Thursday, June 23, 2016

Yusuf Check Up 15 Bulan

Assalamualaikum

Pagi tadi anak aku si kecik tu menjerit-jerit kena mandi awal pagi. Hari ni dia ada temujanji di klinik kesihatan.

Dah satu tahun tiga bulan dah dia. Kejap je masa berlalu. Rasa baru je tiga bulan habis pantang.......rupa-rupanya dah setahun lebih. Nampak sangatlah kan umur mama dia ni pun dah meningkat satu anak tangga.


Muka muram durjana. Apa tidaknya, bila orang bersahur, dia pun sibuk bangun sahur sama. Abang kakak belum bangun, dia sudah di dapur meneman mamanya. Dari bilik menjerit sampai ke dapur selagi tak nampak muka mama.

Sudahnya, dalam kereta dia ternguap-nguap mengantuk. Tambah-tambah kena aircond lagi lah melayu aje matanya. Kawan nak menjerit pun dah ke sekolah.

Sebaik sampai, mama kata....

Hep hep adik, jangan tido. Jom kita turun.

Bila diangkat keluar, cergas semula dia. Aku perhatikan jer dia dalam klinik. Mula-mula aje diamnya. Tengok tv. lepas tu, macam-macam.




Ini sengaja aku tak pakaikan dia selipar. Nanti lagi panjang langkahnya. Lagi pun, nanti bila nak diukur tinggi dan berat, nurse suruh bukak juga. Lebih senang tak payah pakai lah, ye adik.

Ha ha...itu ayat-ayat alasan mama jer sebenarnya. Selipar si yusuf ni dah tertinggal di rumah opah. Kalau ada seliparnya, aku pakaikan juga. Tidak lah berkaki ayam begitu. hehe..Tapi budak kecik berkaki ayam pun tetap comel dipandang mata kan. 


Tengok, udah menghadap ke belakang. Mengorat awek. Ada baby girl kat belakang dia, baru masuk. Mula lah, berbunyi. cit cit cit...menegur. Yusuf ni, kalau dengan orang dewasa memang jual mahal tak boleh ditawar-tawar lagi. Tapi kalau dengan budak sebaya-sebaya dia atau baby, cukup gemo. Mahu dipicit-picitnya pipi budak tu. Janganlah sesekali dibiarkan lepas dengan anak orang lain. Risau dibulinya nanti.

Anak adik aku, dipicit-picitnya pipi, sampai menangis takut, ibuuuuuuu!!.

Masa diperiksa berat, ok lagi duduk diam atas penimbang. Kejap lagi, ukur tinggi pulak. Bila nurse pegang tali tape nak kira lilit kepala, mula meronta-ronta. Marah dia letak-letak tali di kepala, di badan. Mestilah dia hairan....apahal nurse ni, pegang-pegang aku? [agaknya lah]

Kemudian, duduk di kerusi. Nurse tanya, Yusuf ni dah pandai apa?

Oh! banyak dah pandainya. Melambai tangan cakap baiiii. Tetiba, dia pun mem'bye-bye' nurse tu.
Dah banyak faham cakap orang.
Dah boleh ikut arahan.
Berlari. Menendang bola.
Menari. Tepuk tangan.
Mengajuk cakap orang pun dah terror

Panjang lebar mamanya memberitahu nurse.

Bab mengajuk cakap orang ni, satu petang aku dengan emak sedang berbual-bual. Sambil itu aku menyusukan dia.
Emak cakap, "tadi ada orang datang rumah, bunyikan hon kereta, pin!......."
Yusuf pun berhenti menyusu, kemudian dia pun pin! mengajuk cakap emak. Gelak lah kami berdua anak beranak. Dia pun sebok nak gelak jugak.

Baru-baru ni, kakak abang nya mengajar. Adik, adik,...kalau lupa buat macam ni.
Mereka pun buatlah, sambil tepuk dahi cakap, Allah!
Si Adik ni pun meniru lah apa yang diajar...
Abang kakak gelak lah tengok keletah si yusuf ni
Nanti diulang-ulang tanya....kalau lupa macam mana?
Yusuf pun asyik, menepuk dahi  Allah!... Allah!.... Allah!

Masa ni aku cukup risau, memang dah siap-siap pesan jangan ajar adik benda yang tak elok. Otak dia sedang berkembang macam span menyerap air.

Perkembangan Yusuf hari ni. Tak sado sangat badannya tapi sihat.
Nurse kata,
Yusuf ni pendek, tak tinggi.
Ayah dia tinggi tak?
Tinggi

Tahu lah tu ikut sapa kan. Mama dia lah yang pendek comel.



14 comments:

  1. dekat sama anak2 kita, anak yg bongsu saya 14 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh memang sebaya lah pun. Yusuf ni anak bongsu jugak.

      Delete
  2. Mesti dah mula ligat kan.. comel

    ReplyDelete
  3. Sebaya dengan anak saya..
    Mmg usia-usia macam ini, sel-sel otak tengah tengah bergabung.. Hihi
    Follow you sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sel-sel otak tengah berhubung tu. macam-macam keletah. Macam2 benda dibelajarnya.

      Tq follow akak. nanti akak terjah rumah wani ye.

      Delete
  4. seronoklah abang kakak dok mengajar adik kan, comey sangat tu ha tepuk dahi sebut Allah.

    bongsu ke kak, takmo tambah lagi?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bongsu lah ni. jgn disebut2 tambah lagi. nanti tertambah pulak.

      Delete
  5. Alah setakat tambah umur setahun apalah sangat.... Umur pun masih muda remaja lagi kannnn hihi....
    Budak budak mmg cepat membesarnya, rasa sekejap je kan....mcm mak nilah, tetiba aje anak dah 20 tahun! Tak ke hairan tu....hish...Umur pun dah imsak weyh....
    Lama dah tak gi hanto hanto baby ke klinik KB...lupa dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, emaknya rasa muda belia lagi. Tak sedar anak2 dah besar panjang rupanya. Cepat betul masa berlalu...
      Saya pun dah lama tinggalkan alam bawak anak ke klinik tetiba kena ulang sekali lagi. Nasib badanlah kan....

      Delete
  6. Comel mengajuk pula ye Yusuf pin.. untung Yusuf boleh belajar dari abang kakak. dan di asuh oleh maktok pula tu.

    ReplyDelete
  7. Bukan pendek, cuma tak tinggi aje. Ikut mamanya comel apa ada masalah. Kalau tinggi sangat kang susah juga! Ayat buat penyedap hatilah.

    Hai, teringat pulak kat anak-anak saya masa kena timbang bagai ni. Dah lama kejadian berlaku. Dah besar pun mereka. Dah tua pun saya ni. Huhuhu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^