Thursday, June 9, 2016

Dua Dalam Satu Agaknya Ni

Assalamualaikum

Puasa ke hari ini? Sahur apa? Kami anak beranak makan nasi goreng tambah sosej potong serong bersama telur hancur berlaukkan ayam goreng. Gara-gara semalam punya hal lah ni. Pagi semalam si kakak Mira hantar whatsapp ke aku. Begini dailog kami anak beranak ye..... [tak de lah nak printscreen iye sebab malas nak install app]

Mama, kita ngan Nyel bukak puasa tau. Please..Jangan bagitau papa. Bolehla mama. Bolehlah. Nyel yang nk. Achik ada goreng nasi goreng sosej. Bolehla. mama...mama...kita ngan Nyel mkn tau. [#achik=adik aku]

Mamanya pun apa lagi terus membalas kiriman mesejnya dengan larangan keras berserta sebab musabab. Siap berbaur ugutan lagi....

Kamu dh cukup umur mana boleh bukak puasa sesuka hati xde sbb. Kalau sakit takpe la. Kalau tgl wajib ganti, bukan macam dulu lagi. Jgn buka. Nti mama bagitau papa

Ala

Jgn nak ala sgt

Lima jam kemudian..........

Mira kamu puasa ke tak

Puasela

Ok good girl

*gambar senyum 2 ketul*


Semasa mengambil mereka di rumah opah, aku bertanya pada Daniel, puasa tak. Katanya, puasa lah...dah mama tak kasi bukak. Dalam hati aku....oh! dalam pada aku selalu terjerit-jerit pada mereka sebab buat derk cakap aku, kali ni mendengar kata juga rupanya.

Jadi, itu lah menu kami sahur pagi tadi. Aku kesian juga sebenarnya pada mereka. Nanti terkulat-kulat muka kempunan nasi goreng sosej tu sampai puasa esoknya. Kesian kan? Berbuka semalam, hanya kari ikan sahaja. Aku makan dengan bubur lambuk percuma. Anak-anak dengan nasik.

Sebenarnya, bukan itu yang nak diceritakan. tapi sudah jadi panjang lebar pulak kisahnya.

Aku baru jer balik dari satu program ni. Semalam dapat arahan dari boss untuk pergi. Pernah dengar symp tak? Kalau orang gomen memang arif sangat. -Saya Yang Menurut Perintah. Oleh kerana dah symp, aku turutkan saja. Program mula pukul lapan pagi. Jadinya sebelum subuh lapan aku dah terpacak kat tempat program. Baru ada 3,4 kerat orang jer. Mana pergi yang lain, entahlah biarkan mereka dengan labu-labunya urusan mereka.

Bermula dengan pendaftaran, aku masuk ke dewan. Aku dapat beg berisi buku nota, pen dan barang lah ye.

Atas: Goodies bag berisi sekotak tamar | Bawah: Dewan masih lengang takde orang
Sembilan baru bermula program bila umat manusia dah penuh dewan. Slot-slot ok jugak lah. Berdesup-desup masuk dalam kepala otak aku ni. Macam machinegun melepaskan peluru. Terpahat terus di dalam dada gayanya.

Biasa kalau kursus ke taklimat ke, alahai mata macam digam-gam ajer. Kali ni, segar bugar pulak mata. Bangun dah lah 4:30 pagi tadi sampai ke la ni tak tidur-tidur lagi....boleh pulak ye celik. Sebab puasa kot. Kalau tak puasa tu, asyik kata, kita makan duluuuu....baru mula. Bila dah mula, ternguap-nguap sebab dah pekena nasik lemak dengan kuih 2 ketul campur teh tarik.

Pukul dua belas macam tu program pun tamat. Tapi belum berakhir rupanya. Sorang demi sorang masuk dewan. Press berpusu-pusu. Sapa yang masuk? Timbalan Menteri dot dot dot, pegawai khas dot dot dot, orang politik dan seangkatannya lah. Ada lah sedikit ucapan dari kalangan mereka ni. Sampai yang terakhir sekali Timb. Menteri tadi sebagai merasmikan majlis penutup.

Tempat aku kan nak PRK. Jadi siapa yang faham kehadiran mereka ni, fahamla ye. Tak payahlah aku ulas lebih lanjut. 

Aku pada mulanya dah pegang kunci kereta nak cabut lari. Tapi kena tahan lah pulak. Hish..silap haribulan lah datang sini, kata hati. Tapi layan kan ajer. Dah kata symp tadi kan? Takpe, niatkan dalam hati dalam-dalam, nak cari ilmu jer datang sini. Daripada tak tahu jadi tahu. Kan ke pepatah dah kata, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat.

Pihak media

Shawl dengan pin tudung - yang ini pun diberi semasa dalam dewan.

Yang selingan-selingan tu, kita abaikan jer lah. 



7 comments:

  1. Apa ye mesej yang di sampaikan tu ye teringin jugak nak tahu mesti bermanfaatkan.. dapat ilmu dan hadiah untung tu... anak-anak comel ikut cakap, geng mama ni.. bagus tegas bila mereka dengar syukur.. tentang yusuf taiyob tu lawak whatsap ada kawan cina tanya kenapa bulan puasa ada iklan u so tired, kena makan kurma, jadi kawan melayu jawab bukan u so tired tapi yusuf taiyob, bila fadya cakap im so tired tu mama dia la teringat lawak tu hehe..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tertunai selera budak2 tu nak makan nasi goreng sosej kan KB...
    Biasa lah budak2 ni kalau nak buka puasa pasti nak minta kebenaran mak juga...mcm tu lah anak2 akak masa kecik2 dulu.
    Best juga pergi ke program tu KB,macam2 buahtangan dapat...rezeki tu.

    ReplyDelete
  3. Begitulah dlm mendidik anak kena bagaikan main layang-layang ada kala lepas ada kala kena tarik. Tapi sebagai ibu kita pun kena peka kehendak anak. Walaupun setakat nasi goreng tapi tapi jgn pandang remeh. Kesal kemudian tak berguna. Alhamdulillah...

    Begitu juga sebagai pekerja seperti juga hamba Allah.. Kena seiringkan dunia dan akhirat selagi ianya tak melanggar etika kita kenalah ikut. Dpt kurma, set stationery, shawl lagi kan be best hihi... Itu baru ganjaran dunia. Akhirat kita tak nampak lagi..:)

    ReplyDelete
  4. Duit tak dapat?

    Siapa suruh tak pergi mengundi ^_^

    Ikut kata jugalah anak-anak ya.Dah mama kata jangan berbuka, takdalah nak berbuka. Takut juga rupanya. Mamanya ni macam singa ke? Kecik aje. Emak saya kecik macam nilah, saya tak takut pun! Tapi kalau emak marah, dia pulas kat nipple tu sakit oi! Hahaha!

    Tercapailah hasrat anak-anak nak makan nasi goreng dan sosej dan ayam goreng. Lain kali boleh ugutlah mama ni nak buka puasa lagi lepas tu mesti dia buatkan menu yang sama untuk berbuka/sahur ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bagi duit nanti nampak sangat le pulak

      Tu lah, takde nama kat daftar pemilih tu..dah tak mengundi le teman

      Emaknya, ayat jer nampak garang tapi kalau ckp lemah lembut...papanya tu iye singa.

      Kali ke-dua, dah tau lah taktik anak....kita biarkan ajer mereka berbuka hahaha.

      Delete
  5. Takut juga ye anak2 akak tu hihi

    Takpe yg penting ilmu yg kita dapat bab politik tu saya pun tak berani komen

    ReplyDelete
  6. Untungnya.....gi kursus dapat mcm mcm....dah lepas utk shawl Raya tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^