-kawan alam maya lah ye. Nak cipta ayat sendiri memang ke laut lah jawabnya. Maklumlah aku bukannya reti nak mengarang ayat-ayat cinta puitis atau yang sewaktu dengannya.
* * * * *
Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh, gitu juge labun teman
Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh, gitu juge labun teman
Air sungai tidak selalu jernih, begitu juga dengan kata-kata ku
Kapeh pun idok juge nyemedang putihnya, ghope tu juge hati ini
Kapas pun tidak juga selalu putih, begitu juga hati ini
Langit juge kekadang idok nyemedang bighu, ghope tu juga hidup ini
Langit juga kadang-kadang tidak selalu biru, begitu juga hidup ini
Jalan pun idok selalu lughuih, macam tu juge langkoh teman
Jalan pun tidak selalu lurus, begitu juga langkah ku
Adakalanya jatuh tejeghombab juge
Adakalanya jatuh tersembam juga
Mengkalu maap itu boleh diungkap haghi ini
Sekiranya, maaf itu boleh diungkap hari ini
Menhonjang ape nok nunggu ghaye tibe yek?
Kenapa nak menanti raya tiba kan?
Sedangkan hembusan napeh kite pun tak peghonah tahu bile pulak akan beghenti
Sedangkan hembusan nafas kita pun tak pernah tahu bila pula akan berhenti
Ate, bile dikenangkan
Jadi, apabila dikenangkan
Maka daghi itu, teman ingin mohon maap le bebanyok ye
Maka dari itu, aku ingin memohon maaf banyak-banyak lah ye
Di atah segale dan saknike kesalahan dan kekhilafan maupun
Di atas segala dan seaneka kesalahan dan kekhilafan mahupun
Apa-apa kelaku yang teman dah buat saloh yang sengaje dan yang idok sengaje
apa-apa kesalahan aku yang sengaja dan yang tidak disengajakan
yang boleh nyakitkan hati mengkome
yang boleh menyakiti hati kalian
Jadi, sebelum ghemadhan pegi, sebelum aeidul peteghi datang
Jadi, sebelum Ramadhan pergi, sebelum Aidilfitri datang
sebelum umat islam makin lagut, sebuk, hingke dan menyebokkan dighi
Sebelum umat Islam semakin alpa, sibuk, terkinja-kinja dan menyibukkan diri
sebelum wassap line ni tak mandang
sebelum talian whatsapp hilang
juge sebelum line tipun ini tersangkut-sangkut
juga, sebelum talian internet tersangkut-sangkut
biyo le teman wassap siap-siap
biarlah aku memberi ucapan awal-awal
dighi ini mohon maap le bebanyok di ateh semuwe-muwe kesalahan
Diri ini mohon maaf banyak-banyak di atas semua kesalahan
selamat menikmati haghi-haghi akhir ghamadhan
Selamat menikmati hari-hari akhir Ramadhan
make, mohon le bebanyok doa pada Ilahi dan
Maka, mohon lah banyak-banyak doa pada Ilahi dan
Selamat nyambut haghi kemenagan eidul peteghi
Selamat menyambut hari kemenangan Idul Fitri
daghi diri teman pada yang mengenali teman seadanya
Dari diri ku pada yang mengenali aku seadanya
ate he'eh
Maka, dengan itu....
Maaf Zahir Batin le yek!!
Amacam, ok? Faham ke mike semua? Aku dah letak terjemahannya siap-siap. Baca yang merah-merah tu pasti faham lah ye.
Akhir kata,,saya empunya blog sweetmemories4u.blogspot, ingin mengucapkan selamat menyambut 'Idulfitri kepada semua rakan-rakan alam maya yang setia berkunjung, pengunjung senyap
dan pembaca entri ini....dengan ucapan
dan pembaca entri ini....dengan ucapan
'SELAMAT MENYAMBUT 'IDULFITRI
Jika ada salah dan silap ketika berceloteh dan memberi komen yang menyinggung perasaan harap dimaafi.
MAAF ZAHIR DAN BATIN, MINAL 'AIDIL WAL FAIZIN
Kepada yang nak balik kampung tu,
SELAMAT BALIK KAMPUNG.
Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat-cermat ye.
MAAF ZAHIR DAN BATIN, MINAL 'AIDIL WAL FAIZIN
Kepada yang nak balik kampung tu,
SELAMAT BALIK KAMPUNG.
Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat-cermat ye.
p/s: setelah dikenang-kenangkan balik, kami sekeluarga tak pernah ada potret di hari raya.
kalau baca yang tulisan hitam tu memang le teman tak faham kak, teman ni asal selama perak, lahir kat felda ijok, tapi jarang benor balik sane, raya ke 3 ni inshallah ke kamunting jumpa sedara mara.
ReplyDeleteSenang sikit macam tu kak sebab tak yah ribut2 nak balik rumah sape kan, oh rumah akak dekat dengan rumah mak akak senang la cenggitu, boleh ulang alik kan. baru nak tumpang sedih tadi udah kata tak payah sedih2 tak jadilah nak sedih ni hah, takpelah kak kan janji boleh juga jenguk2 suami dihari raya tu kan.
Selamat hari raya kak, saya pun last keje hari ni, macam takde mood dah nak keje ni ha..apapu moga selamt semuanya ya kak, maaf zahir batin ya
Haha dh tau mmg tak fhm, tu yg akak siap2 ltk terjemahan tu.
DeleteSlmt aidilfitri maaf zahir batin juga utk Ilah sekeluarga.
Mestilah kakak baca yg merah-merah tu KB:)
ReplyDeleteNak baca yg hitam hihi... kelako pulak bunyinya..
Yg best tahun ini dah tak payah susah-susah nak cari port utk tempat tidur:)
Apa pun selamat hari raya maaf zahir batin dari kakak juga.
Hihi kelako kan kakzakie.saya sendiri pun jrg ckp begitu tp phm lah apa yg diucapkan.
DeleteMmg thn ni tak byk benda nak difikirkan, tenang2 aje nti.
Slmt aidilfitri maaf zahir batin Kak.
Selamat hari raya KB,
ReplyDeleteKemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
Berhati-hati dijalan raya,
Semoga selamat sampai ke destinasi,
Selamat hari raya maaf zahir batin Kak yati.
DeleteBerhati hati itu sudah pasti
Destinasi saya dekat sahaja
Mak mertua mike nak balik mana pulak KB....ada negeri lain ke? Senang banyaklah mike ye...tak payah nak merendang bagai dipagi Raya hihi...
ReplyDeleteYang pasti tak payah nak tido berserubung depan kabinet TV kehkehkeh....
Okay...Raya ni sila ambik potret satu family kat hotel ek...jangan kata tak de gambo Raya....
Hish...kalau tak de translation mmg sepatah haram mak tak faham tau!
Ibuk saya itu org medan indonesia mak. Kalo thn kelmarin itu lebarannya udah di melesia. Makanya thn ini haruslah pulang menjenguk mamaknya di sana. Lagikan mamaknya itu udah uzur kali dia. Paham apa enggak aku bilang gini mak? Apa mau lg ditranslate? Hihi...
DeleteBab gambo nanti saya usahakan ye
Mmglah tak pahamkan mak, lain padang lain belalang..lain tmpt lain org.
Selamat hari raya....
ReplyDeleteselamat hari raya kb
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, maaf zahir batin KB...
ReplyDeleteLaa.. lupa nak ucap!
ReplyDeleteSelamat hari raya, KB walaupun raya tinggal beberapa hari aje lagi. Teman sibuk hingke dari sebelum raya sampailah lepas dua minggu raya ^_^
Seronok hai baca mesej raya ni. Kelako sungguh!