Assalamualaikum.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah ke sini.
Mula-mula sekali, aku nak respon pada komen kak Saniah Ibrahim dalam entri semalam.
Tips Elak Ikan Keli Meletup Ketika Digoreng :
Semasa nak goreng cuba campurkan sesudu atau dua sudu makan majerin/mentega dalam minyak menggoreng. Ikan tak akan mengganas letupannya. Kalau ada pun letop-letop manja gitu. Takde lah sampai kita terperanjat opocot di dapur, kan?
Moga bermanfaat kepada kak SI dan penggemar ikan keli tegar se-Malaysia. Selamat mencuba.
Dah 3 Ramadhan kita. Makan apa sahur tadi? Saya sediakan telur goreng, ikan bilis goreng campur bawang dan cili api. Itu pun sudah sedap, khusyuk dan tawaduk sampai ke suapan terakhir kami anak beranak.
Berbuka semalam agak meriah jugak. Dua adik balik ke rumah emak. Jadi semasa mengambil Yusuf aku pun tumpang sekaki meng'join'kan diri. Adik berbuah tangan, aku bertangan kosong. Udah benda tak dirancang, begitulah jadinya. Tapi aku hulurlah jugak tamar yang aku dapat semalam. Letak di rumah pun tak sapa sentuh kecuali aku. Anak-anak dipaksa makan pun tak mahu. Tapi semalam aku suapkan ke Yusuf, dia boleh terima. Mungkin sebab sama nama kot...... Yusuf Taiyoob hahaha
Dah menyimpang jauh dari tajuk nampaknya ni Marilah kita ke tajuk sebenar ye kawan-kawan.
Petang Ahad lebih kurang 6:30 macam tu aku bawak anak-anak berjalan makan angin kononnya. Jangan tak tahu si Yusuf kalau seharian dia di rumah merengek ajer kerjanya. Tak boleh lah mamanya nak buat apa pun. Suruh berdukung sentiasa, tangan tunjuk ke luar, ajak berjalan. Sabtu memang tak ke mana-mana. Ahad pagi dah keluar pekan dalam jem, lepas tu duduk rumah sampai ke petang. Bosan le dia....kalau di rumah opahnya, dia boleh merayap-rayap di laman rumah.
Kami di sini aje. Takde orang, senang nak kawal. Dari rumah tak tempoh jalan pekan pun. Kalau di taman permainan nanti, faham-faham aje lah. Main aci kejar tak berhenti-henti aku dengan Yusuf.
Berjalan-jalan tengok kereta kebal. Bila bergambar susah yang amat sangat nak bagi kerjasama. Jenuhlah mama ni panggil-panggil, suruh pandang depan.
Bila diminta diam berdiri, bukannya dia mahu. Lagi ligat dia berjalan dan berlari. Tapi itu pun tujuan aku bawak dia ke sini. Berlari lah puas-puas, Yusuf.
Tengoklah macam mana ni...tak sempat nak ambil gambar, dah ke tepi. |
Dan ini... |
Kemudian kami ke seberang jalan sana pula, turun bukit. Main-main di bawah tu pulak. Kalau di sini ramai orang berjogging di waktu pagi.
Merangkaklah kome naik bukit tu.
Duduk bawah pokok, biasalah dia tak suka dipegang. Menjerit-jerit mintak lepas.
Kakak dan adik berselfie, mengadap jalan raya dan Sungai Perak. Sekarang Kak Mira sudah ada telefon diberi papa. 24 jam tak lekang-lekang dari tangan. Rimas aku tengok.
Cari...di mana |
Aktiviti yang paling Yusuf suka buat sekarang ni. Naik turun tangga. Di rumah opah, kalau senyaaaap jer, carilah dia. Sedar-sedar dah separuh tangga dipanjatnya. Kusss semangat....nak luruh jantung!
Mana pergi kasut dah hilang sebelah. |
Hari dah mula gelap. |
Tempat ni sekarang dah penuh dengan bendera yang berkibar-kibar.
happy anak2. ikan keli saya suka bakar, sedap juicy gitu.
ReplyDeleteCantiklah tempatnya KB. OK juga bawa anak-anak ke sini
ReplyDeleteKakak sebenarnya tak pernah menjelajah negeri Perak tau
Kuala Kangsar bandar di raja ni pun tak pernah singgah...
Terima kasih KB,terimakasih sangat2 sebab lepas ni tak terseksa lagi nak goreng keli.Kalau tidak berperisai akak waktu menggoreng ikan ni :-).
ReplyDeleteWah suka betul yusuf dapat bebas kat taman ya.Budak besar yusuf ni memang kena berjaga2 kalau rumah ada tangga .Suka tengok keletah Yusof...teringat akak masa anak2 kecik2 dulu.
Bila agaknya saya last pergi KK ni ya...
ReplyDeleteKalau tak silap masa adik lelaki habis belajar kat MCKK!Lama berzaman dah sebenarnya. Berdekad-dekad dah! Perak ni memang saya tak habis tour. Maklumlah orang Italikan ^_^
Baguslah tak ramai orang. Senang sikit nak kawal anak lagi-lagi yang comel dan ringan macam Yusuf ni. Memang mencecet kita lari mengejar!
Ohhh macam tu tips ye kalau tak keli tu meletop-letop..
ReplyDeleteMenyebabkan kta dok opocot 24 jam PK hahhaha..
Nanti akak nak cuba lah :)
Seronok anak2 dapat main petang hari ini :)
boleh guna petua KB nnti bila menggoreng keli
ReplyDeletekaknoor pun tk pernah sampai kuale kangso ni
entah bila lah agaknya nak sampai
hehehe ika x penah beli keli. sellau beli siap masak je hehe.
ReplyDeleteAMboi yusif mcm adra la. sibuk beno naik turun tangga, bukan berjalan, nak berlari hahaha
emm keli goreng eh..memang sedap, suka sangat tapi memang bersilat masa nak menggoreng tu.. ada tips tp x pernah gunakan.
ReplyDeleteSy Org Perak tapi KK jarang singgah.
sy Perak belah utara P.Buntaq
DeleteAnak2 memang seronoklah kalau dapat jalan2 mcm tu kan, bebas berlari nak pulak kalau baru dapat kaki,nak asah skill berjalan tu,memang tak duduk diamlah kan
ReplyDeletekena cuba utk mengoreng tu...
ReplyDeletetak de lah meletop-letop ya..