Friday, February 10, 2017

Yusuf Minggu 5 & 6 : HFMD dan Kesihatan

Jumaat, 13 Jamadilawal 1438

Sedia maklum minggu lepas Yusuf dijangkiti wabak tangan, kaki dan mulut [hfmd]. Masa kena tu, saya sebagai mamanya tidaklah berapa arif tentang penyakit ni. Anak-anak zaman Amir hingga Daniel dulu manalah ada penyakit macam ni. Sekarang macam-macam penyakit timbul.


Saya ada juga google tentang latarbelakang penyakit ini. Dan saya dapati, sesetengah tanda-tanda itu ada pada Yusuf.

Kaki Yusuf yang dijangkiti hfmd

Seorang kanak-kanak yang dijangkiti HFMD boleh mengalami beberapa tanda dan gejala seperti:

  • Demam.
  • Sakit tekak.
  • Ulser di bahagian dalam mulut atau sisi lidah.
  • Rash atau lepuh kecil di tapak tangan, tapak kaki, dan/atau punggung.
  • Kelesuan.
  • Kurang selera makan.

Wabak ini selalunya menjangkiti kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

Yusuf senang makan ubat

Alhamdulillah, ubat yang diberi doktor menampakkan perubahan ketara. Bintik-bintik merahnya beransur hilang dan mengering. Minggu ke-5 itu, Selasa dan Rabu sahaja ke taska, manakala Khamis dan Jumaat cuti sebab penyakit ni. Isnin memang cutilah kan - CNY.

Hari Jumaat minggu-5 - bermain alat muzik. Yusuf cuti.
Hari Isnin minggu ke-6, saya hantar Yusuf semula seperti biasa. Cikgunya hairan kerana Yusuf lekas sembuh. Kebetulan pula minggu ke-6 tu, tema pembelajaran mereka adalah 'kebersihan diri'. Hari Selasa ada pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan.


Setelah anak-anak didik taska menjalani pemeriksaan seorang demi seorang, Yusuf dikatakan belum sihat sepenuhnya. Walaupun tinggal parut saja, tetap juga boleh menjangkiti kawan-kawan yang lain.


Maka, pagi tu cikgunya memanggil saya untuk mengambil Yusuf pulang. Yusuf dinasihatkan supaya dikuarantin sampai hilang semua parut di tangan dan kaki. Tak tahulah ambil masa berapa lama. Tiba-tiba saya jadi sedih. Tapi tak apa lah, demi kebaikan semua pihak saya akur saja. Nanti marah pulak mak-mak budak yang lain!

Jumaat minggu-6, penerangan tentang kebersihan gigi oleh nurse

Nurse dari klinik gigi sedang memeriksa gigi kawan Yusuf

Aktiviti memberus gigi beramai-ramai ^_~. Yusuf tak de lah dek kerana kena kuarantin.

Jadi minggu ini hingga minggu depan biarlah Yusuf duduk dalam kepompong Opah sampai sihat dan boleh keluar menjadi rama-rama yang cantik! hihihi...^___^



Untuk makluman, sekiranya anda penjawat awam yang ada anak 18 tahun ke bawah menghidapi penyakit berjangkit seperti ini, anda boleh memohon kemudahan Cuti Kuarantin selama 5 hari tidak termasuk cuti minggu dan cuti umum. Boleh semak DI SINI untuk tahu lebih lanjut ya.

Tapi sayangnya mama Yusuf tak mohon pun cuti tersebut!


Selamat berhujung minggu.





6 comments:

  1. Penyakit ni mmg senang berjamgkit,kalo ada keluar ke mana2 atau taska tak bersih mmg akn jadi penyakit ni.

    ReplyDelete
  2. siannya, memang senang berjanngkit esp budak2 dok taska tadika

    ReplyDelete
  3. HFMD ni memang serious KB macam juga chicken-pox. Budak antibodi tak kuat lagi itu yg kena kuarantin.

    Harap sehari-dua lagi oklah hendaknya.

    ReplyDelete
  4. HFMD ni mcm Chiken pox jugak ek Rul rupanya....masa tengah kering tulah jugak dia nak menyebarkan kumannya hihi...

    Seronoklah Yusuf dapat duduk dengan opah tak pergi sekolah ek....

    ReplyDelete
  5. Sakit berjangkit ni mmg kena kuarantin tu KB..
    Teringat anak CH kena dulu..
    Mula2 kakak kena..
    Jadi suruh kakak duduk dlm blik ajer..
    Mana mahu budak2 kan.
    Penyudahnya berjangkit kesemuanya..

    Comelnya berbaris berus gigi..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah yusuf dah sembuh, laa kenapa akak tak mohon cuti kuaranti tu? bagus juga diberi cuti tu kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^