Tuesday, February 7, 2017

Yusuf Minggu 4 :: Golek-Golek

Selasa, 10 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum.

Sehari dua ni saya tempek gambar ajer dek kerana kemalasan sudah melanda untuk mencurahkan kata-kata. Sibuk pun iye jugak, almaklumlah minggu pertama dalam bulan yang baru! Macam-macam laporan nak disiapkan.

Yusuf sudah sihat wal'afiat dari wabak hfmd dan sudah pun dihantar ke taska seperti sediakala sejak semalam. Gambar-gambar di bawah ni, adalah gambar aktiviti Yusuf bersama kawan-kawan di minggu 4. [tak habis lagi kisah week-4 ni ya, hihi] ^_^

Baca doa diketuai oleh cikgu Aida

Mereka melakukan aktiviti fizikal dengan teacher Shikin. Bersemangat teacher Shikin buat demo untuk tunjuk pada anak murid ^_^. Kalau tidak nanti, anak murid tak tahu pula apa kegunaan gelung ni.
Berebut bola pulak!

Yang ini tak tahu saya mereka nak buat apa, tapi Yusuf dah siap menonggeng kat situ. hehe

Yusuf dengan gegelungnya - kata teacher tinggi betul imaginasi Yusuf.
Dia bukan setakat main golek-golek, tapi dengan gelung tu Yusuf buat stereng kereta!

Kawan-kawan - main tarik bola guna gelung T_T





7 comments:

  1. Bagus betul yusof..
    Pandai buat stering kereta ye..
    Selalu tengok ibu pusing stering tu.. :D

    ReplyDelete
  2. Tak payah cerita tepek gambar pun kakak dah cukup suka tengok KB
    Kalau KB nak tahu kakak ni memang suka tengok budak
    Walau tak ada anak kecik kalau tadika ada buat majlis yg org luar boleh dtg kakak pergi tau. Macam sukaneka tu - suka sangat.

    Tengoklah macam Yusuf tu tonggenglah.. buat steringlah suka tengok kan:)

    ReplyDelete
  3. anak sy penah 2 kali kena penyakit ni..

    ReplyDelete
  4. Suka tengok aktvti yusof n anak2 kecil di taska

    ReplyDelete
  5. Best taska yusoff ada persekitaran yg luas dan selesa utk buat aktiviti. Aktiviti camni bagus sgt utk meransang otak anak2.
    Best kan yusoff, seronokkk.

    ReplyDelete
  6. bijak yusuf ni, pandai dia berimaginasi buat gelung jadi stereng

    ReplyDelete
  7. comel sungguh tengok kerenah budak budak ni...terasa zaman kita kecik kecik dulu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^