Tuesday, July 26, 2016

Murtabak Nasi Untuk Yusuf

Assalamualaikum

Semalam kisah kundas. Hari ni, kisah murtabak nasi pula.

Alkisahnya, makanan Yusuf aku selalu masak sup atau menu berkuah untuk dia. Hari-hari sup pun jemu jugakkan. Satu hari, aku buatkan sup ayam campur carrot dan nasi. Bila agak-agak dah kering supnya, dan nasi lembik sedikit, tutuplah api.

Kemudian, pecahkan sebijik telur, kocok-kocokkan, letak sedikit garam dan lada hitam serbuk. Gaul dengan nasi lembik tu.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, gorenglah adunan tadi. Buat macam murtabak.

Bila disuapkan ke Yusuf, berselera dia makan malam tu. Malam, tak malam sangatlah, sebelum maghrib dah disuapkan makan. Tapi separuh ajer yang dihabiskan. Separuh lagi dikerjakan Amir dengan Daniel.

Kalau makanan Yusuf tu, selalu di 'uwek-uwek' kan oleh abangnya. Kali ni, sedap pulak kata mereka. Ye lah, pertama kali makan memanglah sedapkan? Cuba, kalau hari-hari......uwek jugak agaknya.

Bila dengar sedap, mama yang sedang berpuasa ni pun teringin nak merasa.

Simpan sikit untuk mama, mama nak rasa juga bukak puasa nanti.



Murtabak nasi  - dah suap sikit baru teringat nak ambil gambar.
Tepi-tepi tu terlebih garing, tapi itu yang buat mereka suka, ada krup krap.


Kalau tanya aku, apa rasanya, sedaplah jugak. Boleh tambah menu baru untuk anak-anak.

Daripada murtabak maggi, lebih baik gantikan nasik ajer. Sekali ngap masuk mulut,  ada nasi, ada telur, ada ayam, sayur pun ada - lebih kenyang untuk perut Yusuf, kaaaaann.





14 comments:

  1. Betul juga KB daripada maggi baik nasi.
    Lain kali kena buat lebih sikit sebab abang-abang pun suka makan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, mana sangka sedap pulak kat tekak mereka. Masa tu saya dah malas nak buat lagi. Sebab nak bukak puasa dah..

      Delete
  2. Idea yang bagus ni KB.Bukan saja baby seperti Yusuf je boleh makan ni...Akak agak pasti sedap sebab tu abang2 dia suka.Akak nk try lah nk bagi Iman yang cerewet bab2 makan ni....dh besar tapi makan laukpauk yg kita masak hari2 payah sungguh....kita bagi makanan baby pulaklah mcm yusuf punya menu.

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh..... takut jadi viral je Murtabak Nasi kome lepas ni KB....
    Betullah, kita yg masak ni pun jemu kalau benda yg sama inikan pulak depa yg makan. Memang elok sangatlah kome berinovasi KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opocot mak, terkejut teman. Janganlah diviralkan pulak mutrabak comot teman ni. Buat malu je aih!

      Delete
  4. selalu murtabak meegi ja.. 1st time dgr mutabak nasi... mesti sedap sbb yusuf suka...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun 1st time buat, akak. kiranya try and error lah ni. tak sangka menjadi pulak. kalau kena reject, kita bagi cik tong makan...hihi

      Delete
  5. bagus nih ada menu baru, mnarik juga dah lbh berkhasiat dr murtabak meegi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kenyang dan senang nak bagi makan sebenarnya Ilah. kalau tak nanti dipilih2 ayam taknak, sayur taknak...macam tu lah.

      Delete
  6. Lepas ni kaknoor pun nk try murtabak nasi lah KB mcm sedappp je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kaknoor pun nak try. Nanti kaknoor olah lah bagi sedap lagi. Yg saya punya ni biasa2 aje. Utk baby boleh lah kot.

      Delete
  7. Belum sempat nak buat murtabak maggi dan ada murtabak nasi pulak. Parahlah saya nak mencuba. Hahaha!

    Dengar anak-anak kata sedap, kita pun teringin ya. Yang membaca ni pun teringin sebab tengah berpuasa juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau MD pun teringin kena masak sendirilah jawabnya. hihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^