Minggu lepas, bila ada kawan alam maya sebut pasal jemput-jemput kurma, eh! terkejut jakun lah aku ni. Seumur hidup tak pernah dengar 'jemput-jemput kurma'. Apalagi nak memakannya kan, dah tentulah seumur hidup pun tak pernah makan.. Alahai memang ketinggalan zaman betul lah kan aku ni.
Aku pun pergilah gatal tangan komen, mintak si kawan ni tunjukkan cara-cara nak buat jemput-jemput kurma. Tanpa disangka si kawan membalas. Dah siap komen entri aku, datang lagi membalas komen, beri tunjuk ajar cara-cara nak buat jemput-jemput kurma pulak. Walaupun tak pernah bersua muka, boleh nampak keikhlasan dalam persahabatan tu ada kan. Terharu aku tau!
Cuti hari Sabtu baru-baru ni, baru lah ada kesempatan nak membuatnya. Buat dalam 20 bijik kurma gitu. Tak banyak sangat, tak sikit sangat. Risau gak aku, karang buat banyak-banyak tak diterima makan oleh anak-anak. Maklumlah benda baru masuk dalam rumah. Udah lah kurma tu tak disukai mereka. Ini kan pula cucur kurma.
Kalau dibuat sikit sangat risau jugak tak cukup-cukup pulak dek kerana kesedapannya. Jadi mama mereka ambil jalan tengah saja lah ye.
Masa tengah menggoreng pun si amir dah siap tanya,
Cucur apa mama?
Cucur kurma...
KURMA ???
Ye lah, kenapa
iiieeeww, sedap ke?
Haaa, macam tu lah perangai deme kalau benda baru diperkenalkan.
Tapi bila dah siap masak dan terhidang atas meja masa berbuka, si amir ini lah makan tak ingat orang belakang.
Papa tiba-tiba kena pergi lawat kawasan ke Paris (Parit) pulak petang tu, jadi apa ditunggu lagi....aku dengan anak-anak pun membawa diri ke rumah emak lah. Berbuka di sana membawa bersama-sama cucur kurma ini.
Ikhlas dari hati, setelah di test power kesedapannya, ternyata rasa jemput-jemput kurma ni sedap. Boleh diterima oleh seisi keluarga aku. Nampak gayanya, nanti bolehlah dibuat lagi sementara stok masih banyak. Kalau tak, pertama dan terakhir lah jawabnya.
Disebabkan julung-julung kalinya aku buat jemput-jemput kurma ni, izinkan aku tayang sikit rupa parasnya ye supaya menjadi kenangan dalam hidup. Janganlah terliur sangat sebab tak berapa nak cantik pun kejadiannya.
\/
\/
\/
- Jemput-jemput Kurma Pertama Ku - |
Akhir kata terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mak Hainomokje yang berusaha mengomen cara-cara buat jemput-jemput kurma ni.
Aku pakai ayat dia yang last tu, katanya....'macam jemput pisang jer buatnya'
Jadi, aku pun macam jemput pisang juge lah membuatnya.
Sekian.
sedap la..saya pun suka
ReplyDeleteTu lah, tak sangka akak sedap sgt..anak2 pun suka
DeleteWah boleh buat lagi macam tu KB..
ReplyDeleteAhli keluarga dah menerima benda baru tu..
Nanti buat lebih ye..
Boleh bagi kat akak sepiring hihihi
Mmg nak kena buat lagi ni. Tak puas makan yg ini sbb kena beralah makan dgn anak2
DeleteBuat keluarga kakak ni dah dari duuuulu lagi KB
ReplyDeleteKami org kampung apa pun boleh.
Kakak suka juga jemput-jemput kurma ni.
Saya pun anak jati kampung jugak kak. Sampai sekarang pun dok kampung aje. Tp hairan bin ajaib lah mmg tak pernah tahu pun ttg cucur kurma ni..
Deletesaya pun firstime dengar jemput2 kurma ni.. :D :D
ReplyDeletewaa sedap yer.. lama pula x makan cucur ni.. nanti ada masa boleh la try ni..
Blogwalking sini, jom baca article seo ini
Terbaru Mengenai Nofollow Link article...
first time jugak ke? boleh lah geng.
DeleteAkak pun dh biasa jemput jemput kurma ni sejak budak2 lagi KB.Dulu orgtua je yang suka ,jadinya mk akak selalu buat masa puasa.Skg akak dh jadi orgtua ni pula yg suka ,pasti buat wlpun sekali masa bulan posa.
ReplyDeleteBaguslah anak2 KB suka jemput2 ni,ank akak tak layan pun ,lagilah si Iman.
tu yg hairan, mereka suka pulak. lepas ni boleh buat selalu. bagi mereka makan sikit makanan sunnah ni. kalau nak harap mereka makan yg buah tu, mmg dipandang ajelah. tak heran dek deme...kata org Perak.
Deletesaya tak pernah buat jemput2 kurma ni kak, sedap tu kira bolehlah dibuat lagi ye sementara stok kurma masih ada kak
ReplyDeletemmg stok tgh melambak ni Ilah. hasil tangkapan dari org berkempen minggu lepas. berkotak-kotak akak dapat tau.
DeleteHihi.... mana ada tunjuk ajar sangat pun, sukatan pun tak de, ajar apa tu namanya....malu ai hokey hihi.....
ReplyDeleteKB awat jemput jemput kome cantik...bulat bulat mcm bola ping pong? Hang buh tepung naik sendiri ek?
Hish ni nampaknya lawan tokey ni hihi... Tak boleh jadi! nak buat jugak ptg ni...
eh mana ada lawan tokey. dah kata buat mcm jemput2 pisang. saya ikut resepi jemput2 pisang lah mak. cuma pisang kasi tukar sama itu kurma lah.
Deletesaya bubuh soda bikabornat dan baking powder jer. tepungnya tetap gandum lah mak.
mesti sedap cekodok kurma nampak bulat2 bentuknya...
ReplyDeleteMmg sedap kak paridah. Saya dah buat kali kedua.
DeleteTak rugi mencuba
Xpernh dicuba lg ni sis.. Trm ksh atas ideanya.. Hihi.. Nk cube jugaklah..
ReplyDeletekena cuba tau LB. sedap ni
DeleteMesti sedapkan jemput-jemput kurma, good idea tu. Boleh la aunty cuba, inshaAllah
ReplyDeletecuba lah, gerenti sedap. semalam akak dah buat kali ke-2. licin piring.
DeleteOh, yalah! Si kawan tu jiran sebelah rumah sayalahkan! Oh, saya tak leh ngumpat banyak. Nanti dia datang lagi baca komen, habis saya kena serbuk. Hahaha!
ReplyDeleteSaya pun tak pernah buat jemput-jemput kurma. Kat rumah saya pun samalah. Kalau ada menu baru, semua tercengang macam nampak langsuir aje tau! Itulah yang buat malasnya.
Tapi saya dan suami suka kurma. Baru lepas borong kurma untuk dimakan sepanjang tahun selepas bulan puasa ^_^
Nantilah kalau saya rajin, saya buat sebab saya nak show off sikit kat jiran sebelah tu ~_^
dah memborong banyak tu, nanti boleh lah cuba buat MD.
Deleteboleh jugak tu tayang2 kat jiran sebelah rumah, tengok apa dia nak komen hihi
Okler tu.. akak biasa buat jemput deroyanjer selain dari pisang.. alah kita orang Malaysiani semuapun bolehjerkan... raya balik perakker...
ReplyDeletecucur deroyan tu dah lama tak makan lah. akak sebut dah terkenang-kenang balik saya kat cucur deroyan. sedap nya.
Deletesaya mmg dok perak kak, orang kuale kangso hihi
kaknoor belum pernah buat jemput kurma
ReplyDeleteboleh lah try
sbb anak2 ni kurang suka
lepas ni boleh paksa diaorang makan hehe
eh, macam mana chef terkenal belum pernah buat jemput kurma ni
Deleteoh! patutlah anak2 tak berapa suka ye kaknoor
nanti kaknoor boleh lah cuba, mana tahu tiba2 kena dgn tekak mereka, terus tersuka. macam anak2 saya.
jemput2 kurma belum pernah try lg... biasa tgk jer... kalau kurma yang digoreng ala2 goreng pisang tu pernah la makan... itupun mak yang masak...
ReplyDeletennt leh try sbb kurma banyak lagi kt rumah''
Ala2 pisang goreng? Huish itu lagi hebat, macam mana ke membuatnya tu?
Deletexpernah mkn lg jemput2 dr kurma
ReplyDeletedah pegi ke blog hainom.
ReplyDeletetapi tak de lah pulak recipenya..
apa diblend kan kurma nya tu ye..
kira manis lah kan.
Pn azian, kurma tu dibuang biji, kemudian diblend dgn sedikit air. Tmbh tepung gandum, soda dan baking powder, sedikit garam dan gula. Goreng mcm jemput2 pisang.
ReplyDeleteSelamat mencuba.