Tuesday, March 7, 2017

Yusuf Minggu 8 :: My House 🏠🏠🏠

Selasa, 8 Jamadilakhir 1438H


Sejak dua menjak ini Mama Yusuf sudah dihinggapi saka malas yang menyelinap ke seluruh tubuh. Banyak cerita boleh dinukilkan kalau mahu, tapi sudah kata malas melanda, tak ada siapa dapat menolongnya. Terperap ajer lah ya semua ceritera kami.


Namun, setiap minggu kisah Yusuf ini memang sudah tak boleh dielakkan lagi dek kerana cikgunya sering menghantar gambar aktiviti di taska. Melambak sudah dalam gallery hp! Semuanya akan diabadikan di blog ini sebagai kenangan. ^_~


Tema : Rumah dan Sekolah Saya - aktiviti dalam kelas - kolaj rumah

menggunakan gam untuk menampal

Yusuf sedang menyapu gam di kertas

tampal kertas pelbagai bentuk menjadi sebuah rumah

Yusuf dan Rumahnya yang hampir siap ^_~



Entri akan datang mungkin saya menempel gambar saja dek kerana kemalasan menaip...hehehe

Bye-bye ^_^







4 comments:

  1. Pandai yusuf gunakan gam utk menampal .Aktiviti yang menyeronokkan pada budak2...dengan kertas yang berwarna warni lagi.

    ReplyDelete
  2. sometimes...tampal gamba pun x pe.. sebab gamba tu boleh bercakap sendiri kan KB

    ReplyDelete
  3. Seronok bila bab menampal kertas ni KB..
    Pastu buat rumah lagi..
    Cantik rumah Yusof :D

    ReplyDelete
  4. Penyabarnya cikgu tu....melayan dan mengajar budak budak. Kalau mak mmg tak mampulah Rul....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^