Monday, July 25, 2016

Jom Kenal Dengan KUNDAS

Assalamualaikum

Kalau hari berpuasa, nafsu makan tu elok-elok ajer kan. Bila kena hari tak berpuasa, mula lah bermaharaja lela di kepala nak makan itu dan ini. Entah kenapa mengidam nak makan roti canai membuak-buak di benak fikiran. Nak mengelupur pulak rasanya kalau tak dapat roti canai. Boleh pulak begitu kan?? Haaa....aku tak mengandung ye. Tak ada lagi proses persenyawaan di rahim aku.

Lalu, mama beranak empat ni pergilah keluar mencari roti canai di pagi Ahad yang tak puasa baru-baru ni. Pesanan aku buat di luar restoran saja sebab anak-anak di dalam kereta. Tak boleh bawa keluar nanti huru-hara jadinya. Tunggu ajer lah mamak membungkus di situ. Tapi bila nak membayar kena di kaunter.

Jadi, aku pun masuk terus menuju ke kaunter. Masa lalu di situ, aku terpandang kundas. Eh! lama dah tak makan kundas. nafsu lagi. Naklah satu. Maka, aku pun.....

'Tu, kundas satu ye, bungkus'

Bawak balik rumah, anak-anak makan roti canai saja lah. Kundas tu, aku yang teringin maka tugas aku lah yang makan. Tapi kan, sebab dah kenyang bebeno membalun dua keping roti canai, rasa tak larat pulak nak menghabiskan kundas yang seketul tu. Terbiar ajer lah dia terkontang-kanting atas meja. Masuk tengahari baru aku perabihkan. Mujur juga satu ajer aku beli. 

Korang tak pernah dengar kundas?
Kalau tak pernah dengar,
Makan apatah lagi kan,
mesti tak pernah jugak.
Ini haaaa,
aku nak tayang sikit rupa paras kundas
yang disebut-sebut tu.

\/
\/
\/


Amacam, pernah tengok ke? Aku rasa yang mak pernah cerita pasal Jambul Kunto tu, adik beradik kundas ni jugak lah.

Bentuk dia macam cucur tapi besar. Dalamnya macam cakoi tapi berat. Makan cicah dengan kuah kacang ceroi manis. Kalau tanya resepi macam mana nak membuatnya, memang aku tak tahu lah ye. Kat kedai-kedai mamak ajer yang glamour kundas ni.


Sapa pernah makan kundas, cuba angkat tangan sikit.

12 comments:

  1. Ini bukan cucur yg selalu potong-potong masuk dalam rojak mee mamak tu ke KB? Kakak ni kadang tak tahu nama tapi makan pernah. Cuma tak tahulah ini benda yg sama ke bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kak, kundas ni sejenis kuih. Ia dihidangkan begitu sahaja dengan kuah cicahnya. Rasanya, bolehlah nak kata sama jugak dengan cucur dalam rojak tu.
      Di kalangan orang melayu kita jarang yg buat, mamak ajer yg pandai.

      Delete
  2. Memang tak tau lah KB ,namanya pun first time tau ada kuih nama kundas.Kalau jemput2 rojak tu kenal lah .Sedap ke KB .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaplah kak kalau sapa-sapa yang suka. Kalau anak2 saya cakap tak sedap.

      Delete
  3. konfem kaknoor tak pernah makan kundas ni KB
    kalau kuih yg ada cicah mesti sedappp sangat ni KB kan

    ReplyDelete
  4. Hihi.....mungkin jugaklah KB adik beradik dengan Jambal Kunto ni. Mcm sama je rupa dia. Hari tu masa pergi Open House rumah Mak Usu Pak Jilap mak baru makan benda ni weyh.

    Betullah KB sejak habis puasa ni nafsu betul betul bermaharajale. Semua benda pun teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada juga kundas ni wujud dalam open house raya ye mak. hebatlah kalau begitu.

      Delete
  5. tak pernah dengar, tengok apatah lagi nak memakannya, memang sepanjang idup 38thn ni, ni pestimw saya dengar namanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah agak dah. kundas ni makanan terpencil jugaklah. ramai yang tak tahu, even chef Anis Nabilah sendiri masa buat shooting masak kat KK pun cakap tak pernah dengar 'kundas'. Makan apatah lagi.

      Delete
  6. Alahai! Kita lagi best. Baca tajuk aje dah terbayangkan buah ala-ala mangga gitu. Tak tahulah apahal mesej sampai ke otak macam tu sekali!

    Makanan rupanya ya bukan buah! Kasihan alahai emak anak dua ni. Umur aje dah tua tapi tak kenal banyak benda dalam dunia rupanya dia...

    Memang tak pernah makan. Adik beradik si kundas yang diceritakan jiran sebelah rumah tu pun kita tak pernah jumpa walaupun katanya berjiran aje kat kampung BP/Muo tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh pulak terbayangkan buah...

      Yang jiran sebelah cerita tu, saya pun first time dengar nama tu tp rupanya mirip sama dgn kundas.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^