Wednesday, February 22, 2017

Makan Malam Ramai-Ramai

Rabu, 25 Jamadilawal 1438H



Birthday Bapak bulan Januari yang lepas. Berkongsi tarikh yang sama dengan cucu berbaju merah tu ^_~. Sama seperti tahun lepas di hari jadi Mak, kali ni kami adik-beradik buat 'pot-luck makan malam' di rumah MakBapak.

Atok bergambar dengan cucu-cucu. Bukan senang nak mengatur budak-budak kecik ni. Mak-mak dah terjerit-jerit suruh duduk diam nak ambil gambar tapi masih ada lagi cucu yang tercicir....
Tengok jer lah gelagat masing-masing!

Opah dengan cucu sulung. Kenal tak? hihi

Hujung minggu lepas - 'picnic malam' di Bulatan 18, Meru. Ini tak ada sempena hari apa. Saja mengedik nak makan di luar Kuala Kangsar T_T.

Emak, Bapak dan sebahagian adik-adik saya kecuali budak kecik di depan tu, sepupu Yusuf
hehe ^_~

Keluarga - susah dan senang bersama. Saat bila diri ini ditimpa ujian dan malang, merekalah insan yang sudi memberi telinga untuk mendengar, menghulur tangan untuk memimpin dan memberi bahu untuk menyandarkan badan.

 ~ Hargailah insan-insan tersayang sampai hujung nyawa ~



Eh! perasan tak Atok pakai baju yang sama? Baju favourite lah tuuu...^__~





12 comments:

  1. Seronok Minah Kiwi tengok adik beradik berkumpul beramai ramai celebrate Birthday mak ayah.. and keluar makan picnic beramai ramai

    walaupun picnic tu simple and kos tak banyak macam travel jauh2 .. tapi memang seronok sangat

    ReplyDelete
  2. Happy family.... Hepy Bezday pakcik dan anak yg meraikan bezday...moga kalian beroleh rahmat Allah hendaknya.
    Mak kome sebijik mcm muka kome ye Rul. Tang mata tu mmg ikut mak sebijik. Rul mana kome? Aduhhh time ni pulak malu malu....nyampah!

    ReplyDelete
  3. sannah helwah buat y meraikan birthday.. bahgia je tegk...

    ReplyDelete
  4. Anak-cucu yg celik mata hati sentiasa mahu menggembirakan makbapak macam ini.
    Selagi mereka ada luangkan masa selalu macam ini KB sebab bila dia pergi kelak kita tak terkilan walaupun saat macam ini akan dirindui lagi.

    ReplyDelete
  5. Cucu-cucu biasalah kalau nak bergambar dgn atok/nenek semua nak duduk sebelah atok/nenek itu yg tukang ambil gambar jenuh menanti. Mak-mak apa lagi jerit-jerit tapi tak kesudahnya mesti ada aje yg masih tak ready:)

    ReplyDelete
  6. Bestkan KB dpt mkn reramai mcm..
    Selalu bila ada besday yg berkumpul reramai..
    Seronok pulak tengok mkn2 dibulatan kayangan tu..

    ReplyDelete
  7. Besar kek besday bapak tu KB...ada cucu2 ramai tambah seronok atuk.
    Seronok akak tengok selalu berkumpul begini.Akak skg jarang nk dpt kumpul adek bradek apatah lgi mkpak xde ni.

    ReplyDelete
  8. Bestnya bila dah kumpul ramai ramai mcm ni..potluck lagi

    ReplyDelete
  9. Meriahnya bila dh kumpul ramai2 kan, raikan insan tersayang kita pun turut bahagia, atuk nenek gembira dikelilingi cucu2 yg bermcm gelagatnya tu.

    Ikatan kekeluargaan yg kukuh mmg indah. Moga kekal bahagia hendaknya.

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday atok & cucu baju merah. Bestnya kumpul ramai2 sedara mara macam ni. Meriah. Rindu sangat suasana macam ni. Sekarang nak kumpul macam ni ramai2 susah skit. Yang cucu2 ramai yang dah kawen ada family sendiri.

    ReplyDelete
  11. meriah.. best dapat piknik kat luar

    ReplyDelete
  12. seronok bila sesekali dapat berkumpul ramai2 macam ni kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^