Friday, June 3, 2016

Tights Yang Lembab Dibawa Pergi

Assalamualaikum

Entri ini sambungan dari entri Mandi Kolam tu. Sebenarnya...lepas kami mandi-mandi tu, malamnya masih menginap di hotel. Hari Ahad baru berangkat balik ke rumah yang jauhnya sepelaung sahaja. Sebelum balik, papa yang bekerja tak cuti-cuti itu memesan kepada Amir supaya tights dia dibasuh dan dijemur kerana sebelah petangnya ada game bola. Anak dengan penuh ketaatan, menjawab ok. Mamanya pun mendengar pesanan papa itu. Jadi tak boleh salahkan anak seorang kalau pesanan tak diendahkan.

Masuk saja rumah, sempat aku salin pakaian tapi belum sempat duduk dari bercuti yang memenatkan badan, hon berbunyi di pintu pagar. Rupa-rupanya adik aku datang bertandang. Bukan setakat adik sahaja tapi laki dan anak-anak pun dihangkut sekali. Kami sarapan sekali sebab masing-masing pun belum saparan. Adik aku ada bawak piza buatan sendiri, jadi aku buatkan sedikit kekudap untuk mengunyap. Nak mengharapkan piza tu saja...nampaknya tak cukup. Dah macam ikan pirhana mengerjakan mangsa aku tengok. Sekelip mata pizza hilang dari pandangan. Ok kita tinggalkan kisah pizza.

Jadi berjemaahlah kami adik-beradik dan anak beranak berlabun gelak ketawa tak ingat dunia. Tahu berlabun? Berbual..kalau cakap KL. Suami adik mengerjakan paip air yang pecah di rumah aku. Itu tujuan dia datang pun. Tapi tak sangkalah aku secepat itu datangnya. Ingatkan petang-petang sikit. Takpelah mereka sudah datang dan paip air aku pun sudah tak meleleh-leleh lagi. Kerjanya sampai bawak ke tengahari terus ke asar.

Maka, aku pun berusahalah masak pulak untuk tengaharinya. Makan minum dan solat pun di rumah aku. Segala kerja-kerja lain aku tolak tepi dulu sebab nak fokus yang satu ini. Punya hebat benar melayan tetamu konon-kononnya.

Sampailah petang dah selesai waktu asar, papa pulang ke rumah. Perkara pertama yang ditanya......

Amir, seluar tights papa mana?

Masa itu barulah aku teringatkan pesanan penaja yang paling penting pagi tu..Alamak! semua baju bajan kotor belum dicuci. Dah tentu tights pun belum dicuci. Itulah, papa harapkan anak, anak harapkan mama. Manalah aku nak ingat semua benda. Dah semakin menua, kadang-kadang jadi pelupa.

Sebenarnya, masa pergi mandi-manda sakan di kolam tu, Amir pinjam tights papanya sebab kepunyaan amir dah koyak rabak. Lagipun aktiviti pinjam-meminjam dan rembat merembat itu sudah biasa dilakukan oleh mereka berdua.

Papa ada dua helai tights. Yang lagi satu, dipinjam Mira. Kantoi! Mira punya ada tapi pendek. Tak bolehlah nak menayang kaki dikhalayak ramai. Tak tahu macam mana Mira pakai boleh muat. Ada longgar-longgar sikit. Kira ok..balun saja. Kami jarang mandi kolam, jadi mama mereka malas nak ke pekan membeli, tercari-cari, terkejar-kejar nanti masa jadi lagi panjang.

Dipendekkan cerita, papa sudah naik angin kerana tightsnya basah. Papa kalau marah, muka memang tak boleh buat kawan. Semua jadi diam menikus. Sebab tahu salah siapa.

Keringkan sekarang, papa dah pesan tadi kan.

Amir pun mencuka kena marah. Ke hulu ke hilir keluar masuk rumah. Dianginkan dekat kipas tak berjaya. Jemur di luar pun sudah tak ada panas, rintik-rintik hujan ada lah. Dia letak atas kereta aku yang hitam legam tu kot-kot mahu menyerap haba. Tak berkesan juga.

Akhirnya, tights yang lembap itu dibawa pergi jua.

Tak tahu lah aku, macam mana papa buat. Malas dah nak tanya.

Mana lah tahu, kot-kot yang basah lembap itu pun dipakai juga. Terbayang papa berlari mengejar bola memakai tights lembap di padang. Nanti aku geli hati, ada orang yang sakit hati pulak.

Lebih baik diamkan aje.

Eh! lupa...pasal adik aku. Mereka diam aje menonton drama kami anak-beranak.

Sekian, habis sudah kisah mandi kolam yang dah melalut-lalut.

Selamat berhujung minggu semua dan selamat menjalani ibadah puasa.


10 comments:

  1. Itulah padahnya kalau nak suruh kita ingat semuakan. Nasiblah kalau kita terlupa, kita pun manusia biasa juga. Hahaha!

    Habis tu ada tak agaknya sambungan kisah tights lembap ni. Nak jugalah tahu endingnya macamana.

    Amboi! Bukan main menyibuk lagi dia...

    Apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan ya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai situ je pengakhiran cerita. Saya tak tanya dah risau nanti diingatkan semula kena pokpekpokpek lagi...

      Delete
  2. Yalah KB kalau dah sibuk manalah nak ingat apatah lagi ada tetamu.Apa cite suami KB tu dipakai juga ke tights lembab tu?.
    Hihii...lawak juga KB ni ,ada ke jadi ikan pirahna ,seronok sebenarnya budak2 makan ramai2.
    Ok KB selamat menyambut Ramadhan ya...Semoga kita diberikan kesihatan yang baik menunaikan ibadah Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak saya tak tanya pun, bila balik dr main bola tgk mood...kira ok lah tu
      Bapak saya selalu ckp ikan pirahna kat cucunya..sbb kalau bab mkn selalu cepat benar licinnya

      Delete
  3. Itulah asam-garam keluarga KB. Apa lagi anak lelaki manalah buat kerja-kerja mencuci semua tu. Lagi pun mama dah lupa utk ingatkan. Itulah jadinya. Cuma yg kakak suka cara KB dan anak-anak bila papa marah semua menikus. Tak jawab tak apa diam - samalah macam kakak dgn anak-anak kakak ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pesan anak laki ke prmpn selalu sama je. Mama je yg selalu jd mangsa. Biasa kalau husband marah saya diam aje, tak kuasa nk layan. Lama2 sejuk sndiri

      Delete
  4. Mak dah dapat bayangkan papa melayan bengang tu macamana tau KB...Dengan riuh rendah lagi kat rumah tu hihi.... Seram mak kalau jadi tetamu tu.

    Itulah yg malas tu kalau bercuti kan, banyak benda nak kena settle huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jgn lah seram sgt mak
      dia marah dalam bilik jer..hikhik

      mmg pun kalau bercuti tu penat kan mak

      Delete
  5. huhuh gitulah riuhnya, kita ni manusia juga, memang banyak lupa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^