Tuesday, January 17, 2017

Cabar Minda :: Nombor Fibonacci

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa!


Semalam saya bercakap tentang jagung, kulit dan bulu-bulunya. Amboi! ada sahabat yang sudah melayang-layang mindanya ke arah lain bila disebut 'bulu'. Tetapi tidak dinafikan, zaman dulu-dulu ada teka-teki jagung; soalannya - apakah dia selak kain nampak bulu, selak bulu nampak biji? hahaha

Bagi budak-budak, tentulah jawapan yang diberi adalah jagung. Jika manusia akil baligh cuba menjawab, jawapannya mungkin tak terjangkau dek akal! hihi ^_^.


Serupa juga dengan teka-teki ini - apakah dia, dihisap-hisap hingga basah, kemudian masukkan ia ke dalam lubang? >o< Oh! extrem sangat bunyinya. Ada sesiapa nak cuba meneka? Takde?

Baiklah, sebelum kena kecam, biar saya jawab siap-siap. Jawapannya ialah proses memasukkan benang ke dalam lubang jarum T__T. Anda fikir jawapan yang sama? Bagus!


Okay habis intro!

Hari ini saya bukan nak bermain teka-teki ya. Malam tadi, sewaktu saya bertukar profession menjadi guru tuisyen anak-anak, saya ditanya oleh Daniel mengenai soalan di bawah ini:

Unjuran nombor ini dikenali sebagai pola nombor Fibonacci. Anda baru tahu? Saya pun!

1    1    2    3    5    8    13    21    34    x
Apakah nombor x ?

Anda tahu jawapannya? Alahai senang sangat!

x diperolehi dengan menambah dua nombor sebelumnya. Contoh:-
  • 2 diperolehi dengan menambah (1+1);
  • 3 diperolehi dengan menambah (1+2); dan
  • 5 ialah hasil tambah (2+3)


Senangkan. Jadi, apakah x....bolehlah menjawab sekarang!

Kelas bersurai ^_^




14 comments:

  1. HEH..HEH..PAGI2 DH BUAT TUSYEN MATH YA KB

    ReplyDelete
  2. X itu adalah menambah number sebelum nya.. agak tricky la kak KB tapi mencabar minda.. Minah Kiwi suka soalan2 macam ni

    ReplyDelete
  3. Siapalah tu yang suka memikirkan yang bukan-bukan ^_^

    Eleh, senanglah, KB! Saya tahu apa nombor Fibonacci ni!

    Baru nak jawab tapi sebab KB dah beri jawapan, tak kuasalah saya nak mencampurkan dua nombor berturutan untuk beri jawapan. Sendiri tanya, sendiri jawablah ya. Saya tak kuasa nak jadi anak didik KB hari ni. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu lah MD org bijak. setakat Fibonacci ni celah gigi ajer menjawab ya MD.

      Delete
    2. Eh saya bukan setakat bijak biasa-biasa aje. Saya genius. Hahaha!

      Siapalah lagi nak tolong masukkan bakul kalau bukan kita sendiri. So kenalah angkat bakul masukkan diri sendiri yang besar ni ke dalam bakul. Lepas tu tak boleh keluar ^_^

      Delete
  4. Of course kakak tahu jawapan dia KB:) 21+34 berapa? Jg guna calculator tau haha...
    Tapi bab hisap masuk lubang tu kakak ingat makan aiskrim hihi.... kelakar betullah KB ni sebab kakak baru dengar teka-teki itu.

    ReplyDelete
  5. apa jawapan nyer KB.. akak malas nk count...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah kak normie, jgn ler malas2 nak kira. senang ajer, pandang pun dah tau jawapannya!

      Delete
  6. kihkihkih....nape tak tanya kat Aweks Blogger.... boleh merapu meraban sikit menjawab Kat sini, terkejut kang memasing baca jawapan mak.
    Bolehlah buat modal teka teki kat WA jiran mama mak hihih..........
    Wuih macam macam istilah ye sekarang. Kalau hang tak cakap mmg mak tak tau weyh...Hari tu kat blog UA ada gak istilah yang tak pernah dengar ni...diftong ke hape tah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeii..Mak, kalau bab-bab itu suka bebeno tau! saya tahu apa Mak bayangkan..babab kang baru tahu!

      Delete
  7. klo main tambah2 gitu, X=55 la kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Mana pergi ni? Kelas dah lama bersurai. Cikgu MC ke atau tengah mengintai anak? Hahaha!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^