Wednesday, July 13, 2016

Hidangan Di Pagi 1 Syawal

Assalamualaikum

Menu kami di pagi 1 Syawal sebelum balik ke rumah emak tak tiru sapa-sapa tau. Dan tak rancang pun nak masak menu ni.

Ini semua gara-gara ada hamba Allah di tempat kerja incik boss a.k.a papa siang-siang sudah pesan. katanya, 'Esok, sebelum solat raya beta nak makan/santap nasi lemak'.

Ayoyo, mana nak cari nasi lemak di subuh hari pagi-pagi raya.

Kenapa tak mintak roti bakar ke, kan ke senang keroje nya.

Incik boss dah malas pikir, mintak tolong isterinya buatkan. mujur mood isterinya baik ketika itu. Buatkan ajer lah. Untuk lima mulut jer pun, bukannya lima puluh.

Kalau 50 ke, 500 ke, mahu pengsan patik!

Tapi aku tak lah lurus bendul, buat untuk lima orang ajer.

Aku tanak nasi seperiuk, sambal sebelanga gitu. Tak akan lah anak-anak tenung ajer papa mereka hangkut ke hotel. Hendak juga merasa nasi lemak air tangan mama mereka di pagi raya.
\/

\/

\/

\/
Ini hidangan di rumah sendiri sebelum berangkat ke rumah emak.



Selebihnya, aku bawak balik ke rumah emak.
Nasi lemak yang direbutkan dulu.
Sapa lambat memang tak merasa lah...hihi.




17 comments:

  1. Kakak rasa kalau kakak pun pagi raya ada nasi lemak macam ini kakak makan nasi lemak dulu KB. Idea cantik sebenarnya ni. Sebab biasa kalau dah sana-sini lemang/ketupat rendang muak jadinya.

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kan kakzakie, kalau asyik menu sama saja mesti kita nak makan yg lain dr biasa kan.
      Lain thn boleh buat lagi ni

      Delete
  2. sedap tu dapat makan nasik lemak di pagi raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah sedap ke idaknya Ilah, yg pasti habis lah sbb sikit je pun.
      Lebih kepada sarapan pagi je utk mkn sendiri.

      Delete
  3. Replies
    1. Sedap normi, sampai mengikis periuk maklumlah sebulan tak jumpa nasik lemak. Hihi

      Delete
  4. Kiranya macam menu hainomokje lah ni ya.Nasi lemak pagi raya itulah yang sedap KB.Biasanya menu yang sama naik muak dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, dh tau sebenarnya kak hainom masak nasi lemak. Tak sangka saya pun kena masak menu yg sama pulak pepagi raya thn ni.

      Delete
  5. Alahhhh kalau tiru pun apa salahnya haha....eleh teringin nak masak nasi lemak jugaklah tu kan sebenarnya haha....

    Untunglah ada bini rajin weyh....dapat jugak kawan En Boss tu merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mak sebut nak masak nasik lemak tu ada jugak teringin tp tak tahulah pulak boleh jadi kenyataan.
      Ni nak kata suratan ke kebetulan ni, entahlah ye mak.

      Delete
  6. Tengok masakan sis.. Terasa nak beli bahan-bahan dan masak.. Sedapnya.

    Reen singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog Reen.. Dan Selamat Hari Raya..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dan masak ye, jgn tak beli tau.
      Terima kasih follow sini.
      Selamat hari raya reen

      Delete
  7. Menu pertama di pagi raya, rendang mak.. dapnye.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau namanya masakan emak, pasti sedap kan aiza.

      Delete
  8. Akk pun cadang nak masak nasi lemak pagi raya tu, tapi tak jadi kenyataan, sbb ank2 nak makan nasi impit kuah kacang dgn rendang. Masak plak kt umh arwah mak, barang2 serba kena beli.
    Nasi lemak masak simple, takyah byk lauk pun sodap, nak lagi kalo panas2😃

    ReplyDelete
  9. lya x msk apa..lps salam raya dgn husb n ank..terus gerak rmh mil n mama lya.. lg pom 3 org je.. hehe

    ReplyDelete
  10. Siapa ada makan nasi lemak di pagi rayakan. Memang unik. Tapi ni macam sama aje dengan rumah jiran sebelah saya! Memang pakat-pakat tanya pendapat eh ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^