Tuesday, February 28, 2017

Yusuf Minggu 8 :: Mari Berkebun ^_~

Selasa, 1 Jamadilakhir 1438H

Sudah diberitahu tema di taska Yusuf minggu lalu ialah 'Sekolah dan Rumah Saya'. Maka, hari Jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum hujung minggu itu pihak taska mengadakan program menanam sayur dan pokok herba. Ala-ala di rumah sendiri....hehe ^_~

Penglibatan ibubapa kepada anak-anak di taska ini adalah diwajibkan bagi setiap bulan. Bulan Januari yang lepas, kami telah mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai. Manakala, di bulan Februari ni, ibubapa dikehendaki hadir untuk menjaya Program Tanaman Herba bersama anak-anak. Begitulah ya setiap bulan hingga hujung tahun nanti, ada saja program yang melibatkan ibubapa. Jenuh ler saya tapi best!

Posing dengan hasil kerja masing-masing

Ini adalah kawan-kawan Yusuf bersama keluarga mereka. Kebanyakannya mama dan papa datang sekali. Dania 'si bunga' seorang tu, ayah saja yang datang bersama kakaknya. Adik comel di sebelah bawah kiri itu pun, papa dia saja yang datang. Manakala Yusuf pula, mama datang seorang. Papa Yusuf seperti biasalah kerja.
Mama terkejut teacher datang nak ambil gambar - tiba-tiba jadi panik!
Patutnya peganglah botol yang dah siap dihias tu, kan....
Ini dok pegang plyer dan dawai pulak, apa kes? T_T
4 daripada 6 botol sayur milik anak murid 2 tahun. Yusuf punya ada tanda KAILAN. ^_^.
Lagi dua tertinggal, tak ambil gambar.


Di sebalik pembikinan botol ni ada ceritanya. Saya sudah datang awal untuk menghias botol. Tapi tahu sajalah si Yusuf tu...asal nampak ajer mama dia, mulalah menyelak tudung, susu...susu...

Oleh itu, kena ler bagi laluan untuk breastfeeding dulu...Kerja-kerja menghias botol terpaksa dikemudiankan. Masa menyusukan Yusuf, parents yang lain sibuk menghias. Jadinya, bila mereka dah siap, tinggallah botol Yusuf terkontang-kanteng seorang diri dalam kelas. Pendek cerita, Yusuf punya paling akhir siap. Orang dah siap menggantung botol, kita baru sibuk nak cari anak benih. Yusuf pilih Kailan ya...hihi

Bila dah siap gantung botol sayur kailan Yusuf di pagar, barulah mamanya perasan botol kawan-kawan Yusuf semuanya replika ala-ala tikus. Ada mata, telinga dan ekor. Boleh bandingkan botol mereka di gambar atas tu.  Yusuf punya? Ku taram dan hentam saja tema 'space', twinkle-twinkle little star, how I wonder what you are!

Beberapa bentuk dan rupa botol-botol sayur hasil murid 3-4 tahun.
Yang atas sekali sebelah kanan tu, comel kan....kartun-kartun!

Pokok kari dan kunyit dibawa khas dari rumah Yusuf.
Selain dari tanam sayur yang biji benihnya disediakan oleh pihak taska, saya juga ada membawa sendiri anak benih dari rumah. Kebetulan ada pokok herba, bolehlah ditanam di taska untuk berkongsi dengan emak-emak yang lain.

Mama siram pokok
Sekiranya, kailan Yusuf tak menjadi, harap-harap pokok kari dan kunyit ni hidup subur. Nanti sesiapa yang nak masak guna daun kari atau kunyit, bolehlah ambil dari sini ajer....T_T

Memperkenalkan adik manis - Safa', 4 tahun, sepupu Yusuf.
Safa' dan ibunya tanam kangkung ^_~




10 comments:

  1. Alah comel2 botol tu... Bagus jugak aktiviti camni.. Anak2 leh kenal pokok2...

    ReplyDelete
  2. alololo comel je yusuf & the geng tanam pokok. mesti pokok2 pun suka nak bertumbuh. budak2 kan hati bersih suci murni. :)

    ReplyDelete
  3. Rajinnya yusuf n kawan2nya menanam ank pokok di taska dgn bntuan ibu bapa masing2

    ReplyDelete
  4. Eh, boleh tahan kretip jugak mak2 dlm menghias botol tu ek. Bagusnya taska yusuff ada mcm2 aktiviti, best sangat tengok.

    ReplyDelete
  5. Hihii...sempat lagi yusuf menyusu ya.
    Best lah aktiviti taska yusuf ni...apatah lagi melibatkan ibubapa.Harap2 kailan yusuf menjadi.

    ReplyDelete
  6. Wah rajin bebudak ni berkebun..kreatif pulak tu buat pasu bungan. time Minah Kiwi kecik kecik dulu time tadika takde pun aktiviti begini.

    Taska Permata amat kreatif sekarang ini

    ReplyDelete
  7. Amboi lebarnya senyum mak yg sorang tu.....almaklumlah kelegaan kantung susu dah kosong haha....
    Kailan ada biji benih yeh KB? Almaklumlah orang buta bab bab tanaman, kenalah tanya kang sampai sudah jadi mak andeh hihi....Moga pokok yg ditanam hidup subur dan menjadi manfaat utk org lain. Senanglah ticer nak masak rendang lepas ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, depan ticer tak sedar tersenyum lebar pulak ^_^

      eh! lebih kurang jer kita, Mak. Mama Yusuf pun bukannya pernah tanam sayur. Datang ke situ baru tahu macam2 biji benih sayur ada.

      Delete
  8. menarik gak tu, kreatiflah dan bagusnya dapat berbakti kepada tanah

    ReplyDelete
  9. Bagus aktiviti macam ni,
    boleh mengeratkan siratulrahim,
    kreatif hasil2 tangan mereka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^