Monday, February 27, 2017

Yusuf Minggu 8 :: Bermain di Playground

Isnin, 30 Jamadilawal 1438

Taska tempat saya menghantar Yusuf ni ada tema pembelajarannya setiap minggu. Jadi, minggu lepas, temanya adalah 'Rumah dan Sekolah Saya'

Bersempena dengan tema tersebut, hari Isnin minggu lalu anak-anak ini dibawa oleh cikgu mereka untuk meronda sekeliling sekolah. Tengok persekitaran sekolah merekalah agaknya ya. T__T

Anak murid 2 tahun - 5/6 orang yang hadir

Di sebelah bangunan taska ini ada playground. Maka, aktiviti mereka hari itu bermain di taman dengan bebasnya. Seronok sangat dapat bebas berkeliaran dan berlari-lari. Selalunya, hari-hari terkurung ajer di dalam kelas.

Tengok muka masing-masing, happy aje semuanya!
Macam-macam gaya budak-budak ni main slide. Gaya meniarap pun ada. Gegirl tu macam takut sikit nak gelungsor. Yusuf berkaki ayam terus !


Lepas tu main belon pulak ^_~

Yusuf, buat apa tu, duduk sorang-sorang kat situ?














12 comments:

  1. ANAK2 KECIL KELETAH MRK MMBHGIAKAN KITA YG DEWASA INI...

    ReplyDelete
  2. Comel jer yusof..
    Memang happy lah minggu tu ye KB
    Rumah dan sekolah saya..
    Rasa bermain dirumah jer lah si yusof and the gangs :)

    ReplyDelete
  3. Comel. Lepas ni tak heran lah bila bebudak tu mintak kluar gi taman nak main, sbb seronok

    ReplyDelete
  4. Seronoknya bermain di luar kan yusoff, hari2 duk dlm taska pun boring, sesekali dpt keluar, oh bebasnya kan.
    Bagus aktiviti luar ni, terbuka minda, peluh pun keluar kan yusoff.

    ReplyDelete
  5. Luas jugak kawasan taska tu. Elok begitu.

    ReplyDelete
  6. luas gak taska ni luar dia, seroonok la yusuf

    ReplyDelete
  7. Wag happy nyer bebudak kalau main dekat playground kan...macam kita kecik kecik dulu

    ReplyDelete
  8. seronoklah ada tema macam tu jadi anak2 tak cepat bosan kan

    ReplyDelete
  9. Seronok budak2 dapat lepas keluar ya KB. Comel semua kecil2.

    ReplyDelete
  10. Bertema tema ye... baguslah mcm tu. Anak anak happy mak pun happy jugak. Budak 2 tahun apalah sangat nak disuruh belajar, mmg mainlah dunia mereka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^