Pernah dengar tak statement ni?
Setiap manusia sudah ditentukan rezekinya
Percaya rezeki itu Allah yang beri
Jangan takut punya anak ramai
Kerana akan ada rezekinya nanti
Biasa dengar kan?
Yusuf - 7 hari |
Bagi aku walaupun pepatah kata 'setiap anak itu adalah rezeki' dah biasa dengar tapi berbeza kalau dilalui sendiri tanpa dirancang. Mesti akan ada perasaan eeeee apa ni? Bukannya apa, sebab aku tak merancang untuk mengandung lagi. Cukup lah tiga
Hari demi hari aku lalui macam biasa. Terima anak yang dikandung dengan hati terbuka dan penuh kasih sayang. Takkan nak buang pulak. Kalau nak menambah dosa yang dah sedia ada bolehlah kot nak membuang janin. Itu tak mungkin berlaku. Aku lalui seperti aku mengandungkan anak-anak yang lain. Tapi kali ini dugaan yang aku lalui sangat hebat. Bermacam-macam ujian terpaksa aku tempoh. Kalau tak kuat mahu kemurungan dan meroyan aku sebelum beranak. Ini ujian hidup tau bukan ujian ambik periksa tu. Diselang-seli dengan morning sicknessnya lagi. Teruk jugaklah masa tu.
Sampai lah part minggu-minggu akhir aku nak lahirkan Yusuf. Bulan Mac 2015. 38 minggu kalau tak salah aku. Dengan tak sangka-sangka dan tak terlintas di fikiran nama aku naik sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014. Rasa nak melompat seronok sangat tapi tak buatlah perut boyot kan. Semasa di pejabat lama [sebelum pejabat tempat aku kerja sekarang ni], dah banyak kali nama aku disenarai pendek sebagai penerima APC tapi yang dipilih orang lain. Aku redho jer lah, itu bukan rezeki aku. Di pejabat sekarang ni, aku dah tak pernah mengharap apa-apa, sebab sebagai staff baru, apa sangatlah sumbangan yang diberi. Lagi pun banyak mengulat jer rasanya. Tup-tup nama naik. Tapi semasa penganuregahan sijil APC bersama SSP seribu hinggit tu aku tak pergi. Jauh, kat Putrajaya/KL, lupa dah aku. Risau beranak dalam perjalanan. Nak ajak papa ikut sekali, sedia maklum ye....kerja. So ok, tak payah pergi. Tak de le gambo kenangan dengan menteri teman.
Terbaru ni, kak yong ke HQ kan kome? Selasa lepas yang kak yong ngabo nak kipoh tu?. Ingat dak? Ini le tujuannya. Kak Yong naik pangkaaattt. Nak tandatangan surat tawaran. terima atau tidak. Off course lah kak yong tanda terima. Naik pangkat sapa yang nak menolak. Masa dapat tahu hal ni, rasa nak melompat terjerit-jerit kak yong tapi tak buatlah...dah tua.
Bukan itu saja, sebenarnya papa juga dah transfer ke KK sebab naik pangkat. Tak de sapa-sapa sangka, hari-hari merengek kat bos nak balik kerja di KK tak pernah dilayan. Tiba-tiba, petik jari..24 hours tukar ke KK dengan post lebih tinggi. Aku pun terkejut-terkejut, dia telefon dah ada di KK hari tersebut tu.
Hmm...itu lah rezeki anak-anak. Dalam kita tak sedar Allah bagi rezeki. Dalam kita meminta-minta, Dia tak beri tapi diberi pada waktu kita perlu. Aku anggap ini rezeki anak-anak. Mereka nak hidup lama lagi. Aku ni dah tua, apa sangatlah dengan pangkat dan
Memang nampaklah setiap anak lahir, ekonomi rumahtangga kami meningkat sikit-sikit. Daripada tak ada kereta masa kawin, anak satu dah pakai kereta, tambah anak bertambah rezeki, tambah aset. Begitulah seterusnya. Sesekali tersempit tak cukup duit tu adatlah. Kadang-kadang atas, kadang-kadang bawah.
Dulu risau benar tak cukup belanja anak-anak nak sekolah. Bila lahir Yusuf rasa aku cukup ajer belanja. Malah lebih pulak aku rasa. Di rumah kami tu, dulu ada benda yang tak pernah ada pun...tetiba ada Yusuf wujud pulak dia, kan. Macam tu lah perumpamaannya.
Jadi kepada mak-mak yang tetiba termengandung jangan lah risau...teruskan aje. Eh! boleh ke nasihat begitu? Aku bukan ustajah...tak pandai lah nak bagi nasihat yang bernas. hehe.
Nah, belanja gambar anak-anak masa mereka tengah kecik-kecik dulu. Masa ni aku kerja, travel KK-Ipoh-KK hari-hari. Pergi sesudah subuh, balik menjelang maghrib. Anak-anak transit rumah emak.
Yusuf mana? tentu-tentulah belum ada. Benihnya pun belum di tanam lagi. |
Betul KB anak2 tu rezeki.Melalui pengalaman akak sendiri 5 thn takde ank lepas kawen,hidup susah sngt wlpun ber2 bekerja tapi tahun ke 6 akak mengandung anak sulung suami dapat kerja lebih baik..alhamdulillah kehidupan lebih baik dari yg sebelum nya.
ReplyDeleteAkak pun lahir kan Iman dh 40 ,memang mulanya spt tak boleh terima hakikat tapi bila lahir nya dia ,anak ini banyak beri hidayah pada kehidupan kami...syukur sangat dgn anugerah nya.
Betulkan kak, sapa yg dah mengalaminya mesti tahu sgt2 ttg perkara ni kan?
DeleteSetiap anak ade rezeki masing2.. jadi, jagalah anak dengan penuh kasih sayang
ReplyDeleteMak mana yg tak sayang anak AR oii!
DeleteKakak percaya akan kebenarannya. Bayangkan bapak kakak yg hanya bekerja kampung dgn anak 8 mampu kenapa kita yg bergaji berganda-ganda tak mampu? Sebabnya setiap anak memang ada rezekinya. Alhamdulillah... kehadiran Yusuf memberi lebih banyak rezeki keluarga kan..
ReplyDeleteSama dgn bapak saya kerja kmpg tp berjaya sekolahkan 9 anak tanpa gagal. Yg ke IPT pun ada
DeleteMmg dpt rasa Yusuf byk bawa rezeki dlm keluarga kami
susah macam mana pun kita,bila tang anak tu
ReplyDeleteada jer rezeki depa kan
Susah2 mak bapak mesti ada jln rezeki utk anak
DeleteInsyaAllah! Setiap anak tu membawa rezeki. Kita selalu risau berlebihan, takut tak mampu nak tanggung keluarga dan perbelanjaan yang datang dengan bertambahnya anak, tapi InsyaAllah, takda apa-apa. Ada aje rezeki datang, mungkin kita pun adakalanya tak sedar rezeki tu datang bersama dengan kehadiran anak.
ReplyDeleteTu lah..risau tak tentu arah jdnya padahal rezeki mereka sudah ada dijanjikan.
Deletebetul tu setiap anak pasti ada rezekinya, seronok sebenarnya ada baby ni kan, saya pun kalau ada rezeki nak tambah juga lagi hehehe
ReplyDeleteTgh2 muda ni bolehlah rancang menambah, Ilah..bila lg
DeleteTu la bila Allah buat surprise kejutan tak tersangka-sangka..kadang tu risau kosong saja berakhir dengan kegembiraan inshaAllah Alhamdulillah.. kehadiran baby lagi berseri kan, bau baby tu rindu :)
ReplyDeleteBiasanya begitu lah rancangan Allah paling tepat
Deletesaya percaya juga kebenarannya. dari Allah sumber rezeki
ReplyDeleteTahniah le ye, laki bini naik pangkat. Mmg raya sakanlah tahun ni gamoknya..
ReplyDeleteGitulah atenya KB, setiap anak ada rezeki memasing. Allah dah tetapkan. Naik pangkat tu kira rezeki anaklah namanya tu kan. Apa lagi? Beranaklah lagi! .. Kotnya naik pangkat lagi ke hihi..
yg dirancang dgn tak dirancang tak sama situasinya mak
Deleteskrg ni saya merancang utk tutup kilang ajer.
dah tua lah katakan..