Khamis, 5 Jamadilawal 1438
Assalamualaikum ^__^
Dah rupa 'saka yusuf' hinggap kat badan agaknya. Cerita Yusuf lagi, dan lagi dan lagi setiap hari. Esok lusa pun cerita budak kecik ni lagi. Usah risau. ^_~. Ini gara-gara mamanya nak menghabiskan stok gambar aktiviti harian Yusuf di taska minggu lepas. Masih lagi bersusun dalam draft untuk dipublishkan. Maap lah ya. ^_~
Oh ya, semalam Yusuf dikhabarkan oleh cikgu, dia tak berapa aktif di taska. Apabila mamanya membaca tulisan cikgu di buku catatan, mulalah rasa nak mengelupur seluruh badan. Mesti ada something tak kena.
Sebelum itu, hari Sabtu cuti CNY Yusuf demam. Kemudian, apabila sudah sihat, telapak tangannya timbul bintik-bintik kemerahan. Saya hantar juga ke taska sebab tak memikirkan apa-apa. Bila di taska, cikgu beritahu, last week kawannya yang satu-satunya gegirl tu terkena penyakit hfmd.
Semalam, saya dah bawa Yusuf ke klinik dan diperiksa doktor. Sah! Yusuf sudah dijangkiti hfmd juga. >o< HFMD ialah hand-foot-mouth diseases. Maka, dengan sebab itu Yusuf ponteng ke taska hari ni dan esok. Pasal hfmd ni, nantilah saya cerita ya.
Dah kata nak menghabiskan stok gambar, marilah kita tengok aktiviti dan gelagat Yusuf dengan kawan-kawannya sepanjang minggu lepas......T_T
Baca doa'. Macam-macam gaya ada. Berlima saja. Si 'bunga' tak datang! |
Imran, Yusuf, Miqaeel - main stick bertiga |
Berdua - menyusun stick |
Yusuf main sorang-sorang pulak ^_^ |
Kawan Yusuf - kedua-duanya bernama Adam...hihi |
p/s : doakan Yusuf cepat sembuh ya
Moga cepat sembuh. Anak SB dulu-dulu pon penah gak kena, simptom sama, demam, bintik2 merah kat tapak tangan, kaki dan dalam mulut. Agak amik masa jugak nak sembuh sepenuhnya dan dekat 2 minggu lebih tak boleh nak hantar sekolah takut jangkit ngan kengkawan lain
ReplyDeleteSEMOGA YUSUF CPT SEMBUH N DPT KMBALI KE SEKOLAH SEMULA...SERONOKNYA ANAK2 NI MAIN STICK BERWARNA
ReplyDeletesemoga yusuf cepat sihat ya. penyakit HFMD memang senang sangat nak berjangkit. kena kuarantin la sampai ruam semua kering.
ReplyDeleteKenalah mama amik cuti kan. Penyakit ni mmg mudah berjangkit. Peralatan yang dorang guna tu nak kena bersihkan dgn larutan dettol.
ReplyDeleteSemoga yusoff cepat sembuh.
Semoga yusuf cepat sembuh.Baru nak serasi dengan taska dia dah tak sehat ya KB...
ReplyDeleteOh baru akak tau salah satu tanda sakit tu.Dulu anak akak kecik2 adalah kena tapi masa tu akak tak tau pun.
Minah Kiwi kat sini doakan Yusuf cepat sembuh la yer.. hari hari MK tunggu cerita update dari Yusuf ni.. seronok tengok perkembangan dia day to day yer KB. Anyway.. salam jumaat yer KB
ReplyDeleteKalau kakak dpt jaga semua budak tu bestnya KB
ReplyDeleteBoleh senyum selalu melayan mereka
Cuma itulah bila sorang kena demam/sakit yg mudah jangkit payah sikit nak bendung
Semoga anakanda Yusuf cept sembuh.
semoga cepat sembuh yusuf. Seronok kan main2 kat taska hehe. Adra kadang2 tu nak balik pun susah sebab nak main je
ReplyDeleteralit yusuf bermain ye... semoga cepat sembuh ye yusuf...
ReplyDeleteLamanya KB busy.. dah lama KB tak update blog...rindu nak dengar cerita pasal Yusuf
ReplyDelete