Assalamualaikum
Pagi Ahad aku anak beranak ke pasar tempat adik aku berniaga dek kerana encik papa dah bertanya, makan keli ke kita sahur nanti? Aduhai cik abang..malas betul rasanya puan mama ni nak berjalan ke pekan mencari keli pepagi Ahad tau. (Ahad yang semalam ajer lah. Ahad yang lain rajin tak terkata).
Dek kerana isteri yang taat ni, tak sampai hati pulak keinginan suami tak ditunaikan. Agak-agak dah pukul 12 tengahari macam tu, baru keluar rumah. Anak-anak mestilah dibawa sama. Cuma abang sulung saja di rumah opahnya. Yang itu memang, kalau cuti ke sana saja dia.
Sampai di pertengahan jalan, dah mula jem. Ingatkan dah reda lah penamaan calon pukul 10 tu. Eh! jangan lupa ye, Kuala Kangsar kan nak mengadap PRK 18 Jun ni....
Menyesal pulak rasanya keluar. Semata-mata nak membeli ikan keli saja. Aku pulak tak boleh lah nak tempoh suasana begini, rasa runsing di kepala. Pulak tu banyak polis dan trafik di sana-sini. Jangan tak tahu, kak yong ni fobia dengan polis, mahu ketar lutut secara tiba-tiba dibuatnya.
Disebabkan sudah dipertengahan jalan, diteruskan ajer perjalanan ke kedai adik aku tu. Sebenarnya pasar besar lagi dekat tapi kalau disebut keli, tak akan aku beli di tempat lain kerana dikuatiri kebersihannya, makanannya dan penternaknya. Kalau adik aku sudah pasti aku tahu asal usul ikan tersebut dari kolam yang mana. Off courselah kolam adik sendiri.
Sangkut di jalanraya punya lah lama. Berjanggutlah menunggu, istilah yang selalu digunapakai oleh kami suami isteri. Segala macam plate kereta aku jumpa. Boleh kata seluruh pelusuk negeri ada. KK yang dah sedia kecik bertambah sempit jadinya.
Sesampai di kedai, ikan keli yang menjadi kegilaan anak-anak dan bapa mereka dah habis dijual. Seekor pun tak mandang dah. Hampa jadinya. Nak mencedok di kolam semata sekilo ikan memang tak akan terjadilah yerk. Sapa pulak nak mengejarkannya dah si adik sibuk berniaga.
Pulanglah kami..dengantangan kosong seekor ayam, berekor-ekor ikan lain dan tulang belulang lembu.
Balik pun bukan senang. Kena tempuh kesesakan lalu lintas juga. Sampai di satu tempat, ada lah satu kereta mamat keling yang tak ada adab. Aku di lane kanan, dia di lane kiri...bila aku mula nak berganjak ke depan, secara tiba-tiba dia mencelah masuk. Sikit lagi kereta nak tercium kereta. Aku terus brek kecemasan dengan hon sekuat hati. Apa lagi teresak-esak lah si yusuf di belakang dah terjelepok ke lantai kereta tak sempat disambut oleh kakak. Panas hati dek jem tadi belum reda ditambah pula dengan yang ini. Berpeluh-peluh aku dalam aircond dibuatnya. Serius ni, aku tak tipu!.
Perjalanan biasa ambil setengah jam jer pergi balik boleh jadi lama sangat. Tahu pukul kami sampai rumah? Sebaik melangkah masuk, azan zohor berkumandang. Punyalah dahsyat jemnya. Eh! dahsyat sangat ke kalau begitu?
Penat dalam jem tak hilang-hilang lagi ni. Maklumlah.....orang kampung mana biasa jem-jem ni, baru sikit dah teruk sangat bunyinya kan. Hilang mood nak cuci kereta tau! (alasan)
Waktu sahur pagi ni, kita makan tulang aje lah ye bang. Esok-esok aje lah kita berkeli-kelian yerk!
Maka, menghirup sup tulang lah kami bersama telur dadar untuk sahur yang pertama ni.
Disebabkan sudah dipertengahan jalan, diteruskan ajer perjalanan ke kedai adik aku tu. Sebenarnya pasar besar lagi dekat tapi kalau disebut keli, tak akan aku beli di tempat lain kerana dikuatiri kebersihannya, makanannya dan penternaknya. Kalau adik aku sudah pasti aku tahu asal usul ikan tersebut dari kolam yang mana. Off courselah kolam adik sendiri.
Sangkut di jalanraya punya lah lama. Berjanggutlah menunggu, istilah yang selalu digunapakai oleh kami suami isteri. Segala macam plate kereta aku jumpa. Boleh kata seluruh pelusuk negeri ada. KK yang dah sedia kecik bertambah sempit jadinya.
Sesampai di kedai, ikan keli yang menjadi kegilaan anak-anak dan bapa mereka dah habis dijual. Seekor pun tak mandang dah. Hampa jadinya. Nak mencedok di kolam semata sekilo ikan memang tak akan terjadilah yerk. Sapa pulak nak mengejarkannya dah si adik sibuk berniaga.
Pulanglah kami..dengan
Balik pun bukan senang. Kena tempuh kesesakan lalu lintas juga. Sampai di satu tempat, ada lah satu kereta mamat keling yang tak ada adab. Aku di lane kanan, dia di lane kiri...bila aku mula nak berganjak ke depan, secara tiba-tiba dia mencelah masuk. Sikit lagi kereta nak tercium kereta. Aku terus brek kecemasan dengan hon sekuat hati. Apa lagi teresak-esak lah si yusuf di belakang dah terjelepok ke lantai kereta tak sempat disambut oleh kakak. Panas hati dek jem tadi belum reda ditambah pula dengan yang ini. Berpeluh-peluh aku dalam aircond dibuatnya. Serius ni, aku tak tipu!.
Perjalanan biasa ambil setengah jam jer pergi balik boleh jadi lama sangat. Tahu pukul kami sampai rumah? Sebaik melangkah masuk, azan zohor berkumandang. Punyalah dahsyat jemnya. Eh! dahsyat sangat ke kalau begitu?
Penat dalam jem tak hilang-hilang lagi ni. Maklumlah.....orang kampung mana biasa jem-jem ni, baru sikit dah teruk sangat bunyinya kan. Hilang mood nak cuci kereta tau! (alasan)
Waktu sahur pagi ni, kita makan tulang aje lah ye bang. Esok-esok aje lah kita berkeli-kelian yerk!
Maka, menghirup sup tulang lah kami bersama telur dadar untuk sahur yang pertama ni.
Selamat berpuasa KB.
ReplyDeleteMesti ada cerita disebalik fobia dengan polis ni KB.
Hari Ahad tu bukan saja tpt KB yg nk mengundi tu je yg jem,kat tpt akak ni pun sama je,dia orang sibuk nk buat persiapan puasa tu yang banyak beno kereta kat jalan.
Bagusnya anak2 dan suami KB nak mkn keli masa sahur...kalau rumah akak ni lauk ringkas2 je itupun payah nk abis.
Selamat berpuasa kak
DeleteTu lah asal nampak polis jer mesti terkejut beruk, pastu cpt2 fikir ada buat salah apa2 tak
betul lah kak, bukan setakat org parti jer masa tu, org keluar mencari brg nak puasa, lg satu pendaftaran pelajar kolej universiti pun hari tu jugak...
Anak2 saya masak apa pun makan kak, senang.
Bila dah pergi sama masa busy dek penamaan calon memang berjanggutlah KB. Org TV3 pun katanya pihak polis dah inform kena tiba sebelum 6 pagi. Kalau keluar selepas waktu itu memang jemlah.
ReplyDeleteTapi oklah dapat juga lauk-pauk utk dimasak.
Saya tak sangka sampai ke tengahari sesaknya kak..
Deleteingatkan dah reda.
ye lah kak, sup tulang pun kegemaran mereka juga.
wah..tgk entry ni terus terpikir nak masak apa menu berbuka ni
ReplyDeletemesti keli kan? betul lah tuuu
DeleteOh, ya tengah sibuk nak berpilihanraya KK tak lama lagi ya! Larat ke nak pergi mengundi? Hehehe...
ReplyDeleteOh, saya tak makan keli! Tak berapa reti sangat makan ikan macam ni tapi sebab saya ni ikan pun adakalanya tak kenal, adalah juga terbantai dua tiga kali ikan yang saya tak makan!
Bulan puasa ni saya masak simple-simple aje. Nasib baiklah suami pun main redha aje apa isterinya masak ^_^
saya bukan pemilih di P.067 jadi tak mengundi lah
Deletesuami dengan anak2 pun tak byk kerenah bab makan tp bila dah ada request yg susah2 tu yg payah sikit.