WhatsApp dari Ibu Mertua |
Semalam dapat WhatsApp dari mertua pasal berita ni. Betul ke palsu ye? Aku tak dengar pun dari mana-mana sumber sebelum ni. Ramai lah ahli group komen jangan makan dah katanya. Rugilah tak boleh makan keli lagi. Semuanya ayat frust belaka.
Tapi oleh kerana keterujaan nak makan keli dah menular ke seluruh jiwa dan raga agaknya. Tak dihiraukan oleh papa. Maka, pergilah kami suami isteri ke kedai adik selepas habis waktu kerja petang semalam. Dari pejabat aku terus ke tempat kerja papa untuk pergi bersama. Tak kuasa dah nak menempah jem sekali lagi. Biar ajer dia yang memandu senang sikit aku di sebelah. Tak lah aku pening kepala seorang diri.
Keadaan jalanraya yang jem semasa turun dari pejabat papa. Bendera berwarna-warni di kiri dan kanan |
Sampai kedai terus minta keli 3kg. Buat apa lah banyak-banyak keli tu? Katanya senang, tak payah beli banyak kali.
Tak payahlah aku nak menayang keli-keli tu ye, walaupun yang belum dimasak. Bukan kerana ada yang teringin kerana kegemaran tapi risau ada yang geli geleman sampai termuntah nanti. Tak mahulah aku ambil risiko orang terbatal puasa pulak.
Papa masuk semula ke pejabat setelah selesai membeli belah. Tapi sebelum balik tu, kami singgah sekejap di pasar ramadhan, membeli ayam percik kegemarannya untuk dimakan di pejabat sekiranya tiba-tiba tak boleh keluar berbuka dengan keluarga. Berjaya juga balik 10 minit sebelum azan.
Untuk anak-anak papa belikan taufu-fah seorang satu bekas. Aku tak beli apa-apa pun. Rasa macam tak de nafsu pulak tengok makanan yang banyak-banyak tu. Entahlah, tak ada yang berselera di hati.
Untuk anak-anak papa belikan taufu-fah seorang satu bekas. Aku tak beli apa-apa pun. Rasa macam tak de nafsu pulak tengok makanan yang banyak-banyak tu. Entahlah, tak ada yang berselera di hati.
Balik rumah menguruskan ikan keli untuk digoreng. Aku sediakan sambal kicap sebagai pencicah. Itu saja yang diminta. Anak-anak dan papa berseleralah makan. Aku hanya makan bubur lambuk percuma dari masjid dengan ayam goreng. Sudah tak lalu lagi makan keli kerana jemu. Apatah lagi kalau sendiri yang masak. Lain lah kalau emak yang menggoreng. Enak pulak rasanya.
Sahur pagi ni pun, aku gorengkan keli lagi untuk anak-anak. Untuk aku telur mata kerbau dengan kangkung goreng belacan. Sudah cukup nikmat rasanya. Papa tak de bersama waktu sahur. Kerja sememangnya sentiasa sibuk. Nak pilihanraya bertambah-tambah sibuk. Bila ditelefon, katanya nak menguruskan tetamu bersahur dulu baru boleh balik. Sahur di tempat kerja lah jawapannya tu.
KK sejak minggu ni dah penuh dengan orang luar. Bersesak-sesak semua tempat. Waktu ni, siapa yang pandai cari peluang untung besar ler. Homestay, kenderaan, kedai makan laku macam pisang goreng panas. Harga di bazar ramadhan pun rasa aku dah naik. Drumstick ayam percik RM9 dua batang. Agak-agak korang murah ke mahal ye? Aku rasa mahal. Biasa pasar malam jual antara RM3 ke RM3.50 satu. Ni rate di KK lah yer. Taufu-fah, biasa satu bekas kecil RM1, semalam beli sudah RM1.50.
Ada orang beri cadangan, suruh sewakan rumah aku sebab strategik sangat dalam P.067 tu katanya. Caj RM4k. Habis tu mana pulak aku anak beranak nak merempat selama 20 hari ni kan. Hotel? Mungkin tidak.
Oh ya! pagi tadi aku dapat benda-benda ni dari calon-calon......
Tak kisah lah kan, orang memberi kita merasa. Yang pasti, aku tak mengundi di Parlimen Kuala Kangsar. Suami aku lagi lah terpelanting jauhnya.KK sejak minggu ni dah penuh dengan orang luar. Bersesak-sesak semua tempat. Waktu ni, siapa yang pandai cari peluang untung besar ler. Homestay, kenderaan, kedai makan laku macam pisang goreng panas. Harga di bazar ramadhan pun rasa aku dah naik. Drumstick ayam percik RM9 dua batang. Agak-agak korang murah ke mahal ye? Aku rasa mahal. Biasa pasar malam jual antara RM3 ke RM3.50 satu. Ni rate di KK lah yer. Taufu-fah, biasa satu bekas kecil RM1, semalam beli sudah RM1.50.
Ada orang beri cadangan, suruh sewakan rumah aku sebab strategik sangat dalam P.067 tu katanya. Caj RM4k. Habis tu mana pulak aku anak beranak nak merempat selama 20 hari ni kan. Hotel? Mungkin tidak.
Oh ya! pagi tadi aku dapat benda-benda ni dari calon-calon......
Suara Kuala Kangsar nama diberi. Sedang elok jer dalam peti surat di rumah aku, semasa nak keluar kerja pagi tadi. |
Yang ini dihantar ke pejabat oleh calon parti yang lain. |
Anak-anak peminat ikan keli ye, sama la aunty, kalau orang lain yang goreng lebih berselera, kalau diuruskan dari a to z belum tentu di sentuh. Waktu piliharaya ni ramai ambil peluang sampai diminta ambil peluang sewa rumah lagi ye belum pernah ada pegalaman begini lagi.. mohon kemaafan jika ada salah dan silap ye KB. Salam ramadan, selamat berpuasa :)
ReplyDeletesalam ramadhan dan selamat berpuasa juga BP
ReplyDeleteoh! nampaknya samalah anak2 kita ye sukakan ikan keli
emaknya ajer dah jemu..
Oh, akhirnya berjaya juga mendapatkan stok ikan keli ya! At least taklah kempunan si tukang request tu. Tapi betul tau, kalau kita sendiri masak, memang tak terliur nak makan tapi cubalah orang lain yang masak, aduhai sedapnya! Or maybe sendiri masak tak sedap kot. Hihihi!
ReplyDeleteeh! tp betul jugak lah rasanya
Deletedaniel anak saya kata, mama masak sedap tp opah masak lg sedap..
bertuah punya anak kan.
Wah sibuk bebeno KK sekarang ni ya KB....selagi belum selesai mengundi gitu lah gayanya kan.
ReplyDeleteAnak2 dgn suami akak pun suka sangat ikan keli .Part mengoreng tu yang tak menahan..meletup letup.
Betullah KB ,kalau oranglain yg masak memang sedap je pada tekak kita kan,nak2 airtangan mak..enak je.Akak nasib baik anak2 dah besar boleh lh juga rasa dia orang masak kalau dia orang ada kat rumah,tapi ank ppuan je,yg lelaki tunggu hidang je.
assalamualaikum KB
ReplyDeletekaknoor lagi lah suka keli ni
tak kira lah siapa masak pantang jumpa keli mesti nak beli
betul ke keli punca kanser segala tu?? haishhh macam2 je kan
Saya ni tak pernah mkn keli dan byk lg jenis ikan yg saya tak mkn sebenarnya hihihi.
ReplyDeleteItulah kan.rezeki org bagi kita merasalah,meriah nampak bila nak pilihanraya kan