Bermadu? Betul ke ni KB.
Bacalah sampai akhir dulu ye.
Semalam dek kerana dah habis suasana dan bahang PRK di tempat aku, si suami pun berkata kepada isterinya, malam ni abang nak tidur di rumah. Eh! lain macam bunyinya kan. Ye lah, betul lah tu. Orang sibuk berpilihanraya, bertanding, berkempen dan mengundi bagai, si suami pula sibuk menjaga orang. Baik budi betul si suami ini, serba serbi nak dijaganya.
Tidur baringnya dengan orang lain. Makan pakainya dengan orang lain. Bersahur dan berbuka pun dengan orang lain. Isterinya yang ini, di rumah asyik mengadap muka anak-anak aje lah siang dan malam. Tak dapat nak bermanja-manja dan menatap wajah kecintaan setiap hari. Sedih rasa hati. [konon].
Bila malam tadi si suami nak tidur di rumah, giranglah rasa hati si isteri. Boleh lah menatap wajah kecintaannya sepuas-puas hati. Manalah tahu kot-kot ada yang terkurang atau terlebih dikerjakan orang. Amboi dahsyat sungguh si isteri apabila ditinggalkan dua tiga minggu katanya. Sampaikan terkurang terlebih pun nak diperiksa.
Tup-tup, satu setengah pagi tadi, si isteri mendapat whatsapp dari si suami [walaupun membacanya masa sahur]....katanya abang tido kat otel bdk security tak dtg...
Begitulah si suami ni, budi pekertinya sungguh mulia di bulan puasa, sehinggakan sanggup tak balik rumah kerana nak menggantikan pak guard yang tak datang kerja. Aduhai si suami nak jadi pakguard pulak ke.
Lapan pagi tadi...............
Ayang, nanti datang tolong bawak baju, seluar ke sini ye. T-shirt biru tu. Abang tak sempat balik lah, guess ramai.
Ok
Lima minit kemudian
Ayang, bawak tali pinggang sekali tau.
Ok. stokin, tak nak?
Bolehlah, yang kat sini dah kapam
Ok. spenda, tak nak kirim ke??
Beginilah nasib diriku yang malang, oh tuhaaaan....
bermadu dengan kerja si suami.
mujur tak dimadukan dengan orang lain...............T______T
hehehe ok tu kak bermadu dengan tempat kerja jgn bermadu dengan yang lain pula..
ReplyDeleteBermadu dgn yg lain tu yg akak tak suka hehe
DeleteDah abis piliharaya ni dah tak bizi, menolong guard tu semperna bulan yang mulia kan..lepas ni dapatla berbulan madu lepas rindu :))
ReplyDeleteHarap-harapnya begitulah
DeleteBerbulan madu di aidilfitri pulak.
Bermadu tu mcm taknak lah kan.
Suspen je tengok tajuk KB ni tau...
ReplyDeleteOklah tu bermadu dengan tempat kerja...cuma rindu2an lah ya.Ni dah abis pilihan raya ,redalah kesibukan nya kan.
Itulah kak, ini kes pilihanraya lah ni
DeleteRindu-rinduan tu taklah sgt sbb siang boleh je berjumpa cuma jrg balik rumah hehe
Hihihi
ReplyDeleteAkak baca tajuk entri dah ngeri KB...
Rupanya bermadu dengan kerja ye..
Tabah lah wahai KB..
Baru tajuk dah ngeri ye kak
DeleteKalau betul2 macam mana lah agaknya ye
Kenalah bertabah selala
terpaksa baca sampai habis ni KB haha
ReplyDeletesabo jelah bermadu dgn kerja ok duit banyak
tapi kalau bermadu dgn orang hahhh siap lah kan KB
Mujurlah kaknoor baca sampai abis. Kalau tak nanti silap paham pulak kan. Alahai, kalau duit banyak tu alhdulillah...
DeleteKalau bermadu dgn org tu yg tak tahan
Sabar jerlah KB.... yg penting masyuukkk hihi....Duit raya bini confirmed tebal tu!
ReplyDeleteKB, kalau dia goyang kaki kat rumah susah hati jugak kita.
Bersabarlah ni mak. Duit raya tebal tu tak pasti lah lah tp perbelanjaan dah pasti nya tebal.
DeleteOih, kalau dia goyang kaki kat rumah mau pitam saya nak menanggungnya pulak kan. Biarkan aje dia berkoje selagi mampu
Mati2 ingatkan madu dengan orang.. ehehe
ReplyDeleteEh jgnlah sampai nak mati pulak AR
DeleteBermadu dgn kerja ok...jgn yg lain huhuhu
ReplyDeleteOh tak mungkinlah hendak bermadu dgn yg lain pulak. Kalau iye bermadu dgn yg lain pun, buat-buat takde jer.
Deletehehehehe bermadu ngn kje takpa hehe.
ReplyDeleteTerbaek suami akak ya, jadi security skli
Suami akak mmg terbaik, kalau boleh semua kerja nak dicovernya. Hehe
DeleteHahaha... bermadu dgn kerja tak apa KB itu demi isteri dan anak-anak yg dicintai juga. Kena bersyukur kerana sekarang kan dah lebih baik berbanding dulu lagi berjauhan kan:)
ReplyDeleteYe lah kakzakie, dah byk bersyukur dah ni. Byk yg baik dari dulu.
DeleteBmadu ngan kerjaya msih boleh diterima ni..takpa janji time raya ni nanti, duit raya masyuk gak masuk poket isteri..
ReplyDeleteDuit raya masuk poket anak-anak aje dik. Poket isterinya, kemudian2pun tak apa janji sayang kena lebih...boleh gitu?
DeleteHahaha! Kasihannya! Tak tahu nak komen apa dah! Nasib dirilah ya kena bermadu dengan kerja suami. Itu pun kira nasib baik juga. Kalau tak... berlinangan air mata setiap malam. Ish! Minta dijauhkan!
ReplyDeleteBy the way, rajin-rajinlah komplen dalam blog supaya sang suami 'mendengar'. Mana tau, imbuhan yang dapat hasil komplen ni menarik ^_^
Iyelah MD sapa suruh kawin dgn dia kan. Sampai berlinangan airmata tu dah tak lagi sbb dah paham.
DeleteTak boleh rajin sgt nk komplen kat sini, nanti dibaca org terutama yg rajin menyelinap tanpa dikesan tu. I is risau.