Thursday, June 30, 2016

Baju Raya Tak Sedondon Lagi

Assalamualaikum

Entri ni bukan nak tayang baju raya ye. Biarlah rahsia sampai ke hari raya nanti.

Hari-hari terakhir sebelum Ramadhan berakhir ni, mari aku nak sembang sikit pasal baju raya. Lebih menjurus kepada baju anak-anak lah ye.

Minggu awal puasa dulu, aku dengan anak-anak dah bershopping baju raya, iaitu baju melayu dan jubah untuk anak gadis. Biasalah warna tema memang takde dalam perancangan hidup nak beraya. Ada sekali dua saja, adik-beradik ni sedondon. Tahun-tahun berikutnya, belasah aje apa yang berkenan di kedai nanti. Begitulah kami setiap tahun pun.

 

Gambar ulang tayang. Aku tak ingat ini tahun bila. Mereka sedondon berwarna pink.

Sebaik sampai di satu kedai pilihan, aku memilih baju melayu Yusuf dahulu. Ditilik-tilik dan dibedek-bedek, aku ambik satu warna ini sebab nampak cantik pada pandangan mata kasar aku. Dah dipilih warna, saiz pun sepadan, maka jadilah membelinya. Bila ditanya Daniel pula, katanya mahu yang serupa adik. Kebetulan ada saiz tetapi ngam-ngam sahaja, maka aku ambillah juga daripada berputih mata nanti, mula-mula tak mahu tiba-tiba mahu pulak tetapi sudah dibeli orang. Mana nak cari yang sama kan?

Abang Amir, memang dia tak mahu sama warna dengan sesiapa pun. Lain dari yang lain lah kononnya. Entah lah sorang ni. Geli nak sama-sama warna. Tak best katanya. Budak-budak nak meningkat remajalah katakan. Aku biarkan saja dia memilih bajunya sendiri. Bukan senang nak pilih baju yang sorang ni. Amirah pulak, memang tak banyak pilihan. Kalau ada pun, senteng pula.

Jadi terpaksa juga kami ke tempat lain kerana tiada yang berkenan di hati di kedai itu. Letih betul mama mereka ketika itu, bershopping di bulan puasa dengan anak-anak. Bawak Yusuf seorang saja pun dah cukup aku pening kepala. Papa mereka menyerahkan bulat-bulat ke bahu aku kerana dia bekerja. Mujurlah menyerahkan duit sekali. Kalau tidak bengkok juga mama kiri dan kanan.

Di tempat lain, Amir dah pilih baju melayu dia. Suka sangat lah tu. Ada style katanya. Tang mana yang style entahlah. Sama saja, ada tiga poket, bercekak musang. Mungkin kainnya ada kilat-kilat sikit agaknya berbanding baju adik-adiknya yang dipilih mama, ada jalur-jalur.

Baju Amirah beli di kedai lain pulak. Bila ditanya, dia nak yang ada warna seakan-akan sama dengan Yusuf dan Daniel tadi. Dah pilih-pilih, ada lah satu jubah dress saiz extra small (xs) yang seakan sama warna tapi ada terselit warna pink. Anak dara ni memang tak boleh lari dari pink. Tudung pun dia dah ambil warna pink.  Amir kutuk Mira kaw-kaw...

Apa lah warna pink, buruk. Dah lah hitam, pakai pink mana cantik.

Memang ayat menyakitkan hati kan? Setelah didamaikan oleh mama, masing-masing diam. Kalau tidak tak habis-habis bertekak, memekakkan telinga.

Jubah tu takde pulak aku ambil gambarnya sebab dah menjadi kenangan dah semalam. Betuuuuul, jadi kenangan silam dah!

Nak dijadikan cerita, jubah tu labuhnya yang amat sangat. Jadi, aku hantar balik ke kedai tu sebab semasa beli dah ada perjanjian kalau nak potong boleh hantar ke situ. Mereka ada tailor khas yang boleh alter. Aku pun hantar lah jubah itu sehari sebelum cuti Nuzul Al-Quran bersama-sama nombor telefon kerana diminta pekerja kedai.

Dari sehari ke sehari menunggu tak telefon-telefon. Kelmarin sengaja aku terjah, rupa-rupanya dah lama siap. Jadi, apa guna tinggalkan nombor telefon kalau tidak digunakan, betul tak?. Tapi tak apa lah. Kecik punya hal.

Balik rumah, Amirah merungut kerana jubahnya menjadi senteng di bahagian depan. Terjongket sedikit banyak dari paras lantai.

Mama, buruuuuuk!!

Aku yang menengoknya pun, akui sangat buruk. Hish, memang lah aku tak puas hati. Kalau lah begitu kejadiannya, lebih baik aku hantar alter di kedai tailor aku. Dari aku anak dara sampai lah sekarang ni, tak pernah mengecewakan. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.

Semalam, aku pergi ke kedai tu semula dengan penuh penyesalan. Komplen sekeras-kerasnya [ayat jer propa tapi masih berbudi bahasa]. Aku minta ganti rugi atau tukar lain atau apa-apa cara yang boleh buat aku puas hati.

Akhirnya, dapat jubah dress baru design lain. Tapi warna memang jauh panggang dari api lah dengan adik-adiknya.

Ok lah kan daripada pakai jubah senteng di depan labuh di belakang di pagi raya. Buat gelak dek orang je nanti.

Niat Amirah nak sedondon dengan adik-adiknya tak kesampaian lah nampaknya. Lagi sekali mamanya kena lah keluar shopping untuk beli tudung lain. Tak akan lah nak pakai pink pulak.

Aduhai, begitulah nak melayan kehendak anak-anak. Mama mereka punya baju raya, papa dah belikan satu. Warna? Ikut sedap mata dia lah.

Papa punya, belum ada apa-apa pun lagi.


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca keluhan aku yang panjang berjela.




10 comments:

  1. alahai..sygnya tersilap potong.xpelah.. bertabahlah... nk buat camner kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertabah lah ni lya...dah nasib lah kan, suka last minit punya kerja.

      terima kasih datang singgah sini.

      Delete
  2. OK... tak apa KB. Yg penting semua dah ready dgn baju baru
    Next year ikut style kakak semua setel sebelum puasa - senang dah tak payah nak fikir lagi di bulan puasa. Kalau ada lebih bolehlah tambah, kalau tak diam ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah, warna tu tak penting sangat. Biasa dah tak sama tu. yang penting baju anak-anak dah siap sedia semuanya.

      sebenarnya memang dah niat nak buat persiapan raya sebelum puasa. tapi tu lah kan semuanya saya nak kena pikir. akhirnya lambat jugak siapnya. next year kena nekad ni, mcm kakzakie.

      Delete
  3. Penat jugak KB menguruskan anak-abak, nanti rindu jugak suasana begini..macam saya waktu lunch la nak ke alter ke nak buat apa pun bukan sempat pun. Selesai satu, lega :) comel yusuf, kesian kat Amirah tapi tula mungkin nak sama dengan abang biar lain dari yabg kecik kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menguruskan anak-anak tengah membesarkan memang penatlah tapi bila dah besar nanti jadi memori lah kan BP.
      yg kecik tu daniel. Yusuf belum ada lagi masa tu. hehe

      Delete
  4. Tang mana hitamnya Mira tu...
    Comey jer mak tengok....Mak ni lagilah kulit dahlah kelam, sok pakai warna pink pagi Raya harus kelabu asap kot haha..... gasaklah..

    Mmg mencabar ye KB bila soping laki tak de. Nak melayan kerenah anak anak bukannya senang. Pulak tu ada si kecik yg masih berdukong...

    Mcm manalah org tu alter boleh senteng depan. Tu bukan tukang jahit tu rasanya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semua dah settle tu kak..walaupun penat bershopping dengan anak2 tu.kalau saya belum mampu nak bershopping dengan anak2 macam tu.

    Alahai kesian Amirah tak dapat sedondon dengan adik2, hai kalau saya mau berangin juga tu, bila baju dah jadi senteng, mujur dapat ganti yang baru.

    Saya ambil kesempatan untuk memohon maaf andai ada salah dan silap, tersalah kata semasa komen2 kat blog akak ni ye, selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah stakat ni baju raya semua siap.. cuma nak beli kasut dan songkok jer... tu pun tgkla esok lusa baru nak pi cari... anak2 dah besar ni susah sikit nak pilih ikut kita... akak anak sulung 13 tahun tinggi ya amat... cari baju melayu saiz org dewasa dah... warna sedondon masih ikut kata mama lagi...hehee... anak no.2 ok jer kaler apa yg mama pilih... si anak dara pulak 4 tahun nak baju cantik kaler ikut mama juga... hahaa...si suami pun follow jer kaler akak pilih...seatle....

    Selamat hari raya Aidil Fitri..maaf zhir batin dari keluarga AdArNadzMieLyssa...

    ReplyDelete
  7. Macamana tailor boleh tersalah pontong? Tak ukur betul-betul ke? Sayang alahai, kalau tidak dapatlah Amirah pakai sedondon dengan adik-adiknya.

    Yang si abang tu of courselah dah remaja. Takkan nak sedondon sama, gelilah kononnya. Nantilah tengok bila ada girlfriend nanti, sibuk nak sedondon warna dengan girlfriend walaupun raya tak serumah! Time tu bolehlah pulangkan paku buah keras, KB ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^