Friday, June 17, 2016

Cerita Malam Raya

Assalamualaikum kawan-kawan.

Salam Jumaat, salam 12 Ramadhan dan salam Perak aman jaya

Puasa baru seminggu lebih dah nak cerita malam raya. Takpe ni cerita tahun lepas. Belum diblogkan lagi. Kira macam sejarah lah ni.

Semalam semasa menanti waktu berbuka aku dengan kak mira bersembang kosong.

Ma, achik noni kata raya tahun ni dia raya kelantan. Rumah ipoh takde orang sebab opah balik medan.
#achik noni=adik papa

Iye?  Takpe lah kita pun takyah lah balik ipoh (hati aku berbunga-bunga suka).

Bermakna tak de lah aku nak main tarik-tarik tali dengan papa mereka. Confirm-confirmnya raya di KK aje, siang dan malam. Sedih makpak mertua jika tahu menantunya yang ini begitu rupa.

Sebenarnya aku takde lah teruk sangat sampai nak boikot mertua tapi masalah kalau nak diajak tidur. Si papa kalau sudah balik sana, mestilah nak tidur di rumah parentsnya kan.

Aku pulak jenis tak suka tidur di rumah orang tambahan lagi ada anak kecik. Tapi kenalah akur sebab nak jadi isteri dan menantu yang disayangi.

Aku selalu jugak tarik muka tapi tak tunjuklah depan suami tercinta. Apatah lagi kalau sudah memijak lantai rumah mertua, mestilah sentiasa berlakon baik segalanya. Sekali sekala ada jugak kena bebel sebab berkeras NAK BALIK JUGAK!

Biasanya kalau beraya di ipoh,  sudah tentu kena tidur hingga bawak ke hari berikutnya. Kalau dah ramai tu faham aje lah mana cukup bilik. Tolak bilik makbapak mereka tinggal dua aje yang boleh digunapakai oleh anak menantu.

Adik beradik laki aku 9 orang. 6 laki, 3 perempuan. Tapi 3 sudah meninggal. Yang tinggal 1 perempuan, selebihnya lelaki. Jadi satu bilik kepunyaan adik perempuan itu, tentulah dia dengan lakinya.

Walaupun kami ni anak/menantu sulung, takde juga kelebihan untuk tidur bilik. Sebab anak mereka lelakikan. Maka yang lelaki2 ni tidur lambak depan tv kaedahnya termasuklah anak bini sekali. Satu lagi bilik tu, jadi tempat persalinan je lah.

Nak dijadikan cerita tahun lepas aku beraya di rumah mertua. Malam raya tu, mereka semua menonton cerita hantu. Hantu apa tak pulak aku ambil tahu sebab aku tidur awal.

Aku dengan yusuf masa tu 5 bulan lebih dah siap ambil port baek punya, hujung sekali dekat dengan tv. Tiba2 sapa lah punya angkara tukar channel tv cerita hantu.

Sorang demi sorang terpengaruh, langsung lekat tak berganjak menonton. Dari bapak budak sampailah yang budaknya. Biras aku yang laki, yang perempuan...semualah senang cerita. Aku ambil dasar berkecuali tidur awal. Jangankan hantu, tv pun tak kuasa nak pandang dek kerana letih melayan budak kecik.

Mereka menonton dalam gelap. Semua lampu ditutup menghormati aku yang tidur kononnya. Tapi bila ada babak memeranjatkan, mulalah keluar jeritan padu maut secara berkumpulan. Yusuf tengah tidur pun sambung jerit sama sebab terkejut beruk. Aku tak jeritlah. Tidur pun, tidur-tidur ayam aje. Memang tak boleh lena pun kalau gitu suasananya.

Terpaksalah aku bangun dalam kegelapan tu menyusukan yusuf. Bukan senang tau, nak breastfeed baby di hadapan khalayak ramai tu. Kena control sehabis baik. Tak boleh terlelap, risau tertayang boobs. Dah lah kaum lelaki majoritinya.

Aku ni dah seolah-olahnya jadi bahan tontonan jugaklah. Aku tidur dekat tv. Kedudukannya,  tv, aku dan yusuf berbaring, kemudian orang yang menonton. Mestilah tengok tv kena tengok aku sekali.

Nak berganjak ke tempat lain pun dah tak boleh. Memang panggung full house ketika itu. Berhimpit dan bertindih-tindih bantal antara satu sama lain.

Bila jeritan padu maut datang bersahut-sahutan, yusuf terjaga. Kemudian mamanya pun terpaksalah bangun dari pembaringan menyusukan anak. Memang naya aku masa itu tau.

Itu bab menyusu anak. Bab aurat satu hal jugak. 24 jam aku wanita muslimah malam tu. Tidur pun berkerudung dek kerana mereka tak tidur-tidur tengok hantu.

Aku pulak yang jadi hantu gayanya, udah bertudung bawak ke tidur apa ke halnya kan. Asal orang jerit aku bangun. Asal orang jerit aku bangun.

Tapi hantu muslimah lah ye, kalau yang berserabai tu hantu kak limah lah kot!

Google

Nyaris-nyaris aku tak naik hantu untuk membela nasib di malam raya. Di rumah mertua kan, kenalah berbaik budi. Tak boleh ganas-ganas. Maka, pasrah aje lah aku sampai ke pagi.

p. s: komputer aku buat hal dari semalam, tak buat kerja aku hari ni. Tu yang boleh berceloteh panjang berjela.

18 comments:

  1. akak pun sama jugak situasinya klu beraya di rumah mertua... berebut tempat tido...huhuuu... port depan TV memang x pernah ambik sebab port paling ngeri...heheee...
    kadang2 suami pun rasa x selesa di rumahnya sendiri klu tiba raya... pernah juga sepatutnya raya di rumah mertua...tapi suami ajak akak beraya rumah akak..sebab rumah akak x ramai... adik dan kakak akak masing2 beraya di rumah mertua... so memang lapang lah rumah akak...untunglah akak....hahaa... rumah akak dan suami dekat2 jer... 5 minit sampai... hehee...

    mcm2 kisah beraya kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekatnya rumah akak dgn suami. Boleh main lari-larilah kalau macam tu. Tak suka sini, lari sana. Bosan sana balik sini. Untungnyer...

      Delete
  2. kalau saya pun tak selesa macam tu kak, segan nak menyusu anak, mujurlah saya ada bilik sendiri kat rumah mertua tu,kalau tak mau naik hantu jugak dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selesakan nak selak baju depan org. Untung ler kalau ada bilik masing2. Senang kerja kita sbg emak ni.

      Delete
  3. Part hantu kak limah tu yg akak tak tahan nak gelak KB...hihii.
    Yalah dah ada anak kecik memang lah kalau boleh nk keselesaan kan .Tapi tentu seronok kalau dapat berkumpul ramai2 gitu bila hari raya.
    Akak dah tak kisah nak raya rumah siapa dah mak bapak akak dah takde ni ...kami raya rumah sendiri je ,adik2 je yang datang rumah kami .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya seronok kumpul ramai2 tu tapi nak tido mesti di rumah sendiri. W/pun beraya di rumah emak, malamnya mesti tido di rumah sendiri. Anak2 takpelah kalau mereka taknak balik.

      Delete
  4. Kakak faham KB. Yg susah bab aurat. Lain kali jgn pilih depan tv. Cari yg tersorok, kat dapur pun tak apa kot. Lagi senang nak bangun.
    Kakak kalau balik kg abang laaagilah luas. Rumah besar org tak ramai
    Adik-beradik abg tak ramai. Bilik boleh pilih sorang satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan kakzakie. Part yg itu susahnya. Tp rumah mertua, ruang legar menonton tv itulah tmpt kami berjemaah utk solat, mkn,lepak dan tido. Ruangnya luas. Takde tempat lain dah. Ruang tamu lagilah keciknya.

      Delete
  5. Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

    Susah juga nak menyesuaikan diri kalau camtu keadaannya. Mujur KB dapat harung semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah kena harungi nya juga demi menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga.

      Delete
  6. biasalah KB ke rumah mertua kita macam takde kuasa apa hehe
    tapi alhamdulillah mertua kaknoor baik, cuma akak skrg ni mmg tak pernah tido sana, pergi je mesti nak balik rumah, raya pun dtg pagi raya sbb Brunei tak besar sangat malam raya mmg tido rumah sendiri lebih selesa kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kaknoor tido rumah sendiri lebih selesa. Nak terbongkang mcm mana pun takde sapa kesah.

      Delete
  7. hohoo.. awat tak tido hotel je mlm tu kalau dah penuh rumah tu..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hari raya je, kalau hari2 lain pun begini jugak penuhnya. Dah biasa mcm tu.
      Boleh je tido hotel tp takdelah istilah balik kampung di mlm raya namanya kan.

      Delete
  8. Semalam dah baca tp tak sempat nak komen sebab masa tu kelam kabut nak masak hihi....

    Mak ai!! Ramai tu adik beradik dia KB. Ramai lelaki pulak tu. Ramai biraslah yek kome KB. Leceh jugak tu. Nak tido satu hal, nak masak lagi, nak mandi lagi. Pergh! 10x pikir kalau nak raya tu haha...

    Sama le kita KB, mak pun malas nak tido rumah Mil. Tambah lagi kalau dah ramai ramai gitu. Nasiblah adik beradik dia cuma 5 aje. Tp tu pun dah rasa ramai sangat. Kalau bilik cukup untuk sorang satu keluarga tu lainlah cerita ek hihi....Memang menantu hantu sungguh ni kehkehkeh...

    Sekarang ni pulak mil duduk ngan adik ipar lelaki. Faham ajelah. Walaupun mungkin mereka tak kisah tp kita faham sendiri ajelah, si biras tu pun nak jugak privasi. Asyik keluarga suami jer yang betapa kat rumah dia. Ye dak.

    Hidup berumahtangga ginilah...kekadang boleh jadi stress jugak. Pasal benda gini jer pun!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg stress mak kalau balik org ramai2 gitu. Tp nak wat cammana rumah mertua kena lah hadap juga.
      Adik beradik saya pun 9 juga tp kami kalau runsing2 balik rumah sendiri tido. Aman dunia.

      Delete
  9. Ramai betul adik beradik lelakinya. Susah juga ni. Banyak nak kena jaga. Bukan senangkan. Kalau saya pun mahu tarik muka masam juga tapi dek kerana nak jadi isteri mithali, wajiblah simpan muka masam tu!

    Saya ni nasib baik tau. Adik beradik saya pun ramai. Tapi sebab suami saya bukan Malaysian, memang saya ada bilik khaslah kalau balik. Dulu kat rumah emak pun tak cukup bilik juga. Yalah, anak menantu dan cucu aje dah ramai kalau semua balik serentak. Sampaikan orang kata macam tempat jual kereta depan rumah emak tu bila kami balik semua.

    Sekarang bila balik rumah kakak pun kalau penuh, kakak sanggup keluar bilik dan beri bilik tu buat kami anak beranak. Yang lain-lain pandai-pandailah cari port sebab anak kakak saya tu pun ada 5 orang, 2 dah berkeluarga. Memang penuhlah malam raya macam nak buat kenduri. Nasib baik jugalah rumah kakak besar. Kalau segala ruang tak cukup gak, boleh book ruang dapurnya yang luas ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau dah ramai tu macam-macam cerita boleh diceritakan. Sama lah jugak saya, mcm tmpt jual kereta, makan mcm kenduri...pastu tak habis2 cuci pinggan mangkuk.
      Untung ler MD ada bilik khas, senang nak berurusan lakibini takyah cover2...

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^