Wednesday, July 27, 2016

Raya Di Sekolah 2016

Assalamualaikum

Tak habis-habis lagi kisah raya. Ada sikit saki baki cerita anak-anak ini. Jadi mamanya masuklah blog untuk tatapan mereka di kemudian hari.

Jumaat lepas, masa rehat tengahari gigih mama empat anak ni pergi ke kedai dua ringgit. Nak mencari bekas makan dan minuman untuk Amirah, Daniel. Hari Sabtu keesokkannya, ada jamuan hari raya di sekolah. Cikgu pesan minta anak murid bawa sendiri bekas makan dan minum masing-masing. Pihak sekolah tak sediakan sebab tetamu ramai. Seluruh cikgu dari daerah KK dijemput hadir termasuk satu bas rombongan dari Thailand pun ada. Yang ini tak usah ditanya sebab aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana boleh terjemput.

Mangkuk dan cawan plastik
Dulu semasa Amir di sekolah rendah, pernah aku bekalkan benda-benda macam ni untuk majlis hari raya juga. - 3 set mangkuk, cawan, sudu dan garfu. Tapi dek kerana mereka ni cuai, entah ke manalah mereka campakkan. Bila dicari tak jumpa dah.

Sekarang lagi sekali kena membeli sebab di rumah tak ada yang sesuai untuk dibawa ke sekolah. Mamanya bukan boleh. Kalau boleh semuanya nak difikirkan. Kalau kaca nanti pecah, kalau ini nanti begini, kalau itu nanti begitu. Padahal benda kecik jer, anak nak pergi beraya. Alahai, mamanya pun!

Setelah ditilik dan diperhati semasak-masaknya, aku ambil mangkuk saiz besar, supaya senang nak makan makanan berkuah. Yang tak berkuah pun boleh jugak menggunakan mangkuk. Kalau bawa pinggan, nanti tak boleh makan makanan berkuah. Haa, sampai macam tu sekali fikiran mak-mak ni, nak memudahkan anak-anak menjamu selera.

Cawan ambil yang besar jugak, nanti senang sekali ambil air tak perlu ulang banyak kali untuk menambah. Cawan juga perlu berpemegangnya supaya tak terlepas dari genggaman kalau berhimpit-himpit dengan kawan nanti.

Cuma sudu garfu tu ajer yang dipilih Amirah. Semestinya warna pink. Aku ikutkan saja..Dulu bawa sudu garfu steel, hilang, bawalah yang plastik ajer.

Bekalan - tiba hari kejadiannya, bawalah mereka peralatan sendiri seperti yang dipesan oleh cikgu. Satu botol air masak juga aku bekalkan. Habis airnya, boleh campak saja ke tong sampah. Tak usah dibawa balik.

Di lobi - Jumaat malam tu, papa memanggil kami tidur di tempat kerjanya. Jadi hari Sabtu, begerak ke sekolah dari sini saja.
Amirah dengan Daniel. Kalau sudah kata baju raya, selagi ada majlis berkaitan raya, selagi itu baju tu akan diulang pakai. Tak kisahlah 100 kali pun. Tak mahu dah baju yang lain. Alah membeli, menang memakai. Pakailah sampai Ramadhan tahun depan ye, anak-anak.

Di perkarangan sekolah - Amirah dengan bffnya.

Macam tu lah hati emak-emak ni. Macam-macam yang dirisaukan tentang anak-anak. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Kalau boleh, biarlah anak-anak senang dan mudah dalam setiap segi. Tak mahu mereka mengharungi kesusahan dalam hidup.

Cuma harapannya, kenanganlah jasa mama papa yang membesarkan kamu semua. Kami tahu suatu hari nanti kamu semua akan tinggalkan kami untuk membina hidup dan keluarga masing-masing. Tinggallah mama dan papa yang semakin hari semakin tua dimakan usia.







13 comments:

  1. Statement last tu buat semua mama-papa tersentuh tau KB. Memang satu hari mereka akan tinggalkan kita. Harapan kita doa buat kita titiplah selalu.

    Tapi betul kita ni kalau boleh tak mahu anak bersusah. Biarlah dulu mama dah rasa susah tapi tak mahu anak-anak rasa susah walau dlm apa pun hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak mana yang nak anak susah kan kakzakie.
      Betul tu, doa itu saja kita harapkan dari anak-anak ni.

      Delete
  2. aa..aahh.. walaupun perkara yang lain nampak remeh, tapi emak2 ni berganda-ganda benda difikirnya,kan. Dulu masa SB kecik2 mgmg tak paham tapi sekarang sendiri dah rasa,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi emak ni baru kita tahu perasaan emak kita pula kan SB. Dulu2 selalu merungut itu ini pada emak. hai, nasiblah kan.

      Delete
  3. Akak masa yang 4 tu sekolah rendah,seperti KB juga semua kena fikirkan...kalau jamuan kat sekolah pastikan bawa yg tak mudah pecah.Mesti cukup kan sebelum mereka pegi sekolah.Tiba masa Iman ni banyak berdikari ,ntah lah faktor usia agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman mungkin dah terbiasa dengan kakak dan abang nya kot, kak. Tu sebab dia dah boleh berdikari.

      Delete
  4. anak2 akak jumaat ni ada jamuan raya sekolah... memang kena kasi bekas pinggan dan cawan plastik...senang...jatuh pun x prangggggg...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas plastik aje yang sesuai untuk budak2 ni kak. kalau kaca nanti risau pecah pulak kan.

      Delete
  5. Salam KB!

    Jenuhnya nak datang beraya di sini. Mengahlah dah lama tak blogwalking ^_^ Mengah nak catch up cerita kawan-kawan!

    Oh, orang dah nak habis cerita raya tapi kita ni baru nak bermula padahal raya dah nak sampai ke penghujung dah ni.

    Memang macam tulah emak-emak. Tak sudah-sudah susah hati itu, ini padahal benda remeh aje. Saya baca KB bekalkan anak sudu steel dulu pun saya dah dok kata dalam kepala, 'Oh, bahaya ni sudu steel! Buat depa main-main lari-lari pegang sudu tersadungkan kaki kang, naya tercucuk tang mana!' Punyalahkan!

    Nasib baik anak kita sekolah Cina, makanya takdalah jamuan raya! Kasihan anak kita. Tapi tenang hati emaknya tak payah kecoh-kecoh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MD,

      Tu lah lama tak datang, dah semput.

      Kita emak-emak ni memang terlebih susah hati kalau berlaku apa-apa pada anak kan MD. Semuanya nak dirisaukan. padahal anak relaks-relaks aje.

      Mujur anak2 MD sekolah cina, tak payah fikir nak sambut raya bagai.

      Delete

      Delete
  6. Fuyoooo sentimental pulak mama hari ni hihi....Mmg gitulah lumrah hidup KB, kita ni akhirnya akan tinggal sorang sorang jugak huhu....Kita serahkan ajelah pada Allah. Yg penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita besarkan anak anak

    Mak mak ni mmg banyak berfikir. Sebab tulah macam macam jadinya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala nak bersentimental jugak mak.

      Tu lah lumrah hidup, dah didik elok2 ditatang bagai minyak yg penuh akhirnya akan tinggalkan kita juga. Begitu jugak dengan kita kan mak, dah ada kehidupan sendiri.

      Delete
  7. sekolah anak saya pun ada jamuan raya hari ini,adam lambat bersiap terus ditinggal bas, tak ke jamuan la hari ni, jamuan raya ditaska sajalah.

    hai kalau saya ni pun kak ulang baju raya yang sama jugalah ni haa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^