Friday, July 15, 2016

Raya Pertama 2016 - Sebelah Malam

Assalamualaikum

Petang raya pertama, agak-agak tetamu dah tak ada yang ziarah, bapak aku semangat nak buat lemang. Sepatutnya, lemang di bakar di malam raya tetapi sudah ada pulak lemang yang dibeli siap oleh adik aku, jadinya tak jadilah membakar lemang sebelum raya.

Bahan-bahan itu kita simpan dulu.


Lepas Asar, baru kerja bermula. Atok buat kerja sambil ditonton oleh cucu-cucu. Mereka ni tak pernah tengok orang buat lemang. Kalau anak-anak tu, tengok jeling-jeling sebelah mata ajer sebab sudah biasa. Pulut sudah direndam dengan santan menunggu untuk dimasukkan ke buluh. Begitu juga, kayu pun sudah disiapkan, tinggal untuk dibakar saja.


Lepas Maghrib, acara membakar lemang bermula. Bapak aku dengan adik ipar. Adik ipar aku ni dari pagi hingga ke malam tak lepas dengan berbaju melayunya. Semangat sungguh berhari raya!

Bapak buat 3kg pulut, dapatlah dalam lapan batang lemang. - untuk besan bapak di KL, untuk emak saudara bapak yang nak buat kenduri tahlil esoknya dan selebihnya makan sendiri dan untuk tetamu yang bertandang.


Selain itu, kami ada buat ketupat palas juga - 1kg pulut. Kebetulan adik ipar aku orang Perlis [bukan yang atas tu] sangat pakar dalam menganyam ketupat palas ni. Dia duduk diaaaammm ajer, sorang-sorang menganyam.

Aku nak juga belajar mneggulung tu tapi segan. Maklumlah adik ipar ni lelaki dan tua dari aku pulak tu. Belum sampai setahun lagi berpangkat adik ipar tu yang jadi malu-malu kucing tak bertempat aku jadinya.

Sementara yang kecik-kecik ini main bunga api. Apa lagi nak dibuat kalau dah sampai waktu malam. Stok berbondong-bondong dibawak oleh adik aku yang duduk di KL. Meriahlah mereka dengan sepupu.

Bila lagi nak merasa kan. Hanya setahun sekali jer boleh jumpa bunga api dan mercun. [mercun pop-pop ajer dibenarkan].



Akhir sekali, bagi mereka tengok bunga api tembak-tembak ke langit tu. Anak-anak aku gembiralah suka dan menjerit-jerit. Maklumlah duduk kampung ajer, jarang tengok bunga api macam kat KLCC tu di depan mata.

Itu ajer kisah kami di raya pertama. 



Diam tak diam dah 10 Syawal hari ini kan. Bermakna #khairulanwar dah lima belas tahun. Aku dan papa bernikah pada 7 Syawal, 15 tahun yang lalu. Happy Anniversarry untuk diri sendiri.



17 comments:

  1. Anaka2 saya dah biasa tengok babah dorang buat lemang, jadi dah tak hairan deme dah, bila balik kampung bertambah meriah bila dapat jumpa saudara-mara.

    Selamat menyambut ulangtahun akak dan suami. Moga kekal sihat dalam menjalani rutin harian hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kalau dah biasa tengok mmg dah tak heran dek deme. Ini kes cucu2 yg jarang balik tgk atok mereka kerjakan lemang. Teruja tak kelip2 mata deme jd nya.
      Terima kasih atas ucapan dan doa.

      Delete
  2. bestnya bakar lemang..sejak ayah saya meninggal 9 tahun dulu hari raya dah takde bakar lemang lagi, terpaksa belajar buat ketupat palas pula hehehe

    sesekali bakar duit dihari raya untuk anak2 ok jugakan, anak2 saya pun main mercun poppop juga kak.

    wah pandai adik ipar akak anyam ketupat palas tu,lelaki pulak tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg bestnya Ilah, penat tau. Hehe..ok lah tu melemang dah penah buat, skrg belajar mempalas lah pulak. Bolehlah lengkap ilmu di dada. Tak gitu.
      Tu lah, adik akak ni rajin melayan anak sedara dia sbb belum ada anak sendiri
      Adik ipar tu mmg serba serbi boleh..

      Delete
  3. Hihi...mak yg duk dekat ngan KL ni pun jarang ke KLCC KB... huhu
    Kira deme pun ada darah lemanglah ni ek KB. Sure terer jugak buat lemang ni. Lemang buat sendirk kalau makan panas panas mesti bestlah kan...

    Ketupat palas tu kalau buh serunding daging dlm tu pun sedap KB. Teringat dulu pernah makan ketupat palas Terengganu...

    Happy Anniversary utk korang berdua. Moga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga. Belanjalah gambo 1 family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke mak, ingatkan org kl ke klcc aje kejenya. Haha...
      Mmg biasa buat lemang tp susah dan leceh. Kalau takde bapak tulang belakangnya taktahu lah jadi ke tidak lemangnya.
      Mmg panas2 aje kami rebutkan mak, terutama bhgn kepalanya...aduh lemak berkrim disukai ramai
      Keluarga kami ini thn pertama ada ketupat palas sbb adik ipar ni lah. Kalau tak takde lah ketupat2 ni.
      T/kasih atas ucapan dan doa. Gambar tu, nnti next entry diusahakan..kalau papa baik hati.

      Delete
  4. Barakallahu Lakuma Fii Khair KB..
    Semoga berkekalan hingga ke jannah..

    Akak pun teringin nak buat ketupat palas tau..
    Tapi tak tahu..
    Sedapkan makan dengan kari kambing huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak atas ucapan dan doa.
      Saya sendiri pun taktahu anyam ketupat tp makan suka.
      Kari kambing? Saya biasa mkn dgn serunding daging atau rendang aje.

      Delete
  5. jangan kan anak2 KB yang tekun tengok atuk nya buat lemang ,kalau akak ada pun harus menghadap juga sebab akak tak pernah tengok orang buat lemang depan mata ,kalau teringin nk makan pun akak membeli je.Kalau ketupat palas jauh sekali ,mana lah orang Johor ni ada buat ...tapi makan tu pernah lah juga.
    KB happy Aniversary ...semoga berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...kalau org tak biasa tgk mmg teruja lah kan kak. Sambil tu bolehlah belajar2.
      Biasa kalau ketupat ni org utara je yg biasa buat. Kami di perak ni pun jarang2 ada.
      Terima kasih atas ucapan dan doa

      Delete
  6. Meriahnya.....bakar lemang....main mercun.....seronokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok nini, maklumlah setahun sekali je merasa

      Delete
  7. Salam syawal, ziarah petang smtara menunggu kwn yg janji nk dtg beraya.
    Wah..meriahnya raya๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syawal kak. Terima kasih dtg ziarah. Nti dtglah selalu ye.
      Raya kami biasa2 aje kak.

      Delete
  8. wow..mmg meriah buat xtvt camni..ini bru raya.. x pnh rsa pgalaman bakr2 lemang ni

    ReplyDelete
  9. Saya pun kalau tengok orang buat lemang, ketupat, ketupat palas, saya masih dok perhati sebab tak reti-reti sampailah ni!

    Anak-anak saya pun setakat bunga api aje. Itu pun yang kertas tu bukan yang besi. Semua pun Mommynya kata tak boleh. Orang main mercun aje, saya panggil anak-anak rapat dengan Mommy, manalah tahu mercun tersasar salah tempat!

    ReplyDelete
  10. Tahun ni beraya tak da bunga api dengan bakar lemang tapi tetap meriah juga dengan keriuhan anak-anak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^