Friday, February 10, 2017

Kemas Rumah :: Menyisih Barang

Jumaat, 13 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum


Hari cuti semalam saya dan anak-anak menyisih barang-barang dalam rumah. Menyisih tak bermakna nak membuang. Bukan juga sebab nak membeli perabot baru. Sudah lama almari pakaian tak bersusun, rak buku tak berkemas dan barang yang tak digunakan lagi pun masih tersimpan tapi diabaikan.


Susah tau kalau rumah sempit ni. Rumah kami cuma rumah kos sederhana teres satu tingkat. Tak boleh nak simpan banyak barang. Mana yang dah rosak mestilah kena buang dan yang tak dipakai lagi terpaksa disisihkan.

Baju Amir, Amirah dan Daniel - 2 beg plastik sampah besar
Akan saya sisih kali kedua. Mana yang masih elok akan disumbang kepada orang lain.
Yang dah lusuh, buat kain lap ajer ^_~

Set home theater, 2 biji helmet [1 masih di bilik Amir], kasut-kasut suami, Amir, Daniel,
Amirah [dalam plastik hijau]. Bola sepak pun ada dalam tu.
Yang ini mana nak campak pun tak tahu! Set home-theater tu beli masa mula-mula kahwin dulu. Sekarang dah lama tak guna. Tersimpan ajer di satu sudut. Sama juga dengan yang lain. Kasut masih elok tapi saya tak pernah tengok pun mereka pakai lagi sekarang ni. Nak ajer saya let-go semuanya. Buat masa ni, masih menunggu kata putus dari bos besar dalam rumah.

Motorsikal tu, jangan tanya ya. Memang cari nahas kalau saya lelong. hihi T_T

Dah disisihkan begitu barulah lapang sikit mata ^_^ Tapi ada satu lagi yang masih 'sakit mata' memandangnya. Ni yang kat bawah ni......




Kasut bola, kasut hoki, kasut futsal, kasut jogging...entah apa-apa kasut lagi!

Kasut penulis blog ada tiga pasang ajer tau - kasut kerja, sandal, selipar jemur kain. Selain dari itu, semua kasut/selipar adalah milik orang lain dalam rumah ni. Berhimpit-himpit dalam almari tu sampai 'jahanam' pintunya. Hai pening-pening....











10 comments:

  1. Kalau berani nak let-go motor tu cubalah haha...
    Tempat KB sana tak ada rumah anak yatim ke?
    Boleh cuci dan hantar ke sana aje

    ReplyDelete
  2. mungkin akak buleh buat garage sales

    ReplyDelete
  3. saya banyak letak barang2 tak nak kat mudah.my ..kat KL ni ramai jer kak KB yang berminat barang2 yg let go..
    kalau buang membazir plak sbb dulu kita beli susah payah kannn

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak..lamanya saya tak jenguk akak, akak sihat ke?

    Banyak tu barang haa, yang mana masih elok boleh tu disedekahkan kepada yg memerlukan, macam saya sini , ada kawan yang suka pergi kampung2 orang asli, jadi mana baju anak2 yang dah tak muat dan masih elok saya sedekahkan pada mereka.

    ReplyDelete
  5. Kat rumah akak ni pun sama saja KB banyak sangat barang yang tersimpan ...banyak juga baju2 kecil akak dah sedekah kan tapi macam takde penyusutan je.Buku2 lagi lah dah berkotak2 walaupun banyak juga dah let go.Nasib baik lah akak ni rumah kampung ,ada lah tpr menyelit2.

    ReplyDelete
  6. Akk kalo kain baju tu, yg elok letak satu plastik, letak je kt tepi tong sampah, pandai doranglah apa nk buat. Yang dah lusuh buat kain lap je.
    Mmg sayamg nk buang, tapi kalo simpan pun buat semak je.
    Kasut pun sama, simpan yg agak rasa nk pakai jr, yg dah tk elok akk buang je

    ReplyDelete
  7. haha kita org pompuan sekali kalau mengemas memang kemas sungguh2. kena ready plastik besar macam kak & vacuum or kain lap basah utk buang habuk. hehe

    ReplyDelete
  8. samalah saya pun buat juga kemas2 barang taknak pakai baru2 ni

    ReplyDelete
  9. Hari tu pun mak baru nyisihkan barang Rul. Banyaknya, bajulah. Mainan pun bayak tu. Masih elok tapi tak tahu celah mana nak pakainya. Ada yg dah sempit jugak.
    Nak bagi kat orang pungut sampah tu kalau dia nak. Tapi tak terbagi lagi...mcm sayang. Aduhai....

    ReplyDelete
  10. Kalau dah menyisih barang ni..
    Banyak lah yg kita jumpa kan KB..
    Akak dah berapa kotak baju dan buku ni..
    Baru2 ni ada kes banjir tu..
    Akak sedekah ajer berkotak2 tu..
    Lapang sikit mata..
    Tapi masih ada lagi ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^